Showing posts with label My StoRy. Show all posts
Showing posts with label My StoRy. Show all posts

Thursday, September 20, 2018

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2
.
.
Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ.

Bila dah terlalu panjang giler barisan tu, Miza decide utk buat Custom Declaration kereta dulu. Memang tepat decision Miza sebab tak ramai orang. Terus Miza pun beratur.

Utk custom declaration kat Wang Kelian tu Miza kena charge RM10. Hampeh betui laa orang siam ni, sebab ada orang selepas Miza tu dorang charge RM5 je. Kalo kat Danok, charge declaration sama je TH50. Tak lebih tak kurang, memang banyak tu.

Lepas dah settle custom declaration, Miza pun pi laa que kat Mak dan Maksu. Adik-adik dan anak-anak masa ni tunggu kat kereta sebab cuaca terlalu panas terik.

Disebabkan rasa macam barisan tu tak gerak-gerak, Miza pun berjalan-jalan ke depan. Tiba-tiba barisan yg hanya satu je, split menjadi dua.

Apa lagi, laju jerlah Miza masuk barisan yg split tu. So daripada belakang, Miza dah ke depan. Beratur dgn penuh sabar di bawah terik Matahari masa tu pukul 12 tengah hari.


Rasa macam tak gerak je barisan, tapi tetap bersabar. Katanya ada yg beratur dari pukul 8 pagi. Ada tu, dah sangkut jem kat Padang Besar so datang laa beratur kat Wang Kelian ni. Ada juga yg give up nak beratur terus patah balik.

Berpeluh-peluh tu usah kata laa, memang rasa macam kena hujan. Tapi tudung tetap maintain cantik.

Dari setengah jam ke sejam, dari sejam ke dua jam dan berjam-jam lamanya. Kiranya tak larat nak sembang dah dgn orang yg sama-sama beratur.

Teringat kata-kata adik Ipar Miza, agaknya nanti kita kat Padang Masyhar macam ni apa. Sungguh, cuaca memang terik. Kalo orang yg jenis tak tahan panas tu memang boleh pengsan.

Dalam dok beratur tu ada gak rasa macam nak give up. Tapi dah alang-alang sangat so Miza teruskan juga beratur.

Miza dapat cop border dlm pukul 3.15 petang macam tu. Bayangkanlah lamanya Miza beratur. Sanggup dengan tak sanggup ja.

Lepas cop tu terus rasa macam nak lembik lutut. Untuk cop border ni, custom minta RM4 utk 4 border. Ada orang depan Miza tu, custom minta RM20 utk 6 passport. Hampehh kan.

Miza pun terus berjalan ke kereta. Fuhhh lega rasa. Adik-adik Miza dah tunggu kat kereta. Ok its time utk gerak ke Pak Bara. Yeahhh

Lepas 15 minit perjalanan, tiba-tiba adik yg tengah drive cakap, “Kak kereta stop ni”. Miza, “Hahhh stop? Bawa slow-slow Yob ke tepi”. Dari lane kanan then kitorg berhenti ke tepi kiri.

Miza dgn adik-adik pun apa lagi, kalut laa. Buka bonet, check itu ini. Tapi semuanya macam ok. Even temperature pun ok. Terasa bahang enjin terlalu panas.

Masa tunggu Miza beratur berjam-jam tu, kereta tak ditutup enjin dan aircond terpasang sebab anak-anak panas.

Kitorg pun try laa start kereta berkali-kali. Finally kereta hidup juga akhirnya. So kitorg decide untuk teruskan perjalanan ke Pak Bara.

Unfortunately, kereta stop lagi. Fuhhh memang menguji kesabaran betul. Dah laa tengah panas lit lit.

Bayangkanlah Miza beratur berjam-jam dan jem sebelum masuk Wang Kelian lagi, end up kereta mati macam tu. Fuhhh 5 jam hokayyy sampai lembik lutut.

Kitorg pun tunggu laa kejap bagi enjin sejuk sikit. Miza dan adik-adik decide if kereta hidup, kitorg patah balik dan keluar dari border. Fikir untuk keluarkan kereta dari Siam je.

Rasa kesian plak kat family maksu menunggu. So kitorg adik beradik ni suruh mak follow family maksu ke Pak Bara, at least Mak dapat laa pi Pak Bara. Kami ni takpa, lain kali boleh pi lagi.

