Thursday, August 26, 2010

Naan Cheese

Isnin lepas aku ke Puchong Perdana sebab nak jumpa zam & siti noor...kitorg lepak kat Syed Bistro..disebabkan pada ketika itu aku mmg teringin sgt nak makan Naan Cheese, so aku pun order Naan Cheese 1...masa order tu sampai kt meja, aku pandang je roti Naan tu..Korang nak tau kenapa? Ermm, sebabnya roti Naan tuh lain drp lain yang aku pernah makan sebelum ni...tengoklah kt gambar tuh, kan cheese nya kt luar...selalunya kalo makan Naan Cheese nih cheese mesti la kt dalam roti kn...mmg sedappp sgt Naan Cheese ni sampai aku order lagi 1...Mmg best...Korang boleh cuba sekiranya korg ke Restoran Syed Bistro kat Puchong Perdana..

Wednesday, August 25, 2010

POS Insurans Raya

SUDAHKAH anda membeli/memiliki POS INSURANS RAYA?
Anda hanya perlu membayar RM6 untuk pelan individu manakala RM20 untuk pelan keluarga maka anda akan dilindungi 24 jam sehari terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini. Masa perlindungan akan berkuatkuasa 3 hari sebelum raya, 2 hari semasa Hari Raya, dan 10 hari selepas Hari Raya. So keseluruhan masa perlindungan adalah 15 hari. Berbaloi kn, anda cuma perlu membayar serendah RM6 & RM20 untuk dilindungi 24 jam sehari selama 15 hari. So apa tunggu lagi, jomlah kita ke Kaunter POS yg berdekatan.

*MAA adalah penanggung insurans untuk skim POS INSURANS RAYA.

Berbuka Puasa @ Felda Sendayan

Jumaat (20/08/2010) lps office hour aku & dia ke rumah mama angkat dia di Felda Sendayan Seremban utk berbuka puasa sesama. Kitorg dihidangkan dgn masakan org Negeri Sembilan (N.9) tp semua masakan tu tak pedas pn, so maknanya tak semua la org N.9 ni mkn makanan yg pedas2 kn..byk lauk-pauk & kuih muih yg dihidangkan..last skali ada bubur kacang hijau, sedap sgt..Lps mkn kitorg borak2 then mama tunjuk hasil2 seni tangan dia. Mmg nmpk menarik & aku pn mmg tertarik..itulah antara hasil seni tangan mama yg kreatif, ada tudung saji & jg bakul.Selain itu mama jg ambil tempahan biskut raya (biskut tat), langsir, baju kurung, & jahitan manik.
Kpd sesiapa yg berminat utk menempah tudung saji seperti ini blh la hubungi SMS/Call Miza: 012-3224549.

Tuesday, August 24, 2010

SAUDI Brand

Saudi Brand nih mmg byk terdpt kt supermarket & hypermarket...aku sendiri pn pernah jg beli & mkn potatoes chip & jg daging burger dr Saudi Brand. Cuba korg lihat pd ejaan “JARAHTAN KEMAHJAN dan jg DEPARKMANT”..sah sah la penipu kn...Sebelum ni kita membeli makanan tanpa mengambil kira ejaan pd tanda logo halal...sekarang ni kenalah berwaspada...
PERINGATAN: WALAUPUN ADA TANDA HALAL BACA DAN PASTI KAN LOGO TU YG SAH...

"Sharing is Caring"

Monday, August 23, 2010

Berbuka Puasa @ Asam Pedas Melaka, AEON AU2 Setiawangsa


Semalam (22/08/2010) aku berbuka puasa bersama Kak Izan dan Family (senior aku masa sekolah) kt Restoran Asam Pedas Melaka, AEON AU2 Setiawangsa. Actually aku memang kenal la dgn kak Izan ni, masa sekolah dulu zaman dok asrama aku mmg rapat la dgn kak Izan ni. Kitorg sampai kt AEON AU2 tuh dlm pkl 6.30pm mcm tuh la, nasib baik la jln ke Setiawangsa (ikut Jln Tun Razak-Jln Ampang-Jln Jelatek) tuh tak jem maybe sbb hari ahad kot so org prefer berbuka puasa kt umah kn..almaklumlah masing-masing nak save budget utk raya, lgpn sekarang nih harga barang + harga minyak dh naik..

