Showing posts with label Ayat Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Ayat Al-Quran. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

Doa Nabi Musa a.s

DOA yang diajar untuk kita ketika sulit dalam mendapatkan rezeki atau jodoh dan permasalahan yang lain.   MUNGKIN ramai di kalangan kita seolah-olah berputus asa bila berhadapan dengan masalah menjemput rezeki, mendapatkan jodoh atau menghadapi pelbagai kesulitan yang lain. SEMUA ini telahpun dirasai oleh Nabi Musa as. Baginda dibesarkan di dalam istana Fir’aun, kemudian baginda lari kerana bimbang atau takut dibunuh oleh pengikut-pengikut Fir’aun. Baginda sampai pula ke tempat yang tidak mempunyai makanan dan minuman serta tidak pula mempunyai pekerjaan, tidak juga mempunyai isteri dan keluarga. DI DALAM perjalanan baginda sampai ke sebuah telaga, ketika itu ada dua orang perempuan yang ingin mengambil air di telaga tersebut. Nabi Musa as membantu mereka, setelah itu Nabi Musa as beristirahat dan berdoa. Disebabkan doa tersebut keadaan jadi berubah. SEKARANG ramai di kalangan kita meremehkan doa dan hanya berpegang dengan usaha tanpa doa. USAHA dengan disertai doa jauh lebih baik daripada usaha yang tidak disertai dengan doa.
DOA Nabi Musa ketika itu ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWTdi dalam Surah al-Qasas ayat 24:


SELEPAS BERDOA datanglah kepadanya salah seorang wanita yang telah dibantu mengambil air di telaga tadi, dan wanita itu berkata bahawa ayahnya memanggil Nabi Musa as untuk memberikan upah atas sesuatu yang telah dia lakukan, tetapi nabi Musa as menolak untuk menerima upah tersebut, dan ternyata nabi Musa as dinikahkan dengan salah seorang daripada wanita tersebut.

MAKA MARILAH kita mbil pengajaran daripada kisah ini dengan perbanyakkanlah doa di atas, inshaa Allah segala usaha dipermudahkan Allah sama ada kita inginkan rezeki berupa wang ringgit, jodoh, atau apa sahaja urusan. Sesungguhnya Allah tempat kita minta pertolongan.

Sebagai tambahan, untuk menambahkan banyak rezeki selalulah tunaikan solat dhuha di waktu pagi antara jam 8 pagi hingga 10 pagi. Pada rakaat pertama baca Al-fatihah dan Surah Ad-Dhuha dan pada rakaat kedua baca Al-fathiha dan Surah Al-Insyrah dan pada sujud yang akhir baca Doa Nabi Musa sebanyak 10 kali. Dari sumber Ustaz Shafarul Abata.



Dari Mata Pena Ku;

Friday, January 2, 2015

Amalan untuk Mendapat Rezeki yang Tidak Putus-Putus



AMALAN KHAS UNTUK:-
1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus

******************************
Amalannya:


Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja )

*****************************

Entah macamana sampai dua orang berkongsi amalan tersebut.

1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.

2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.

Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri Petaling ) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.

Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya'.

Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, warga MMR.

******************************
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an )

" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )

***************************

Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.

Kita solat kerana Allah perintahkan solat.

Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.

***************************

Nah, kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah kita mulakan amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada hari Jumaat akan datang.

***************************

Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah

***************************

Allah, tidak mungkin hampakan kita.


Sumber: FB Mudahnya Menjemput Rezeki

Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, December 9, 2014

Surah Saba' Ayat 39

Surah Saba' ayat ke-39 yang bermaksud:

"Katakanlah;  "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezekibagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya"....




Sedarlah bahawa segala rezeki di dunia ini datangnya dari Allah, kalau Allah nak bagi dan nak tarik rezeki itu hanya pada bila-bila masa sahaja yang kadangkala tak terjangkau dek akal manusia.

Bila anda melalui suatu keadaan dimana rezeki anda ditarik & hidup dalam kesempitan, maka Tenangkan perasaan anda, bersolat dan berdoalah pada Allah yang maha mendengar mohon dipermudahkan ujian ini dan diberikan jalan penyelesaian masalah anda.

Jangan lupa untuk menunaikan solat sunat Dhuha di pagi hari dan bertahajjud di malam hari, kadangkala ujian yang diberi menandakan Allah rindu untuk mendengar doa-doa hambanya yang mula lupa dan alpa di kala senang.
Dan janganlah kita kedekut untuk bersedekah kerana sedekah tidak akan menjadikan kita papa kedana. Seperti di dalam ayat di atas, telah disebutkan "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya"...Bersedekahlah semampunya, Inshaa Allah ada ganjarannya daripada Allah.

#muhasabahdiri
#dugaansetiapmanusiaitutidaksama


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...