Try start kereta, kereta pun hidup. So kitorg patah balik ke Malaysia. Mak dan family Maksu ke Pak Bara. Memang takda rezeki kami nak ke Pak Bara petang tu.

Adik pun bawa laa slow-slow bagi lepas border. Tapi paling menakutkan bila fikir nak kena naik dan turun bukit Wang Kelian yang berpusing-pusing tu.

Then finally kitorg selamat melepasi turun bukit Wang Kelian. Apa lagi, misi mencari makan le plak. Mana taknya, last makan masa breakfast pagi tadi.

Kitorg makan di Anjat Corner, Padang Besar. Sedap gak tomyam dia. Lepas makan kitorg pun terus balik ke umah dgn rasa sedih tak dapat pi Pak Bara.


.
.
Moral of the Story:

1. Jangan masuk Siam time cuti 3-4 hari sebab orang terlalu ramai. Miza tobat dah laa nak pi, kena sekali cukup dah laa.

2. Sila tutup aircond dan matikan enjin kereta bila menunggu terlalu lama berjam-jam.

.
.
.
Dari Mata Pena Ku;

PART 1 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian


PART 1
.
.
Ok kisahnya macam ni πŸ‘‡πŸ»


Miza, mak, adik-adik dan family maksu plan nak ke Pak Bara pada 31 Ogos, almaklumlah cuti merdeka kan.

Mak inform nak ke Pak Bara tengah hari 30 Ogos pada Miza. So dia kata nak pergi dengan kereta Gen2. Axia memang Miza guna kat KL.

So petang 30 Ogos tu gigih laa Miza ke TBS nak naik bus balik ke Perlis, cuti 3 hari kan. Sampai kat Perlis dlm pukul 2.30 pagi. So sempat laa nak rehat kejap.

Pagi 31 Ogos, Miza dan anak-anak ke rumah mak seawal 7.30 pagi. Nasib sampai awal kat umah mak so boleh laa isi form untuk buat Custom Declaration kereta dan white card. Insurans kereta adik Miza dah settle semalam lagi.

Lepas maksu dah family sampai di umah mak, kitorg pun terus gerak ke Wang Kelian.

Kalo nak ke Pak Bara, Tanjung Pao, atau Koh Lipe; kena keluar border di Wang Kelian sebab itu laluan yg terdekat nak ke tempat tu.

Nak ikut border Padang Besar pun boleh juga, tapi agak jauh nak ke tempat-tempat tu.

Sebelum sampai di Wang Kelian, Miza singgah tukar duit di Kaki Bukit. Agak rendah juga tukaran mata wang dari RM ke TH. Utk TH1000, perlu bayar RM126.

Kitorg teruskan perjalanan ke Wang Kelian. Lepas beberapa KM dari checkpoint AKSEM, terus jem.



Sabar ajerlah kitorg stuck dlm jem hampir sejam lebih untuk sampai ke Imigresen Malaysia.


Lega rasa boleh sampai kat situ. Then terus drive melepasi border Wang Kelian. Miza pun parking kereta kat area kedai-kedai tepi jalan.
.
.
.

Tunggu sambungannya.. PART 2
.
.

Dari Mata Pena Ku;

Sunday, August 21, 2016

Misi Miza Mencari ILMU





Korang Ingat lagi tak semalam cerita Miza pasal BIG WHY tu. Kan Miza ada kata; tak tau berapa kali dah Miza jatuh tersadung dan tersungkur πŸ˜…..

So dalam misi nak bangkit dari jatuh tersadung dan tersungkur tu, Miza banyak cari ILMU FREE kat Internet which is melalui cik Google, FB & Email..Gigih Miza follow sifu2, cikgu2, pakar motivasi, penulis buku, & orang2 yang dah Berjaya dalam business serta hidup. Antara yg Miza follow masa awal2 tu of course laa Dr Azizan Osman DAO), Prof Dr Muhaya, Tuan Irfan Khairi (IK), Ustaz Fathuri di page MMR, dan ramai lagilah ☺️.

