Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Thursday, September 20, 2018

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2
.
.
Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ.

Bila dah terlalu panjang giler barisan tu, Miza decide utk buat Custom Declaration kereta dulu. Memang tepat decision Miza sebab tak ramai orang. Terus Miza pun beratur.

Utk custom declaration kat Wang Kelian tu Miza kena charge RM10. Hampeh betui laa orang siam ni, sebab ada orang selepas Miza tu dorang charge RM5 je. Kalo kat Danok, charge declaration sama je TH50. Tak lebih tak kurang, memang banyak tu.

Lepas dah settle custom declaration, Miza pun pi laa que kat Mak dan Maksu. Adik-adik dan anak-anak masa ni tunggu kat kereta sebab cuaca terlalu panas terik.

Disebabkan rasa macam barisan tu tak gerak-gerak, Miza pun berjalan-jalan ke depan. Tiba-tiba barisan yg hanya satu je, split menjadi dua.

Apa lagi, laju jerlah Miza masuk barisan yg split tu. So daripada belakang, Miza dah ke depan. Beratur dgn penuh sabar di bawah terik Matahari masa tu pukul 12 tengah hari.


Rasa macam tak gerak je barisan, tapi tetap bersabar. Katanya ada yg beratur dari pukul 8 pagi. Ada tu, dah sangkut jem kat Padang Besar so datang laa beratur kat Wang Kelian ni. Ada juga yg give up nak beratur terus patah balik.

Berpeluh-peluh tu usah kata laa, memang rasa macam kena hujan. Tapi tudung tetap maintain cantik.

Dari setengah jam ke sejam, dari sejam ke dua jam dan berjam-jam lamanya. Kiranya tak larat nak sembang dah dgn orang yg sama-sama beratur.

Teringat kata-kata adik Ipar Miza, agaknya nanti kita kat Padang Masyhar macam ni apa. Sungguh, cuaca memang terik. Kalo orang yg jenis tak tahan panas tu memang boleh pengsan.

Dalam dok beratur tu ada gak rasa macam nak give up. Tapi dah alang-alang sangat so Miza teruskan juga beratur.

Miza dapat cop border dlm pukul 3.15 petang macam tu. Bayangkanlah lamanya Miza beratur. Sanggup dengan tak sanggup ja.

Lepas cop tu terus rasa macam nak lembik lutut. Untuk cop border ni, custom minta RM4 utk 4 border. Ada orang depan Miza tu, custom minta RM20 utk 6 passport. Hampehh kan.

Miza pun terus berjalan ke kereta. Fuhhh lega rasa. Adik-adik Miza dah tunggu kat kereta. Ok its time utk gerak ke Pak Bara. Yeahhh

Lepas 15 minit perjalanan, tiba-tiba adik yg tengah drive cakap, “Kak kereta stop ni”. Miza, “Hahhh stop? Bawa slow-slow Yob ke tepi”. Dari lane kanan then kitorg berhenti ke tepi kiri.

Miza dgn adik-adik pun apa lagi, kalut laa. Buka bonet, check itu ini. Tapi semuanya macam ok. Even temperature pun ok. Terasa bahang enjin terlalu panas.

Masa tunggu Miza beratur berjam-jam tu, kereta tak ditutup enjin dan aircond terpasang sebab anak-anak panas.

Kitorg pun try laa start kereta berkali-kali. Finally kereta hidup juga akhirnya. So kitorg decide untuk teruskan perjalanan ke Pak Bara.

Unfortunately, kereta stop lagi. Fuhhh memang menguji kesabaran betul. Dah laa tengah panas lit lit.

Bayangkanlah Miza beratur berjam-jam dan jem sebelum masuk Wang Kelian lagi, end up kereta mati macam tu. Fuhhh 5 jam hokayyy sampai lembik lutut.

Kitorg pun tunggu laa kejap bagi enjin sejuk sikit. Miza dan adik-adik decide if kereta hidup, kitorg patah balik dan keluar dari border. Fikir untuk keluarkan kereta dari Siam je.

Rasa kesian plak kat family maksu menunggu. So kitorg adik beradik ni suruh mak follow family maksu ke Pak Bara, at least Mak dapat laa pi Pak Bara. Kami ni takpa, lain kali boleh pi lagi.

Try start kereta, kereta pun hidup. So kitorg patah balik ke Malaysia. Mak dan family Maksu ke Pak Bara. Memang takda rezeki kami nak ke Pak Bara petang tu.

Adik pun bawa laa slow-slow bagi lepas border. Tapi paling menakutkan bila fikir nak kena naik dan turun bukit Wang Kelian yang berpusing-pusing tu.

