Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, February 1, 2016

BERJAYA bermula dengan SIKAP



Selamat malam semua! Malam ini saya nak bagi tips.

Tips bagaimana untuk BERJAYA.

Ianya bermula dengan SIKAP.

Korang kenal Einstein? Albert Einsten?

Beliau pernah katakan, "99% kejayaan atau kegagalan ditentukan oleh SIKAP.

Saya ulang. "99% KEJAYAAN atau KEGAGALAN ditentukan oleh SIKAP".

Jika kita BERSIKAP POSITIF, kita pasti dan pasti akan berjaya.

sebaliknya,

Jika kita BERSIKAP NEGATIF, kita pasti dan pasti tidak akan berjaya.

Jadinya, saya ingin mengajak korang semua untuk sentiasa BERSIKAP POSITIF. Positif terhadap semua perkara, apa yang jadi, akan dilakukan, khabar-khabar yang baik atau buruk, kesemuanya, kita terima dengan POSITIF ok!

STAY POSITIVE OKAY!



Nak beli baju kanak2 atau barang Langkawi blh ke fanpage FB Kedai AnnisaKu


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, January 9, 2016

TIPs MMR: Hujan & Rezeki


************************
1) Allah yang buat keputusan bilakah hujan akan turun, dan bilakah hujan yang turun itu akan berhenti.

2) Allah juga yang buat keputusan di manakah hujan akan turun , dan berapa banyakkah hujan akan turun.

3) Baca semua ayat di atas dan gantikan perkataan "hujan" dengan " rezeki"..

**********************

Maka kita pun akan segera faham , mengapa kita tidak perlu mengeluh, dan sanggup bersabar menunggu turunnya hujan.

Sekali lagi , cuba baca sekali lagi ayat di bawah ini dengan menggantikan perkataan hujan dengan rezeki.

"Maka kita pun akan segera faham , mengapa kita tidak perlu mengeluh, dan sanggup bersabar menunggu turunnya................. hujan (rezeki )"

*********************

Turunnya setitik hujan itu, Allah yang perintahkan. Mahu turun di atas daun atau di atas batu. Atau di atas kepala kita..

Begitu jugalah turunnya rezeki itu. Allah yang perintahkan . Mahu turun kepada isteri kita, anak kita atau kepada kita...

**********************
Hanya Allah Tempat Meminta

**********************

Sabar dan solat adalah formulanya.

**********************
INSYA-ALLAH

*dari Fanpage FB Mudahnya Menjemput Rezeki. Moga ianya bermanfaat untuk korang semua.

Dari Mata Pena Ku;
  

Thursday, October 29, 2015

Petua Simple untuk Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum semua

Lamanya kita tak bersua kan...saya masih berpantang lagi tapi malam ni teringat pula nak post kat blog. Bukan nak bercerita pasal baby atau kisah dalam pantang tapi saya nak share petua simple untuk menghilangkan jerawat di muka.


Hari Isnin baru ni (26/10/2015) saya sempat menonton Wanita Hari Ini di TV3..maklumlah masih berpantang kan so ada laa masa untuk saya menonton tv, baby pula nyenyak tido...Ada 1 segmen ni dalam Wanita Hari ini, dia bagi petua yang sangat simple tapi saya tak ingat pula siapa yang mereka jemput....Bahan-bahan yang digunakn untuk petua ini pula adalah bahan-bahan yang sedia ada di dapur kita...

So Bahan-bahan yg digunakan untuk menghilangkan jerawat di muka ialah:
1. Serbuk kopi yg telah diguna
2. Minyak kelapa atau minyak kelapa dara
3. Lemon. Ambil air perahan lemon
Kemudian, campur semua bahan-bahan tersebut di dalam bekas/mangkuk hingga kesemuanya sebati..Siap! Dah boleh buat scrub muka. Simple kan....semudah ABC...

*Note: Korang JANGAN le scrub hari-hari yer muka tu..seminggu 2-3 kali sahaja. Lepas tu boleh tengok kesannya..Jika rasa bermanfaat, sila laa share ye 


Dari Mata Pena Ku;
  

Sunday, July 26, 2015

Adab Suami ketika Isteri Mengandung



Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Jika tadi telah saya kongsikan Tips untuk Mudah Bersalin Normal, Tapi masih ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:

1) Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2) Hendaklah berlaku jujur & setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3) Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4) Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak terhadap isteri.

5) Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subhanaka inni kun tum minadzolimin"

Maksudnya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

6) Suami hendaklah kerap melakukan solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri. Pastikan emosi isteri tidak terganggu dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keadaan dirinya dan juga kandungannya. Jangan biarkan isteri anda berada dalam tekanan. Sentiasalah gembirakan hati isteri dan jaga emosinya. Kerana emosi isteri yang terganggu akan memberi tekanan juga kepada kandungan.