Banyak yg Miza belajar, memang terlalu banyak. Di page MMR tu pun terlalu banyak amalan yg dikongsi sehinggakan ada yg Miza amalkan memang apa yg kita minta dari Allah tu, Allah beri tapi kita kena bersungguh laa. πŸ’ͺ🏻 Kalo ada masa nanti Miza share

To cut it short (panjang lagi nak cerita sebenarnya), Miza ni memang teringin sungguh laa nak pi ‪#‎IMKK‬ sebab dok dengar kawan2 cerita memang best. Setiap kali IMKK mesti Miza gigih baca komen kat page DAO and wish dapat attend IMKK. 🎯

Nak dijadikan cerita, tengah2 busy dengan kerja hakiki tiba2 Syitah call. Bayangkanlah dia offer gi kelas IMKK dgn dia since dia ada lagi 1 seat kosong sebab orang yg sepatutnya pi tak dpt nak pi. So berbunga2lah hati Miza masa tuπŸ’πŸ’ƒπŸ» Memang Miza grab terus peluang tu hokayyy. Yerlah peluang dah ada depan mata, takkan laa nak lepaskan. Terima kasihMasyitah Zubir πŸ˜‰

Alhamdulillah finally Miza dapat laa attend kelas IMKK pada Dec 2015πŸ’ƒπŸ». Banyak juga ILMU yg Miza dapat tapi keluaq airmata masa tu pun banyak juga hahaha πŸ˜… Bukan senang nak cuci kolam jiwa yg berkeladak hokayyπŸ˜ƒTapi 101 Matlamat yg DAO suruh tulis tu memang Miza buat dalam words documentπŸ‘ŒπŸ». Semuanya Miza tulis & setiap bulan Miza akan go through balik tgk apa yg dah complete & apa yg belum. So korang kalo ada matlamat, sila tulis ye biar ianya jelas.

Tapi Miza terlepas sessi malam berselawat sebab terlambat masuk dewan πŸ˜”. Tapi kan (tapi lagi) walaupn terlepas masa tu, now Miza setiap hari applikasikan selawat 100,000 tu. Kalo boleh (my wish) Miza memang nak attend lagi kelas IMKK tu, rindunya suasana dalam dewan tuπŸ˜„ SWITCH!

Untuk terus bangkit, bangkit, dan bangkit, Miza takkan pernah jemu mencari ILMU πŸ’ͺ🏻. Terima kasih Semua yg banyak sharing perkara2 yg positifπŸ˜ƒπŸ˜. Yg negative cheq tak mau aihh dengaq sebab ianya menarik perkara yg negative datang kpd kita. So Moga kita Semua terus bangkit.. Moga kita Semua Kaya & Berjaya dunia & akhirat. Aamiin

‪#‎escarvesstylista‬
‪#‎imkkDec2015‬
#sayajualtudung


Dari Mata Pena Ku;

Sunday, August 14, 2016

Miza: My BIG WHY

Sambil2 korang tgk tv & melayan anak2, ok malam ni Miza nak story pasal MY BIG WHY. MY BIG WHY kenapa Miza buat business online, padahal dah ada kerja hakiki kan..

Miza umur tahun ni dah masuk 35 tahun pun, dah berkahwin & dah punya anak. Miza kerja kat Cyberjaya, tapi anak2, suami & family Semua kat Perlis. So setiap 2 minggu Miza akan balik Perlis. Hari Jumaat memang gigih laa Miza naik train turun train, naik tangga turun tangga sebab nak berkejar2 naik bus.. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻Then Ahad Malam dah balik ke sini sebab Isnin pagi masuk kerja macam biasa. Cuti tu toksah kata laa, memang tinggal sipi2 jer lagi so now memang berusaha supaya tak selalu ambil cuti.😁😁

Actually Miza ni bukannlah penggemar shawl, kalo boleh nak yg senang2 pakai jer πŸ˜„. Dulu2 pakai juga shawl tapi beberapa tahun lepas tu memang dah malas sebab lebih selesa mengenakan tudung bawal & tudung ala2 fareeda tu. Nak dijadikan cerita, Miza boleh start pakai shawl semula kerana INSTANT SHAWL hokayy πŸ˜…. Itu pun start bulan Mac hari tu sebab tolong NorhaPizin Kushairi jual tudung. Kebanyakkan koleksi yg Miza ada pemberian dari Liza & Pizin sendiri πŸ˜‰