Then finally kitorg selamat melepasi turun bukit Wang Kelian. Apa lagi, misi mencari makan le plak. Mana taknya, last makan masa breakfast pagi tadi.

Kitorg makan di Anjat Corner, Padang Besar. Sedap gak tomyam dia. Lepas makan kitorg pun terus balik ke umah dgn rasa sedih tak dapat pi Pak Bara.


.
.
Moral of the Story:

1. Jangan masuk Siam time cuti 3-4 hari sebab orang terlalu ramai. Miza tobat dah laa nak pi, kena sekali cukup dah laa.

2. Sila tutup aircond dan matikan enjin kereta bila menunggu terlalu lama berjam-jam.

.
.
.
Dari Mata Pena Ku;

PART 1 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian


PART 1
.
.
Ok kisahnya macam ni 👇🏻


Miza, mak, adik-adik dan family maksu plan nak ke Pak Bara pada 31 Ogos, almaklumlah cuti merdeka kan.

Mak inform nak ke Pak Bara tengah hari 30 Ogos pada Miza. So dia kata nak pergi dengan kereta Gen2. Axia memang Miza guna kat KL.

So petang 30 Ogos tu gigih laa Miza ke TBS nak naik bus balik ke Perlis, cuti 3 hari kan. Sampai kat Perlis dlm pukul 2.30 pagi. So sempat laa nak rehat kejap.

Pagi 31 Ogos, Miza dan anak-anak ke rumah mak seawal 7.30 pagi. Nasib sampai awal kat umah mak so boleh laa isi form untuk buat Custom Declaration kereta dan white card. Insurans kereta adik Miza dah settle semalam lagi.

Lepas maksu dah family sampai di umah mak, kitorg pun terus gerak ke Wang Kelian.

Kalo nak ke Pak Bara, Tanjung Pao, atau Koh Lipe; kena keluar border di Wang Kelian sebab itu laluan yg terdekat nak ke tempat tu.

Nak ikut border Padang Besar pun boleh juga, tapi agak jauh nak ke tempat-tempat tu.

Sebelum sampai di Wang Kelian, Miza singgah tukar duit di Kaki Bukit. Agak rendah juga tukaran mata wang dari RM ke TH. Utk TH1000, perlu bayar RM126.

Kitorg teruskan perjalanan ke Wang Kelian. Lepas beberapa KM dari checkpoint AKSEM, terus jem.



Sabar ajerlah kitorg stuck dlm jem hampir sejam lebih untuk sampai ke Imigresen Malaysia.


Lega rasa boleh sampai kat situ. Then terus drive melepasi border Wang Kelian. Miza pun parking kereta kat area kedai-kedai tepi jalan.
.
.
.

Tunggu sambungannya.. PART 2
.
.

Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, August 26, 2015

Beri Ikan Makan di Taman Botani Putrajaya


Ahad lepas saya ke Taman Botani Putrajaya..Actually dari hari sabtu lagi Liza ajak keluar ke Taman Botani untuk release tension. Katanya mungkin boleh tenang sikit dengan melayan dan memberi makan ikan. Tapi saya menolak sebab mood saya tak stabil dan asyik beremosi sahaja.

So saya join aktiviti beri makan pada ikan pada hari ahad. Memang menenangkan perasaan...rasa kosong je...dengan suasana yang nyaman. Mesti anda tak terfikir kan kat situ boleh buat aktiviti seperti itu. Anda yang dah berkeluarga boleh bawa anak-anak ke Taman Botani Putrajaya, selain memberi makan ikan, anda boleh beriadah bersama keluarga dan anak anda juga boleh mengayuh basikal di kawasan sekeliling. Nah, saya kongsikan gambar dengan anda semua. Actually tak banyak pun saya ambil, selebihnya ada pada kak zan.





Jangan lupa bawa bekalan roti untuk diberi makan kepada ikan. Ada roti-roti yang dah expired kat rumah tu boleh diberi makan ikan, sayang kalau dibuang ke dalam tong sampah. At least dapat juga pahala memberi makanan kepada haiwan. 

"Sedekah kepada binatang atau haiwan sekeliling kita mampu menguji keikhlasan hati kita. Ini kerana, bersedekah terhadap binatang,binatang tidak mampu mengucap terima kasih apatah lagi membalasnya. Namun, jika yakin dengan rezeki yang kita sedekah itu terkandung seribu hikmah, perasaan ikhlas akan timbul tanpa ragu-ragu. Kesan nya, kehidupan kita berkat, cukup serba serbi dan makmur sejahtera."