Sampai kt AEON AU2 tuh aku jln2 dulu then barulah ke Restoran Asam Pedas Melaka. Rupa2nya kak Izan dan family dh sampai..ermmm, makin kurus tgk kak Izan nih nk dibandingkn dgn masa dok asrama dulu2, aku jg yg maintain gemuk berisi huhuhu :( (bila la aku nk kurus ni)...yelah dia dh kawin dan dh ada 2 org anak, anak dia plak dua2 lelaki kn...Kitorg berborak2 ala2 jejak kasih gitu sbb aku dh 13thn tak jumpa kak Izan., kiranya tak jumpa dia start dia keluar sekolah penghujung thn 1997..lps dia hbs SPM mmg terus tak jumpa, start jumpa balik pn dlm Facebook..
aku dan kak Izan masa zaman dok asrama dulu-dulu

Then start pkl 7pm semua org dh sibuk2 ambil makanan termasuklah kitorg..ramai jg org kt restoran ni dan dlm ramai2 org kt dlm restoran tuh ada la jg artis Norseha (selalu berlakon drama, antaranya drama Berek) dan Family, dan Eira Syazira bersama Azad Jazmin berbuka puasa kt situ jg. Restoran Asam Pedas Melaka nih menyediakan pelbagai hidangan sampai aku sendiri pn tak terambil semua hidangan tuh, just ambil apa yg aku rasa nk mkn. Buffet Ramadhan cuma berharga RM35 ++ utk dewasa dan RM19.50 ++ utk kanak2. Berbaloi jg makan kt stu, makanan pn sedap2 mcm makanan kt hotel..So kitorg enjoy makan dan happy sgt dpt jumpa dgn Kak Izan...Thanks to husband Kak Izan sbb telah menaja buka puasa kitorg...harap2 kita dpt berjumpa lagi :)

.

Sunday, August 22, 2010

Tayar Kereta aKu...

Hari khamis br2 ni aku keluar tukar tayar kereta dgn en. pakwe...alkisahnya aku mmg blm terpikir lg nk tukar tayar kereta aku ni sbb aku rasa mcm ok lg (pdhal dh tau kata bunga dh takda sblh tepi)..masa aku & en.pakwe on the way ke Lumut 2 minggu lepas (ikut Kuala Selangor-Teluk Intan-Lumut), kitorg singgah Stesen Petronas sbb en.pakwe nak ke toilet & aku nak isi angin tayar...then masa nk isi angin tuh aku pn tgk la tayar kereta aku sebelah kiri...uissshhhh terkejut giler aku tgk sbbnya dh nmpk dawai...huhuhu :( dgn muka sedih aku pn bgtau kt en.pakwe & dia pn terkejut..en.pakwe jd takut sgt sbb jauh lg perjalan kitorg nk smpai ke Lumut tu, then dia risaukan aku ulang alik ke ofis...tp aku nih jenis tawakal jelah, rasa msh selamat lg tp kena bawa kereta slow2 jelah...
Lps blk dr Lumut kitorg msh lg blm tukar tayar kereta, msh lg selamba bawa kereta ulang alik ke ofis (dh itu je kenderaan yg aku ade)...sampailah hari rabu (18/08/2010), kitorg singgah kt Petronas Bandar Kinrara sbb nak isi angin tayar belakang...entah kenapa asyik takde angin je sampai kempis tayar...masa en.pakwe nak isi angin tuhlah dia tgk tayar dpn sblh kiri tuh skali lagi...alamakkkk kali tayar tu dh mcm nk pecah (dh terkoyak kt sblh tepi mcm dlm gambar yg diambil tuh)...kitorg masing2 mmg rasa cuak sgt, mana tidaknya kitorg on the way nk ke Summit USJ ada majlis berbuka puasa...On the way nk ke Summit tuh kitorg singgah Puchong nk tukar tayar, cr tayar 2nd hand je tp mahal ya amat...so aku decide nk ke Serdang Raya esoknya sbb kt situ tayar 2nd hand mmg murah skit, RM50 sebiji pn dh boleh dapat..