Then Hayat Hijab keluarkan tudung instant yg attach sekali dgn inner. Miza pun try2, rasa macam ok so Miza pun beli laa sehelai warna Hitam. Selepas tu Escarves juga keluarkan tudung instant attached sekali dgn inner.. Sungguh Miza cakap, Miza suka tgk color2 tudung ‪#‎escarves‬ yg nampak fresh & candy gitu tapi tak semua org mcm Miza. So Miza pun beli juga sehelai warna Light Bubblegum, so in love sgt2 😍. Dgn labuh depan belakang & inner yg tak melekat di muka so lagilah in love kan…😍😍

Mesti korang tertanya2 kenapa Miza buat business online? πŸ€”Alaa Miza nak penuhi masa lapang yg ada laa, takkan laa asyik nak tenung dinding & tv jerk kan hehehe πŸ˜‚ At least ada juga buat Something drp Nothing. But, sebab yg paling utama adalah suami, anak2 & family..Nak happykan mereka walaupun life tu agak struggle, harap lepas ni dah tak struggle dah hehehe. Doakan Miza ☺️Lagipun Miza memang memerlukan sideincome since Miza travel 2 minggu sekali balik ke Perlis. Harap2 lepas ni dapat laa pindah balik dok kat Perlis dgn suami & anak2, Doakan Miza ye ☺️


Kalo nak diharap pada gaji tu memang sipi2 laa tapi kalo dah settle semua2 loan segala mcm loan (biasa laa dulu jiwa muda, mula2 kerja terus beli kereta), memang of course la boleh cover everything πŸ˜„ So memang nak sgt laa hidup bebas hutang, bebas kewangan (financial freedom).. Doakan Miza hokayy ☺️. Then, teringin sgt nak bawa 1 family pergi umrah & inshaa Allah Haji juga kalo dipanjangkan umur. Ermm ape lagi ek?? Of course laa nak beli rumah, nak beli kereta MPV since anak dah ramai kan, nak memberi manfaat kpd org sekeliling & nak lebih byk memberi/bersedekah..Jangan lupa doakan utk Miza ye ☺️

Dan yg penting, nak terus bangkit, bangkit, & bangkit walaupun tak tahu dah berapa kali Miza jatuh tersadung & tersungkur πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻 Alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg betul, sahabat2 yg positif. Actually byk je lagi Miza nak cerita tapi Miza story next lah ek.So itulah BIG WHY Miza. Korang2 DOAKAN MIZA ye ☺️☺️

‪#‎escarvesstylista‬
#sayajualtudung


Dari Mata Pena Ku;
  

Monday, February 15, 2016

Mak mertua sakit dan Doktor minta bawa balik bacakan Yassin

Assalamualaikum semua sahabat maya Miza.

Baru-baru ni mak mertua saya dimasukkan ke wad Hospital Kangar kerana gulanya naik & darahnya pun naik. Mak mertua saya dah lama kena stroke. Dari diagnosis doktor, doktor kata dah tiada ubat untuk sakit mak mertua saya tu sebab kuman dah masuk ke dalam darah. Masa kat wad tu pun doktor minta bawa balik mak mertua saya tu ke rumah bacakan Yassin. Dah tiada apa lagi untuk dibuat, hanya harapan daripada Allah swt.

Selepas 4 hari di hospital, mak mertua saya dibawa pulang ke rumah dan terlantar. Selama saya di Perlis, setiap hari saya jenguk mak mertua saya. Saya bacakan Yassin (saya lakukan Yassin hajat 3 malam berturut-turut), urut kaki dan tangannya serta mengemas tempat tidurnya dan ruangtamu untuk tetamu datang melawat. Kaki dan tangannya perlu diurut agar darah dapat mengalir (circulate) sebab saya tengok kuku tangannya putih dan tapak kakinya juga putih seolah-olah tak ada blood circulation. Kakinya juga tak dapat nak diluruskan berikutan terlalu lama dia terlantar membengkokkan kaki (hampir 4 tahun). Jika saya yang mengurut, saya akan buat sedikit excercise kaki kerana mak mertua saya selalu mengeluh kata kebas dan lenguh.