Dari Mata Pena Ku;

Friday, July 24, 2015

Bercuti Bersama Family Ke Langkawi Mac 2015

Hari tu cuti sekolah masa bulan Mac, saya dan family bercuti ke Langkawi sebab cousin kahwin. Kendurinya 17 Mac so kitorg decide untuk pergi Langkawi pada 15 Mac. Almaklumlah 17 Mac tu kan hari pertama LIMA’15 Langkawi.
Orang memang lah terlalu ramai di Jeti Kuala Perlis. Masing- masing ada yang pergi untuk LIMA’15 Langkawi sebab saya tengok mereka lengkap berpakaian seragam dan membawa bersama pakaian khas mereka. Kami dapat feri pukul 4.30 ptg, so Alhamdulillah sampai Jeti jer terus naik feri.
Sampai di Kuah Langkawi pada pukul 5.15 ptg. So tunggu kawan husband untuk ambik kereta sewa. Kereta sewa memang condition tiptop. Harga RM150 sehari masa peak season. So total bayar kereta sewa RM300 untuk 3 hari 2 Malam. Sorry tak dapat nak share nombor phone pemilik kereta sewa sebab husband yang deal dengan orang tuh. Pemilik kereta pun ok dan baik orangnya.
Lepas tu kitorg pun round2 area Pantai Cenang dulu sebelum check in Guest House yang saya dah booking. Saya booking BNZ Guest House di Kuala Teriang so dekat sikit la nak ke rumah kenduri, cuma 5 minit jer. Mesti korang Semua nak tengok kan keadaan Guest House yang kitorg duduk tu…


Tadaaaa inilah BNZ Guest House. Boleh laa duduk utk 3 kanak-kanak dan 2 Dewasa. So saya, husband dan annisa tido di bawah dan 2 orang lg anak tido di atas.  Tapi crowded sikit laa kan sebab 5 orang tapi nasib baik laa anak-anak masih kecik belaka. Kalo anak dah besar, memang kena sewa bilik sebelah ler.


Ok harga untuk BNZ Guest House RM100 untuk 1 malam pada peak season.  Boleh hubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas untuk booking (012-591 2338). Owner memang baik sangat. BNZ Guest House ni berdekatan dengan Kedai Makan. Kedai Makan Mee Kuah Udang Lipan cuma terletak di belakang BNZ Guest House je, Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Untuk sarapan pagi, boleh la menyeberangi Jalan besar (utama), terdapat kedai makan di tepian sungai yang menjual pulut ayam, roti canai dan juga ada goreng2. Memang senang juga laa bab-bab nak dapat makan kat area situ.
Sebelah malam pula boleh laa ke area Pantai Cenang dan Pantai Tengah, memang banyak pilihan kedai makan dan boleh juga spend masa untuk shopping di area situ.  Saya dan suami memilih untuk makan malam di Restoran Maya Pantai Tengah atau nama betulnya Maya Seafood Restaurant (Thai & Malay Cuisine). Kenapa suami saya memilih Restoran Maya adalah kerana owner Restoran Maya adalah kawan sekolah suami, so dapatlah jejak kasih dengan kawan-kawan sekolah dia.



Kami tidaklah berjalan-jalan sangat di Langkawi kerana tujuan asal menghadirkan diri ke majlis kenduri kawin sepupu saya. Tapi dapatlah juga bawa anak-anak tengok Cable Car, Harbour Park, Main-main pasir di Pantai Cenang (Malam) & Pantai Tengah (Siang).

 

Kebetulan masa kami ke Langkawi tengah berlangsung LIMA’15, so memang setiap pagi dan petang dapatlah kami lihat jet-jet pejuang melakukan latihan sebelum bermulanya LIMA’15 Langkawi yang dijadualkan pada 17 Mac (perasmian). Kami pulang ke Perlis dengan Feri pada pukul 7 petang 17 Mac. Walaupun tidak ke mana sangat tapi Alhamdulillah rasa happy juga dapat bawa anak-anak bercuti. Lepas ni mungkin boleh plan bercuti ke tempat lain pula.



*baru sempat nak update hehe....
 