So hr khamis tuh aku pn ajak en.pakwe ke kedai tayar kt serdang raya, kena bawa en pakwe skali sbbnya nk tukar tayar tuh nk minta duit dr dia hehehee... :) so mula2 nk tukar sebiji je then dorg check2 tgk kena tukar 2 biji sbb lg 1 tuh pn dh keluar dawai jg...pastu tayar belakang yg slelau sgt kempis tuh rupanya kena paku...ermmm, 2jam lbg la jg kt kedai tayar tuh so kos keseluruhan RM105 termasuk kos tampal tayar kempis tuh. Lps tukar tayar tuh barulah sedappp skit bawa kereta...apa2 pn thanks to en.pakwe sbb bayar kos tayar tuh... :)

Friday, August 20, 2010

Berbuka Puasa @ Satay Station

Hari ahad lepas (15/08/2010) aku & dia plan berbuka puasa di Satay Station. So kitorg pn gerak ke KL...sebelum ke Satay Station kitorg singgah kt Jalan TAR dulu shopping skit2 & cuci mata..yg pastinya kitorg akan ke Jalan TAR lg lps nih utk bershopping raya hehe :) Lps shopping kitorg pn gerak ke Satay Station.

Nilah menu berbuka kitorg..mee rebus..then kitorg order satay ayam 10 cucuk & satay daging 10 cucuk...punya la seksa nk hbskn satay sbb dh kenyang mkn mee rebus, last2 bungkus bawa blk jelah utk sahur..oh ye masa berbuka tuh aku order air tembikai laici & dia order limau suam...kt situ makanan mmg sedap cuma apa yg aku tak puas hati ialah harga air tembikai laici tuh RM5.50..aku rasa mcm mahal je utk harga segelas tembikai laici sbb biasanya di restoran lain harga segelas tembikai laici ialah RM3 atau RM3.50. Ermm, manakala harga untuk mee rebus islah RM6 & satay RM0.80 1 cucuk..satay mmglah sedap sgt nk dibandingkan dgn satay kajang...dh la besar, isi plak lembut je..mmg best :)

Monday, August 16, 2010

Bicara Agama: Bukan semua alkohol haram

Salam bloggers & followers...hari ni aku nk share psl agama skit yg berkaitan dgn Bukan Semua ALKOHOL HARAM...aku pn bknlah org yg pandai sgt dlm hal2 yg berkaitan agama, tp kt sni aku cuma nk share apa yg aku baca dgn korg semua. Semua nih aku dpt dr UTUSAN MALAYSIA ONLINE bertarikh 25 May 2010. Ikuti Bicara Agama berikut bersama Dzulkifly.


Umumnya umat Islam melihat setiap yang mengandungi alkohol itu adalah haram. Apakah beza arak dengan alkohol?

DZULKIFLY: Tanggapan sedemikian tidak tepat. Memang sebagai umat Islam, kita wajib mencari yang halal. Dalam hal ini sudah pastilah bebas daripada arak dan alkohol atau juga secara umumnya dikenali sebagai etanol.

Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak.

Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi misalnya pernah mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal.

Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof). Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH). Sebagai contoh, iso-propil alkohol, metil alkohol (metanol), butil alkohol (butanol), propil alkohol (propanol), sorbitol dan inositol. Sorbitol misalnya, walaupun ianya tergolong dalam kumpulan alkohol adalah pemanis dan tidak mempunyai sifat yang memabukkan.

Bagaimanapun, seperkara yang perlu dijelaskan adalah tidak semua etanol terhasil daripada proses pembuatan arak. Ini kerana terdapat juga etanol yang terhasil daripada proses penapaian tumbuhan yang bukan bertujuan untuk menghasilkan arak, seperti alkohol industri.

Etanol juga boleh terjana secara sintesis kimia iaitu daripada sumber petroleum, melalui hidrasi etilena. Etanol adalah salah satu sebatian yang terkandung dalam arak dan sebatian inilah yang sebenarnya akan menyebabkan peminumnya menjadi mabuk. Selain dariapada itu, arak juga mengandungi sebatian lain seperti ester, asid, aldehid, keton dan sebagainya yang membentuk sifat-sifat rasa arak itu.

Daripada segi industri pula, ada etanol yang hasilkan untuk berfungsi sebagai pelarut untuk pelbagai bahan industri dan digunakan dalam perisa, pewarna, cat, kosmetik dan ubatan yang tiada kaitannya dengan penghasilan arak.

Perbezaan utama antara arak dan etanol industri ini adalah dari segi tujuan ia dihasilkan. Arak dihasilkan dan boleh menyebab kemabukan manakala etanol industri adalah sebagai pelarut untuk pelbagai bahan industri.