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, July 25, 2015

Tips untuk Mudah Bersalin Normal


Ibu hamil mesti risau nak bersalin tambah lagi untuk kehamilan baby pertama kan? Sebab masih belum ada pengalaman lagi. Saya sendiri pun, walaupun dah masuk kehamilan yang kedua masih juga ada rasa risau dan bimbang bila memikirkan detik-detik untuk melahirkan baby. Oleh itu, jom amalkan tips berikut. Antara tips khas untuk ibu hamil yang perlu diamalkan..
  1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung dan lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 
  2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 
  3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 
  4. Isteri mohonlah keampunan & kemaafan dari suami di atas segala dosa & kesalahan. Bagi suami, maafkanlah semua dosa isteri. 
  5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. 
  6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. 
  7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. 
  8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. 
  9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar. 
  10. Gunakan teknik meneran yang betul seperti yang disarankan oleh Doktor 
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut.
  • Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).
  • Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.
  • Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
  • Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas uols. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Then sambung teran, tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa...ada kontraksi terus push macam cara2 kat atas tadi, tak ada kontraksi relaks...
  • Baca Bismillah, selawat, berzikir.
  • Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan uols. Mungkin masa tu anda akan terlupa kerana sibuk tahan sakit...kawan saya cakap memang dah tak ingat apa dah kalau masa dalam labour room tu, taunya nak baby keluar cepat jer... Bila husband dah tau senanglah dia memberi panduan or buat apa2 yang patut kan? Lagi2 kalau husband tu dah ada experience few times before this...

Pemakanan ibu hamil sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu juga. Selain itu, boleh juga diamalkan Doa Maryam ini supaya dipermudahkan bersalin nanti, Inshaa Allah.


Tips:
Amalkan setiap kali selepas solat.
Doa ini lebih mujarab jika bakal ibu sendiri amalkan.
Baca dengan penuh penghayatan dan yakin dengan Allah SWT.

Selain itu juga, boleh diamalkan Doa di bawah ini supaya mudah bersalin secara Normal.


Jangan lupa untuk sentiasa berzikir, berdoa dan memohon kepada DIA yang maha Esa. Minta dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Inshaa Allah.


Dari Mata Pena Ku;

Friday, January 2, 2015

Amalan untuk Mendapat Rezeki yang Tidak Putus-Putus



AMALAN KHAS UNTUK:-
1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus

******************************
Amalannya:


Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet.(baca sekali sahaja )

*****************************

Entah macamana sampai dua orang berkongsi amalan tersebut.

1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.

2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.

Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (masjid Sri Petaling ) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.

Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya'.

Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, warga MMR.

******************************
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an )

" Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis . (As-Saad: 54 )

***************************

Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.

Kita solat kerana Allah perintahkan solat.

Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.

***************************

Nah, kepada yang belum ada amalan khusus ( tentang rezeki ), bolehlah kita mulakan amalan ini pada hari ini, Jumaat, dan kita lihatlah hasilnya pada hari Jumaat akan datang.

***************************

Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah

***************************

Allah, tidak mungkin hampakan kita.


Sumber: FB Mudahnya Menjemput Rezeki

Dari Mata Pena Ku;

Saturday, November 22, 2014

Bangkit bersama Dr Azizan Osman

Kenapa seseorang itu jatuh?

Supaya dia tahu untuk BANGKIT.

Saksikan video rakaman rancangan Semanis Kurma yang telah berlangsung pada 13 November 2014 bersama tetamu undangan istimewa Dr Azizan Osman. Sebarkan pada orang lain, semoga bermanfaat.




Setiap hari saya tengok video ini untuk mencari aura positif dan mengingatkan diri sendiri. Memang ianya berkesan untuk saya.


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, November 8, 2014

Amalan untuk Mudahnya Menjemput Rezeki



Perkongsian ini saya copy paste dari seorg kawan saya. Just for sharing utk kita amal bersama-sama.

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
Formula yang saya dapat:
----------------------------
1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.
Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari.
Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah.
Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa.

Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim.
Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
----------------------------
Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH

Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur.

Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT dia memang AMAZING.
Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.

~semoga kita semua menjadi Jutawan Beriman~



i am money magnet...


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, October 14, 2014

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


Berikut adalah 7 amalan zikir pembuka pintu rezeki.

Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Membaca Surat Al-IKHLA S

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

Membaca Surat Al-WAQIA’AH

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

Melazimkan BERISTIGHAFAR

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. Inshaa ALLAH.....




Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, July 22, 2014

Rahsia lemon, penyembuh semula jadi




Rahsia lemon, penyembuh semula jadi
Cahaya suria kian terbenam di ufuk barat. Tibanya waktu berbuka, acap kali minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama untuk diteguk. Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi... nah, ini antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan. Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan, rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Ia bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan pada bulan ibadat ini!

Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.


KHASIAT

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.

Sumber:


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...