Dari Mata Pena Ku;
  

Monday, November 15, 2010

Port Dickson Part 4

Gambar kat bawah ni plak di ambil sebelum aku & pizin bertolak balik ke Cyberjaya...Enjoy sgt kat sini..view memang cantik...siap berangan nak ambil gambar kawin kat sini hahahah =D day dreaming bermula....so enjoy scroling ok...heheheh :)



Port Dickson Part 3

Hari ni hari kedua conference..Lepas je habis conference kitorg pun terus le keluar ke Melaka..Plan asal nak ke Sungai Linggi sebab Madun nak beli ikan fresh tapi kitorg tukar plan ke Pengkalan Balak..Dari PD ke Pengakalan Balak tak la jauh pun cuma dalam 30 minit macam tu (kalo tak salah le sebab masa tu cik miza terlupa nak tengok jam)...Sampai kat Pengakalan Balak, kitorg mencari tempat untuk makan sambil berborak santai...So dapat la tempat kat tempai laut kat bawah pokok...fuhhhh best giler...makanan yang sangat murah, value for your money ok....dengan pemandangan yang cantik...angin sepoi-sepoi bahasa....memang sampai sekarang ni masih terasa lagi & nak sangat pergi makan kat situ lagi..i will make it happen one day...bukan jauh pun dari Cyberjaya nak ke sana, nak save cost ikut jalan dalam jelah...hehehe :) inilah antara gambar-gambar yang diambil...upload sikit je kat sini, kalo nak tengok banyak ada dalam hard disk cik miza ni (saja je buat lawak skit hehehhe)..untuk gambar-gambar yang lain korang boleh la tengok dalam facebook cik miza ye..
Then lepas ambil gambar kat tepi Pantai ni kitorg pun balik ke PD sebab nanti kitorg ada dinner pukul 8.30mlm..apa yang best hari tuh, cik miza dapat bawa kereta Honda Civic baru Nabihah...ok la, bestttt...thanks ye nabihah bagi aku rasa bawa kereta ko yang kelasss gitu...Oh ye pasal dinner malam tu yang dianjurkan oleh Conference Committee pada aku agak membosankan...tak macam dinner yang aku pernah attend conference lain sebelum ni...
So inilah dinner aku pada malam tuh..tak boleh nak makan banyak sangat sebab aku dah makan banyak masa kat Pengakalan Balak tu...Oh ye lupa nak inform, malam tuh committee ada bagi award pada Best Presenter & Best Paper..So aku nak ucapkan tahniah pada Pizin sebab menang Best Regular Paper - Platinum Award..dan tahniah juga kepada semua pemenang malam tu...

Sunday, November 14, 2010

Port Dickson Part 2

Hari Selasa (9/11) barulah start conference...aku kena present dalam session after 2.30ptg...Session pagi orang tak ramai sangat maybe ada yang masih belum sampai lagi...tapi bila petang ramai pulak orang yang hadir...aku adalah presenter terakhir untuk petang tu bagi Room 2..punya la berdebar-debar, masa present tu macam tersangkut-sangkut je aku bercakap...Oh ye lupa nak cakap, conference tuh kat Tiara Beach Resort PD..Ermmm, pasal Tiara Beach Resort ni...aku tak berapa suka sangat la, kira berbaloi la tido kat TLWC tapi hari ni kitorg dah check-out dah...just stay for 1 Night only...

Lepas habis conference, aku dan pizin bergegas ke TM Resort kat Teluk Kemang untuk check-in..kitorg dapat half price for staff...Ok la juga price, tempat & bilik...memang kitorg berpuas hati..Actually TM Resort nih berkonsepkan apartment 2 bilik, memang ok :) ada swimming pool lagi..so boleh la tengok gambar kat bawah ni..
Selepas rehat & mandi, kitorg decide keluar jalan-jalan kat tepi pantai belakang TM Resort ni je...ramai juga orang kat sini..teringin nak naik banana boat tapi kitorg tak bawa pun baju basahan...just jalan-jalan & ambil gambar...kebetulan masa kitorg kat tepi pantai dah nak sunset so aku pun capture la gambar sebelum matahari terbenam sebab masa matahari terbenam tuh kitorg tengah jalan-jalan kat tempat jual baju...
Lepas jalan-jalan kat tempat jual-jual baju (pizin shoping baju) tu kitorg pun keluar makan kat Restoran Mutiara yang telah dicadangkan oleh madun...order seafood (ikan siakap 3 rasa, sotong bakar, udang masak petai, sayur kailan ikan masin) malam tu....then after makan terus balik apartment sebab aku rushing nak tengok cerita Asamara...Walaupun sibuk conference, Asmara tetap kena tengok juga hehehe :) tak sabar tunggu episod akan datang..lepas habis asmara, borak jap dengan pizin then online jap then en.pakwe (rinndduuu beb)...then tetido di depan labtop as usual...

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...