Kalau begitu, penggunaan alkohol sebagai bahan cita rasa adalah dibenarkan?

DZULKIFLY: Dalam hal ini Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 24 Nov. 1988 telah mengeluarkan kenyataan bahawa kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
- Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
- Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.

Istilah al-kuhl itu sendiri adalah perkataan Arab yang diperkenalkan oleh saintis Islam zaman dahulu. Bahan ini tidak semestinya ada kena mengena dengan pengeluaran arak.

Demikian juga dengan etanol, walaupun ada yang digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol tetapi ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain.

Antaranya sebagai dalam pencuci, bahan kimia untuk uji kaji makmal, bahan bakar, pelarut untuk pengekstrakan bahan warna, pelarut untuk pengekstrakan produk perubatan dan pelarut untuk pewangi.

Malah, etanol juga turut disapu pada lengan kita sebelum diberi suntikan oleh doktor untuk membersih dan mengelak jangkitan.

Mengikut Peraturan Makanan (1985) di bawah Akta Makanan (1983), bahan minuman yang mengandungi lebih dua peratus kandungan alkohol hendaklah dipamerkan dengan perkataan 'Arak Mengandungi % Alkohol' pada botolnya.


Apa pula kegunaan alkohol nyah-asli?

DZULKIFLY: Alkohol nyah-asli bermaksud penambahan bahan tambah seperti metanol, pyridine, denotorium kepada etanol tulen yang dihasilkan secara sintesis kimia petroleum atau fermentasi bahan pertanian.

Dengan menggunakan bahan tambah ini menjadikannya beracun, atau menjadi pahit dan tidak boleh dimakan. Ini dapat menutup ruang atau kesempatan di mana bahan yang ditambah dengan etanol tersebut boleh digunakan sebagai arak.

Bahan tambah lain yang digunakan untuk industri seperti iso-propanol, gasolin, metil-etil keton, klorofom, metil-isobutil keton dan denatonium benzoate.


Apa pula kesan pengambilan alkohol kepada tubuh badan kita?

DZULKIFLY: Berdasarkan kajian yang dilakukan dalam bidang perubatan, alkohol (etanol) akan mula memberi kesan kepada tubuh apabila kandungan alkohol dalam darah (Blood Alcohol Content atau BAC) berada pada tahap 0.06 hingga 0.09 g/100 ml (lihat rajah Tahap Ketosikan Pengambilan Alkohol Kepada Manusia)

Dalam mengkaji etanol dalam tubuh manusia, kita boleh merujuk kepada model matematik metabolisme yang diperkenalkan oleh Dr. Erik Matteo Prochet Widmark (1889 - 1945), seorang ahli fisiologi Sweden. Berdasarkan bukunya, Principles and Applications of Medico-legal Alcohol Determination (1932).

Hasil kerja Widmark sangat terkenal hinggakan pada tahun 1965, University of Indiana menubuhkan Anugerah Widmark bagi menyanjung kerja beliau.

Perjalanan etanol dalam badan pula adalah seperti berikut. Etanol tidak perlu dihadam kerana ia cepat diserap oleh badan. Lebih kurang 20% diserap terus melalui dinding perut yang kosong dan boleh sampai ke otak dalam masa satu minit. Kemudian diserap secara pantas pada bahagian atas usus kecil, dan dari situ dibawa oleh darah ke hati dan akhirnya ke buah pinggang.

Hanya sel-sel hati mengeluarkan enzim dehydrogenase pada jumlah yang mencukupi untuk penguraian alkohol. Secara tabiinya, wanita menghasilkan jumlah dehydrogenase yang kurang berbanding lelaki. Sebab itu, secara teorinya kaum wanita akan lebih cepat mabuk berbanding lelaki.


Baru-baru ini, isu pengharaman penggunaan cuka wain disentuh. Ada juga pihak yang meminta keputusan itu dikaji semula. Apa pandangan saudara:

DZULKIFLY: Pengharaman cuka wain itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6 April 2006.

Keputusan Muzakarah adalah: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Cuka wain ini banyak digunakan dalam penyediaan pencuci mulut, bahan perap daging, salad dressing, mustard, jeruk dan sos. Bagaimanapun, saya suka mencadangkan agar kita melihat kepada tiga aspek sebelum membuat keputusan dalam hal ini.

Pertama, memahami asas kepada pengharaman itu. Salah satu daripadanya berdasarkan kepada istilah wain iaitu mengharamkan sesuatu itu disebabkan konotasi pada namanya.

