VitaminShop Miza4u

Friday, August 22, 2014

Miza & Masakan Ikan Darat



Assalamualaikum.

Ok bersua kita kembali...kali ni tak nak cerita pasal shaklee...saya nak cerita pasal masakan pulak...bukan sebab nak jadi chef ke apa tapi disebabkan saya yang dah rajin memasak :)

Actually saya nih tak ada laa pandai memasak sangat tapi masih belajar dan akan sentiasa belajar dan terus belajar memasak demi suami dan anak2 sebab mereka suka makan makanan yang dimasak di rumah. Kalo di atas meja makan ada lauk yang dibeli dan lauk yang dimasak, memang mereka lebih memilih lauk yang dimasak walaupun saya masak yang simple dan biasa2 saja dan walaupun lauk yang dibeli itu adalah pilihan mereka sendiri...

Hari tuh suami saya bawa balik ikan darat, katanya ada orang bagi. Ada ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat, ikan talapia dan ikan lampam. Jadinya di dalam kepala nih memang dah terpikir laa nak masak apa. Pasal siang ikan dan cuci, semuanya suami saya yang lakukan...fuhhh memang lega habis..tinggal nak masak jerlah kan..part yang nak memasak nih la yang memang saya takut sangat sebab saya tak pernah lagi masak masakan ikan darat nih.

Kebetulan saya pergi ke rumah mak saya, saya pun bertanyalah pada mak saya macam mana nak masak cuka ikan haruan dan masak asam pedas ikan puyu Perlis Style. Haaa Asam pedas Perlis Style nih tak sama tau macam Asam Pedas Melaka tuh yang korang selalu makan tuh…Lain sikit…Asam pedas ikan puyu nih memang kesukaan suami saya. Bila dah dapat cara memasak semua saya pun rasa legal ah sikit nak memasak. Bukan apa, daripada nak impress suami dengan masakan tuh kang jadi benda lain pulak kan. So inilah hasilnya, Masak Cuka Ikan Haruan dan Asam Pedas Ikan Puyu Perlis Style. Saya menu-menu nih pada hari yang berlainan, bukan dua menu pada hari yang sama..Resepinya saya akan kongsi kemudian untuk anda Semua dan untuk diri saya sendiri. Tapi macam saya katalah, saya tak ler pandai memasak sangat tapi mungkin resepi tuh boleh dijadikan rujukan hehehe


Ok bila dah siap masak, tibalah masa untuk merasa. Memang dalam hati nih dup dap dup dap risau takut tak sedap. Tapi nasib laa suami saya habiskan juga, tak tahu laa samada saying kalo membazir atau pun ok laa masakan tuh kan. Cuma dia kata asam pedas ikan puyu tu kurang garam. Actually saya takut nak letak garam banyak-banyak sangat, takut termasin. Kalau kurang garam, kita boleh tambah garam kan. But lega sangat bila dia kata ok. 

#AsamPedasIkanPuyu #MasakCukaIkanHaruan


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, July 22, 2014

Set Penyusuan Bajet Shaklee



Set Penyusuan Bajet Shaklee antara set yang sangat popular di kalangan ibu-ibu masa kini, Untuk ibu-ibu yang memerlukan bantuan atau sokongan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak, mungkin Set Penyusuan Bajet Shaklee dapat membantu.

Secara amnya, Set Penyusuan Bajet Shaklee mengandungi Alfalfa Complex dan ESP (Energising Soy Protein). Jom kita lihat fungsi setiap satunya di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee.


Alfalfa Complex

Di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee, Alfalfa Complex membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan dapat memperbanyakkan susu. Alfalfa Complex dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee juga membantu dalam menyelesaikan masalah wanita seperti keputihan selain merapatkan keintiman (bertindak sebagai kacip Fatimah).

Selain itu, ibu-ibu yang mengambil Alfalfa Complex dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee ini juga akan jadi lebih lawas. Ianya membantu mengurangkan angin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan berat badan.


Energizing Soy Protein (ESP)

Di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee, Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP membantu melancarkan penghasilan susu ibu. ESP penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan membantu mengawal paras kolesterol.  

ESP dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee ini juga membantu memberikan tenaga kepada ibu serta memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.

ESP dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee ini juga sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Sebab itulah betapa pentingnya menyusu kerana ibu dapat memberikan pelbagai mineral, zat dan vitamin secara terus kepada anak.

Selain itu, ESP dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee juga dapat memekatkan susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee dengan soya lain yang terdapat di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alcohol dan diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Tujuan utamanya Set Penyusuan Bajet Shaklee adalah untuk menghasilkan kuantiti susu yang lebih banyak dan pekat. Namun, jangan lupa konsep supply dan demand. Payudara perlu dikosongkan selalu untuk menghasilkan susu dengan lebih kerap dan banyak. Selain itu, Berfikiran positif juga sangat penting di dalam penghasilan susu ibu.

Jika anda menghadapi masalah di dalam penghasilan susu ibu seperti merasa terlalu letih, stress, susu merudum sewaktu datang haid atau relactation, selain Set Penyusuan Bajet Shaklee anda boleh mencuba Set Penyusuan Optimum Shaklee.

Tetapi, Jika anda mempunyai budget yang rendah, anda boleh menggunakan ESP sahaja untuk membantu anda menyusu anak anda. Saya dah kongsikan dengan anda kelebihan ESP di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee. Tetapi jika anda mempunyai alahan soya, anda perlu dapatkan khidmat daripada doctor anda mengenai ESP ini.

Harga Retail bagi Set Penyusuan Bajet Shaklee ini ialah RM203.75 (sekiranya Alfalfa complex  (S)) atau RM247.50 (sekiranya Alfalfa complex (L)).  Anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat penjimatan sehingga 25%. Berbaloi bukan.


Anda berminat nak dapatkan Set Penyusuan Bajet Shaklee? Sekiranya berminat, Anda boleh hubungi saya. Kepada yang telah mencuba Set Penyusuan Bajet Shaklee, anda boleh kongsi dengan saya kesannya.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:


Miza@Vitamin Shop Miza4u (ID 1000531)

Call/SMS/WhatsApp: 012-4514738
Email: mizaamiza@gmail.com
Blog: http://admizs81.blogspot.com/
PM: www.facebook.com/messages/VitaminShopMiza4u/


#SetPenyusuanBajetShaklee #AlfalfadanESP



Dari Mata Pena Ku;

Rahsia lemon, penyembuh semula jadi




Rahsia lemon, penyembuh semula jadi
Cahaya suria kian terbenam di ufuk barat. Tibanya waktu berbuka, acap kali minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama untuk diteguk. Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi... nah, ini antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan. Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan, rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Ia bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan pada bulan ibadat ini!

Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.


KHASIAT

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.

Sumber:


Dari Mata Pena Ku;