Mak mertua saya hanya minum susu melalui tiub setiap 3 jam sekali. Susu pula hanya susu yg disarankan oleh pihak hospital iaitu susu Nutren Fiber. Susu ni bukanlah susu yang murah, harga 1 tin 400g RM47 manakala harga bagi 1 tin 800g RM82.60. Mak mertua saya cuma dapat bantuan daripada JKM (kebajikan) sebanyak RM120 sebulan. Mana lagi nak beli susu, mana lagi nak beli pampers. Pampers pula 10 keping dalam lingkungan RM19.90 untuk jenama Teana. Adik-adik ipar saya semuanya tak bekerja, jadinya semuanya mengharapkan pada suami dan saya. Tapi saya sendiri pun tak adalah dapat nak membeli susu dan pampers tu selalu sebab saya sendiri juga perlu sediakan keperluan anak-anak kecil saya dan belanjawan untuk bertemu anak-anak berikutan saya tinggal di KL manakala anak-anak tinggal di Perlis bersama mak saya. Kiranya saya sendiri pun tak dapat nak menampung perbelanjaan mak mertua saya.



Jadinya, Saya nak minta tolong dari kawan-kawan semua untuk mendoakan kesihatan mak mertua saya supaya diberikan kesihatan yang baik-baik dan diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Jika ada kawan-kawan yang nak salurkan sumbangan untuk pembelian susu dan pampers, kawan-kawan boleh bank in duit ke akaun Maybank saya (151306-649537 Amiza Rasmi) dan tulis Sumbangan untuk Makcik Som. Sekiranya kawan-kawan di sekitar Perlis nak datang melawat, boleh laa datang melawat ke rumah mak mertua saya di Sungai Bugis, Perlis. Marilah kita sama-sama doakan keadaan mak mertua saya agar pulih daripada sakitnya.

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
“Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
Amin Ya Allah
Amin Ya Robb

-Miza-
15 Feb 2016

Dari Mata Pena Ku;
  

Sunday, January 17, 2016

Kisah Susu Anak Saya

Kali ni saya nak cerita pasal susu anak saya. Actually tak ada apa sangat pun. Cuma saja nak bercerita. Kedua-dua anak saya, Annisa dan Azzahra minum susu formula Lactogen. Saya hanya menyusu mereka Annisa Cuma 45 hari manakala Azzahra 55hari. Bukan sengaja nak putuskan mereka menyusu tapi mereka tak mahu. Dipaksa-paksa direct feeding, nangisnya teresak-esak sampai tak ada suara. Saya pula memang tak pam pun sebab mengenangkan keadaan saya berjauhan dengan anak dan Cuma balik sekali sekala mengikut keadaan kewangan saya. Kadang 2 minggu sekali, kadang 3 minggu sekali. Seminggu sekali tu rasa macam susah nak balik sebab saya memikirkan kos balik dan keadaan kewangan saya. Walaupun sekarang ni Azzahra baru berusia 4bulan manakala Annisa 22 bulan (Setahun 10 bulan). Sepatutnya pada usia begitu, mereka perlukan lebih perhatian daripada saya tapi apakan daya dek kerana keadaan kewangan saya yang agak meruncing saya terpaksa kurangkan balik bertemu mereka. Tapi saya bernasib baik kerana anak-anak saya tinggal bersama dengan mak ayah saya.


Lactogen ni pemberian (sedekah) kawan saya untuk anak-anak saya.

Anak-anak saya ni saya bagi minum susu Lactogen. Ada yang mengecam saya kerana bagi susu formula yang murah. Ada yang bertanya “Kenapa bagi Lactogen? Cuba try Ducth Lady ke Dumex ke. Saya bagi susu Lactogen kerana harganya yang murah, sekotak RM11 paling mahal pun untuk yang sekotak 350g. Sebabnya saya pun memikirkan keadaan kewangan saya juga. Itu pun kadang pernah satu ketika dalam bulan November 2015 lepas, mujurlah ada sahabat baik saya sedekah susu untuk anak-anak saya. Alhamdulillah cukup stock susu untuk anak saya selama sebulan untuk Annisa manakala 2 minggu untuk Azzahra sebab Azzahra kuat minum susu. Bayangkanlah susu harga semurah tu pun kadang saya tak cukup duit untuk membeli, terpaksa meminjam dengan kawan. Nasibalah kawan saya memahami keadaan saya. Inikan pula saya nak bagi susu yang harganya lebih mahal daripada susu Lactogen tu. Kalau anak-anak dengan mak saya, mak saya dahulukan dulu duitnya untuk beli susu anak-anak saya jika susu anak-anak habis sebelum saya balik berjumpa mereka. So kiranya susu Lactogen ni mudah untuk mak saya beli sebab harganya yang murah dan senang nak dapat di kedai-kedai runcit yang berdekatan rumah mak saya.

