Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

Doa Nabi Musa a.s

DOA yang diajar untuk kita ketika sulit dalam mendapatkan rezeki atau jodoh dan permasalahan yang lain.   MUNGKIN ramai di kalangan kita seolah-olah berputus asa bila berhadapan dengan masalah menjemput rezeki, mendapatkan jodoh atau menghadapi pelbagai kesulitan yang lain. SEMUA ini telahpun dirasai oleh Nabi Musa as. Baginda dibesarkan di dalam istana Fir’aun, kemudian baginda lari kerana bimbang atau takut dibunuh oleh pengikut-pengikut Fir’aun. Baginda sampai pula ke tempat yang tidak mempunyai makanan dan minuman serta tidak pula mempunyai pekerjaan, tidak juga mempunyai isteri dan keluarga. DI DALAM perjalanan baginda sampai ke sebuah telaga, ketika itu ada dua orang perempuan yang ingin mengambil air di telaga tersebut. Nabi Musa as membantu mereka, setelah itu Nabi Musa as beristirahat dan berdoa. Disebabkan doa tersebut keadaan jadi berubah. SEKARANG ramai di kalangan kita meremehkan doa dan hanya berpegang dengan usaha tanpa doa. USAHA dengan disertai doa jauh lebih baik daripada usaha yang tidak disertai dengan doa.
DOA Nabi Musa ketika itu ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWTdi dalam Surah al-Qasas ayat 24:


SELEPAS BERDOA datanglah kepadanya salah seorang wanita yang telah dibantu mengambil air di telaga tadi, dan wanita itu berkata bahawa ayahnya memanggil Nabi Musa as untuk memberikan upah atas sesuatu yang telah dia lakukan, tetapi nabi Musa as menolak untuk menerima upah tersebut, dan ternyata nabi Musa as dinikahkan dengan salah seorang daripada wanita tersebut.

MAKA MARILAH kita mbil pengajaran daripada kisah ini dengan perbanyakkanlah doa di atas, inshaa Allah segala usaha dipermudahkan Allah sama ada kita inginkan rezeki berupa wang ringgit, jodoh, atau apa sahaja urusan. Sesungguhnya Allah tempat kita minta pertolongan.

Sebagai tambahan, untuk menambahkan banyak rezeki selalulah tunaikan solat dhuha di waktu pagi antara jam 8 pagi hingga 10 pagi. Pada rakaat pertama baca Al-fatihah dan Surah Ad-Dhuha dan pada rakaat kedua baca Al-fathiha dan Surah Al-Insyrah dan pada sujud yang akhir baca Doa Nabi Musa sebanyak 10 kali. Dari sumber Ustaz Shafarul Abata.



Dari Mata Pena Ku;

Saturday, September 27, 2014

Doa seorang Ibu untuk anaknya




Hi Semua, apa khabar? Dah lama kita tak bersua kan..Almaklumlah saya bila weekend busy dengan husband dan anak-anak, bila weekdays dah busy dengan kerja sebagai Researcher. Ok hari ni Saya nak share dengan anda Semua 2 doa yang saya amalkan semasa saya mengandung dan selepas saya melahirkan anak. Doa dari seorang ibu kepada anak-anaknya nih kan berkat di sisi Allah.


Apa yang saya nak kongsi nih adalah pengalaman saya sendiri, mungkin orang lain ada cara mereka tersendiri dan pengalaman mereka sendiri. Setiap orang kan berbeza. Tapia pa yang saya nak kongsi ini moga boleh juga dijadikan panduan untuk orang lain juga, Inshaa Allah.

Semasa saya mengandung dulu, selalunya semasa di Pejabat saya akan buka Real Player surah-surah Al-Quran untuk saya dengarkan pada anak saya. Saya akan ambil headphone dan letakkan headphone di perut. Memang anak saya akan aktif bergerak-gerak bila didengarkan surah-surah Al-Quran kepada dia. Setiap kali selepas solat 5 waktu pula saya berdoa seperti ini:-


“Ya Allah, peliharalah annakku selama dia berada dalam kandunganku moga dia cukup sifat, sihat dan sempurna.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara muda , sihat, sempurna, pintar berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh/solehah.
Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Al-Hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w”
“Wahai anak, kau tabahlah di dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan..Amin..Amin..Amin..Ya Rabbal’alamin..”


Tibalah pada hari kelahiran, maka lahirlah anak saya ke dunia dan diberi nama Nur Farah Annisa Binti Mohamad Nazri. Semasa saya berada di bilik bersalin, saya amalkan:


i. Berzikir Tasbih Yunus - La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin
ii. Berzikir “Rabbi Yasir Wala Tu’asir…”
iii. Berzikir “Hasbunallahu wa ni’mal wakil”


Nama Annisa diambil daripada surah di dalam Al-Quran, iaitu Surah An-Nisa. Saya percaya bila sayatelah menjadi seorang ibu maka saya perlu mendoakan anak saya yang baik-baik kerana doa seorang ibu itu mendapat keberkatan Allah swt. Setiap kali selepas selesai solat 5 waktu saya akan berdoa seperti ini:-

“Ya Allah Ya tuhankku, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anakku Nur Farah Annisa.
Ya Allah, moga Nur Farah Annisa menjadi anak yang baik, solehah, berilmu, beriman, berpengetahuan, bijak, cerdik, pandai, pintar, cerdas, cergas, aktif dan berbudi perkerti mulia.
Ya Allah, moga annakku menghormati orang tua, mengenang jasa kedua ibubapanya, jasa tok dan tokwannya, mak saudara dan bapa saudaranya. Moga Nur Farah Annisa disayangi ramai, dikasihi ramai dan disenangi ramai serta mempunya rezeki yang tidak pernah putus-putus.
“Ya Allah, moga Nur Farah Annisa menjadi tali pengikat kasih saying antara ku dan suami ku dan pembawa rezeki yang tidak pernah putus-putus kepada ku dan juga suami ku…
Amin..Amin..Aminn..Ya Rabbal’alamin…”

Ok, Nampak macam panjangkan kedua-dua doa yang menjadi amalan saya ini. Tapi cubalah anda amalkannya, inshaaAllah Jika Allah tidak beri Semua yang anda minta, tapi pasti dia akan berikan juga sedikit mengikut apa yang DIA kehendaki. Sesungguhnya percatura Allah itu adalah yang terbaik dan Allah maha mengetahui segala-galanya.


#DoaSeorangIbu #DoaUntukAnak

Selamat Beramal Semua...Moga Ianya BERMANFAAT untuk anda semua..


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...