Sunday, August 14, 2016

Miza: My BIG WHY

Sambil2 korang tgk tv & melayan anak2, ok malam ni Miza nak story pasal MY BIG WHY. MY BIG WHY kenapa Miza buat business online, padahal dah ada kerja hakiki kan..

Miza umur tahun ni dah masuk 35 tahun pun, dah berkahwin & dah punya anak. Miza kerja kat Cyberjaya, tapi anak2, suami & family Semua kat Perlis. So setiap 2 minggu Miza akan balik Perlis. Hari Jumaat memang gigih laa Miza naik train turun train, naik tangga turun tangga sebab nak berkejar2 naik bus.. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐ŸปThen Ahad Malam dah balik ke sini sebab Isnin pagi masuk kerja macam biasa. Cuti tu toksah kata laa, memang tinggal sipi2 jer lagi so now memang berusaha supaya tak selalu ambil cuti.๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Actually Miza ni bukannlah penggemar shawl, kalo boleh nak yg senang2 pakai jer ๐Ÿ˜„. Dulu2 pakai juga shawl tapi beberapa tahun lepas tu memang dah malas sebab lebih selesa mengenakan tudung bawal & tudung ala2 fareeda tu. Nak dijadikan cerita, Miza boleh start pakai shawl semula kerana INSTANT SHAWL hokayy ๐Ÿ˜…. Itu pun start bulan Mac hari tu sebab tolong NorhaPizin Kushairi jual tudung. Kebanyakkan koleksi yg Miza ada pemberian dari Liza & Pizin sendiri ๐Ÿ˜‰



Then Hayat Hijab keluarkan tudung instant yg attach sekali dgn inner. Miza pun try2, rasa macam ok so Miza pun beli laa sehelai warna Hitam. Selepas tu Escarves juga keluarkan tudung instant attached sekali dgn inner.. Sungguh Miza cakap, Miza suka tgk color2 tudung ‪#‎escarves‬ yg nampak fresh & candy gitu tapi tak semua org mcm Miza. So Miza pun beli juga sehelai warna Light Bubblegum, so in love sgt2 ๐Ÿ˜. Dgn labuh depan belakang & inner yg tak melekat di muka so lagilah in love kan…๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Mesti korang tertanya2 kenapa Miza buat business online? ๐Ÿค”Alaa Miza nak penuhi masa lapang yg ada laa, takkan laa asyik nak tenung dinding & tv jerk kan hehehe ๐Ÿ˜‚ At least ada juga buat Something drp Nothing. But, sebab yg paling utama adalah suami, anak2 & family..Nak happykan mereka walaupun life tu agak struggle, harap lepas ni dah tak struggle dah hehehe. Doakan Miza ☺️Lagipun Miza memang memerlukan sideincome since Miza travel 2 minggu sekali balik ke Perlis. Harap2 lepas ni dapat laa pindah balik dok kat Perlis dgn suami & anak2, Doakan Miza ye ☺️


Kalo nak diharap pada gaji tu memang sipi2 laa tapi kalo dah settle semua2 loan segala mcm loan (biasa laa dulu jiwa muda, mula2 kerja terus beli kereta), memang of course la boleh cover everything ๐Ÿ˜„ So memang nak sgt laa hidup bebas hutang, bebas kewangan (financial freedom).. Doakan Miza hokayy ☺️. Then, teringin sgt nak bawa 1 family pergi umrah & inshaa Allah Haji juga kalo dipanjangkan umur. Ermm ape lagi ek?? Of course laa nak beli rumah, nak beli kereta MPV since anak dah ramai kan, nak memberi manfaat kpd org sekeliling & nak lebih byk memberi/bersedekah..Jangan lupa doakan utk Miza ye ☺️

Dan yg penting, nak terus bangkit, bangkit, & bangkit walaupun tak tahu dah berapa kali Miza jatuh tersadung & tersungkur ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป Alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg betul, sahabat2 yg positif. Actually byk je lagi Miza nak cerita tapi Miza story next lah ek.So itulah BIG WHY Miza. Korang2 DOAKAN MIZA ye ☺️☺️

‪#‎escarvesstylista‬
#sayajualtudung


Dari Mata Pena Ku;
  

1 comment:

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...