Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata #012

DOA itu bukan memberitahu Allah akan hajatmu,
kerana Allah Maha Mengetahui..
Juga bukan meminta,
kerana Allah Maha Pemurah, memberi tanpa diminta...

Namun DOA hanyalah menunjukkan keperluanmu kepada-Nya,
kerana Allah Maha Kaya dan suka dengan hamba yg menunjukkan kefaqirannya...

#MutiaraKata #Doa


Dari Mata Pena Ku;

Friday, January 10, 2014

Mutiara Kata #011

KEJAYAAN datang daripada TINDAKAN yang terhasil
Setelah membuat satu KEPUTUSAN yang BIJAKSANA.

KEPUTUSAN yang BIJAKSANA datangnya dari PENGALAMAN.

PENGALAMAN pula hasil daripada sikap berani MENCUBA
dan sanggup berhadapan dengan KEGAGALAN.


Oleh itu, cuba lakukan sesuatu yang positif hari ini.

#MutiaraKata

Dari Mata Pena Ku;

Thursday, January 9, 2014

Mutiara Kata #010

REZEKI itu MILIK Allah....
Semakin kita IKHLAS MEMBERI
kepada orang lain dan yang memerlukan,
Inshaa Allah, DIA MEMUDAHKAN REZEKI kita....

REZEKI yang BERKAT, sedikitnya CUKUP...
BANYAKNYA boleh diagih-agihkan..

REZEKI yang TIDAK BERKAT, sedikitnya TIDAK CUKUP..
BANYAKNYA tidak puas...

REZEKI yang TIDAK BERKAT umpama meminum air laut,
SEMAKIN DIMINUM SEMAKIN HAUS.....


Maka, carilah rezeki yang berkat untuk kebaikan di dunia & juga akhirat...

#MutiaraKata #Rezeki
Dari Mata Pena Ku;

Mutiara Kata #009

ANAK-ANAK!....
JANGANLAH kamu fikir kamu BERJAYA hari ini
adalah kerana HEBATNYA DIRI KAMU....
SEBENARNYA,
Kamu TIDAK ADA APA-APA
Jika bukan kerana BERKAT DOA KEDUA IBU BAPA kamu
WALAUPUN,
Mereka TIDAK BERPELAJARAN sekalipun!...


Kenanglah JASA IBU BAPA kita...Hormatilah mereka...& JANGAN lupa untuk sentiasa MENDOAKAN mereka....

#MutiaraKata #JasaIbuBapa #DoaIbuBapa


Dari Mata Pena Ku;

Friday, January 3, 2014

Mutiara Kata #008

Jika HATI itu SEPUTIH AWAN,
Biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN...

Jika HATI itu SETENANG LAUTAN,
Biarlah ia mengalir dengan KEJUJURAN...

Jika HATI itu SEINDAH PELANGI,
Warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN...

Jika HATI itu SEHEBAT BULAN,
Sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN...

Jika HATI DILUKAI,
Maka Sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...


#MutiaraKata #Hati

Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...