Contohnya, kalau wain ia mesti haram. Begitu juga kalau istilah bak kut teh (sup babi) membawa kepada konotasi bahan yang haram.

Dalam Standard Makanan Halal (MS1500) (Semakan Kedua) yang dikuatkuasakan mulai November 2009, mana-mana produk yang mempunyai istilah yang membawa kepada konotasi bahan yang haram tidak akan diberi pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kedua, kita perlu menjelaskan apakah maksud campur tangan bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri.

Sebabnya, dalam industri sekarang, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik supaya hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka.

Mereka ini tidak boleh mengambil risiko. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain.

Ketiga, peratusan kandungan alkohol di dalam cuka tersebut. Kajian yang kami lakukan di atas sampel-sampel yang diambil daripada pasaran setakat ini mendapati kandungan paling tinggi alkohol dalam cuka adalah 0.18 peratus.  Ini menjelaskan bahawa kandungan alkohol sedemikian adalah rendah dan kemungkinan besar tidak boleh memabukkan.


Diharap apa yg dibicarakan ini akan memberi manfaat pd kita semua. Selamat beramal....

Thursday, August 12, 2010

Puasa ke??...


Hari nih hari kedua umat islam berpuasa..sepanjang bulan puasa nih waktu bekerja dh ditukar, dr 8.30pg-5.30ptg ke 8.00pg-4.30ptg...so utk org yg berumahtangga tuh mmg bgs la dpt blk awl, yelah dptlah memasak utk berbuka puasa...tp utk org bujang mcm aku ni, blk awal pn mmg takda la aku nk masak..better beli kt pasar ramadhan ataupn makan kt luar je..tp mmg tak menjimatkan duit pn la hehehe...kali ni puasa, aku ada peneman buka puasa walaupn bkn hari2 buka puasa bersama...nk tahu sape?? ermm, biarlah rahsia....

Alhamdulillah thn nih aku dpt berpuasa di sini..mcm thn lepas (2009) & 2thn lps (2008), aku sambut puasa di Taiwan sbb kena pergi training utk Technology Transfer Program..Thn 2008, aku sambut puasa dgn sidah kt Taiwan then after 3 weeks kt sana faiz pn dtg so ada la geng berbuka puasa..Thn 2009 plak aku sambut puasa dgn pizin, faiz pn ada join jg berbuka puasa dgn kitorg tp org yg selalu teman kitorg mkn adalah Mandy..mmg byk aktiviti yg kitorg buat masa time bln puasa termasuklah jenjalan & shopping..paling aku ingat kitorg main badminton & pergi cycling kt Nanliao, uishhh mmg penat giler la tp best & enjoy sgt..masa kt Taiwan tuh just mkn apa yg ada je, takde pn terpikir hr ni nk mkn ape esok nk mkn ape...kalo kt sni mmg hari2 la susun nk mkn apa...tp bila kt sana tuh ada jg la teringin nk mkn nasi kerabu & murtabak, yelah dok kt tempat yg mmg susah nk dpt makanan halal kan...hari2 buka puasa dgn nasi & sayur, tak pn mkn maggi atau roti dan buah bersama air chen chu naicha (teh ais with black pearl jelly)...tp mmg 1 pengalaman yg best & tak blh dilupakan...i missed that moment...
Slps 2 thn berturut2 berpuasa di Taiwan, finally thn ni aku berpuasa di sini. Berpuasa di Taiwan membuatkan aku tak perlu nak bangun tido awal sbb aku mmg tido lewat so bangun pn lewat. Di sana pergi ofis seperti biasa, samada pkl 8am atau pn 8.30am..berbuka pn awal dlm pkl 6 lbh..tp di sini aku mmg rushing giler nk gi keje pg2...almaklumlah msk keje pkl 8am, so kena bgn awal..kalo keluar rumah lewat mmg mengadap la jem kt depan Petronas Pasar Borong..tp dlm masa 2 hari nih mmg aku lewat, pkl 8.15am br sampai ofis itu pn aku keluar rumah pkl 7.50am...kalo kt Taiwan tuh tak payah nk mengadap jem sbb aku gi ofis by walking, if keluar ke bandar mmg kena mengadap jem la jg...ishhh dlm aku dok menulis ni tak sedar rupanya dh pkl 4 lebih, kejap lg nk blk keje dah..so korg berbuka puasa kt mana?? aku tak tau lg nk buka puasa kt mana..So anyway, selamat berbuka puasa utk korang semua...


Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 2010




Selamat Datang Bulan Ramadhan...

Tanpa Disedari...
11 bulan banyak kata sudah diucapkan & dilontarkan tak semua menyejukkan...
11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat & diciptakan tak semua menyenangkan...
11 bulan banyak keluhan, kebohongan & kebencian menjadi bahagian dari diri...
Saatnya istirehat dalam "perjalanan dunia"...
Saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga...
Saatnya menikmati indahnya kemurahanNya...
Saatnya memahami makna pensucian diri...
Selamat menunaikan ibadah puasa bersama kita leburkan kekhilafan..
Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar..
Semoga kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan doa-doa dan kembali menjadi fitrah..
Selamat Berpuasa kepada semua...amin....


SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..
kepada semua pembaca/pengikut blog ini..



Tuesday, August 10, 2010

Dinner @ Sekinchan Setiawangsa


Hari sabtu lepas aku keluar dinner dgn liza & shah..dh lama tak keluar lepak sama2, biasalah maisng2 sibuk dgn hal masing2..plan awalnya nk mkn kt HR Steak Kg Baru tp bila sampai kt situ takda parking & jg org yg terlalu ramai memenuhi restoran tersebut...then, decide ke Setiawangsa..kitorg lepak kt Sekinchan..menu malam tu adalah western food..lama la jg lepak makan & borak2 kt situ...

Chicken Chop RM11.00

Fish & Chip RM11.00
Lamb Chop RM16.00



Friday, August 6, 2010

Info: Segalanya tentang JANTUNG


1. KESESAKAN JALAN tingkatkan SERANGAN JANTUNG


Risiko SERANGAN JANTUNG akan menjadi 3 kali ganda lebih tinggi jika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 1 jam. Demikian hasil penyelidikan yg dilalukan oleh penyelidik Jerman yg disiarkan dlm laman web American Heart Association pd hujung thn lalu. Menurut Dr Annette Peters dr Institut Epidemiologi Jerman, kereta-kereta sewaktu tersangkut dlm kesesakan menyebabakan wanita, lelaki tua serta individu yg mempunyai sejarah serangan jantung paling berisiko terkena serangan jantung.


2. Kerja LEWAT lemahkan JANTUNG

Pekerja Kilang, kakitangan hospital, polis, ahli bomba, pemandu lori, juruterbang & sesiapa sahaja yg kerap syif malam boleh mengalami perubahan hormon metabolik dlm tubuh. Golongan ini jg senang mempunyai risiko obesiti, diabetes & jg serangan jantung. Ini berpunca drp tabiat pemakanan & masa berjaga. Di Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 8.6 juta rakyatnya bekerja syif & dikatakan sbg terkeluar dr syif normal iaitu 9pg hingga 5 ptg oleh Yayasan Tidur Kebangsaan. Kajian ini diterbitkan di website proceedings of the National Academy of Sciences.


3. KARAOKE cegah STROKE dan JANTUNG


Anda gemar KARAOKE? Jika ya, anda patut kerap melakukan aktiviti tersebut terutamanya bersama teman-teman. Ia bukanlah sbg hobi yg mampu menghilangkan tekanan tetapi aktiviti tersebut menyihatkan. Menurut profesor Takeshi Tanigawa dari Universiti Ehime Japan, karaoke merupakan pilihan yg tepat bg golongan pekerja utk melepaskan tekanan, kepenatan & menghilangkan stress akibat rutin pekerjaan. Menyanyi menyebabkan anda terpaksa mengawal nafas secara teratur yg mana sgt baik utk mengendurkan saraf yg tegang & melancarkan pengaliran darah sekaligus merendahkan masalah darah tersumbat.

Info: Atasi SEDIH dengan PELUKAN



Kaedah terbaru utk mengatasi rasa sedih & sepi ialah dgn memeluk rakan atau pasangan anda. Sentuhan mempunyai kuasa terapeutik iaitu ia boleh mengurangkan tahap hormon korstisol stress & merendahkan tekanan darah. Setiap kali anda berasa sedih, sunyi atau hanya ingin melegakan perasaan, peluklah rakan atau pasangan anda utk mendamaikan semula perasaan anda.



PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...