Lactogen ni mak saya beli kat kedai runcit dekat dengan rumah.

Lagi satu, adik ipar saya bagitau “susu Lactogen ni adalah susu murah yang berkualiti dan bagus”. Keluaran Nestle kan, takkan laa Nestle nak keluarkan produk yang tak berkualiti pula kan. Pada saya belum pernah ada kajian lagi minum susu Lactogen ni anak-anak tak bijak laa, kurang pandai laa. Saya tengok anak saudara saya ok je minum susu Lactogen ni. Annisa pun sama juga. Bijak atau tak pandai tu depends apa doa setiap ibu. Nak anak pandai dan soleh/solehah, kenalah berdoa banyak-banyak kepada Allah kerana doa seorang ibu tiada hijab dan sangat mustajab. Doktor pun pernah tanya saya, anak minum susu apa? Saya kata “Lactogen. Kenapa Doktor tak ok ke?’. Doktor kata ok je. So pada saya tak salah pun saya nak bagi anak saya minum susu Lactogen tu. Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya tak teruskan breast feeding je, lagilah jimat tak perlu beli susu pun. Bukan tak boleh nak breast feeding tapi nak beli pam & accessories untuk breast feeding pun saya kurang berkemampuan. Lagipun untu saya buat stock susu tu agak sukar dengan keadaan saya berjauhan dengan anak-anak.

Pada saya, minumlah susu apa pun janji anak tak kelaparan dan tak kehausan dan yang penting membesar dengan sihat dan jayanya. Bersyukurlah kerana ada ibu-ibu yang terpaksa memberi air kosong kepada baby nya dek kerana kesempitan hidup. Tepuk poket fikirkan kemampuan sendiri. Hanya kita jer yang tahu kedudukan kewangan kita macam mana. Tak gitu…

*Nota kaki: Jangan kencam saya kerana life saya dahulu tak sama dengan life saya sekarang.

Dari Mata Pena Ku;
  

Saturday, January 9, 2016

Solat Dhuha & Allah Beri Apa yang Terlintas Dihati


Ok kali ni saya nak bercerita tentang apa saja yang kita fikirkan atau terlintas dihati kita, ianya menjadi satu doa dan Allah berikan sepertimana yg kita fikirkan dan sepertima yang terlintas dihati kita.
Semalam semasa berjalan nak ke surau untuk menunaikan Solat Dhuha, di dalam hati berkata-kata "kalo orang ni bagi duit lebih kat aku, aku nak guna duit ni nak beli susu untuk anak-anak aku"...at least dah lepas laa untuk belanja susu anak.

Kemudian, saya pun menunaikan Solat Dhuha 4 rakaat..memang dah menjadi kebiasaan saya menunaikan Solat Dhuha 4 rakaat. Selesai solat saya terus naik ke office untuk sambung bekerja..Sebelum itu saya baca Surah Al-Waqiah, cuma baca daripada Al-Quran apps dalam hp saya saja. Tetiba saya teringat saya masih belum lagi pulangkan baki duit pada kawan saya yang telah membeli Set Casserole Corningware dengan saya..saya pun terus berjumpa deagan dia dan pulangkan baki duitnya...sebelum nak beredar ke meja, dia memberikan RM50 kepada saya..Pada mulanya saya menolak untuk menerima tapi akhirnya terpaksa juga saya terima. Allahukhbar..mulia sungguh hatinya..

"I am a generous GIVER and an excellent RECEIVER" - Winning the Mind Game

Bersyukur saya kepada Allah dan apa yang telah terlintas dihati saya tadi, Allah berikan kepada saya...Memang saya memerlukan duit untuk membeli susu anak saya, alahamdulillah ada juga rezeki untuk anak-anak saya. Sesungguhnya Allah beri apa yang kita minta walaupun sekadar terlintas dihati samada cepat atau pun lambat..

"Maka Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"-Surah Ar-Rahman...

Rezeki Allah tidak pernah salah alamatnya...dan Allah akan beri pada waktu yang tepat..Sebab itu kita kena fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan bersangka yang baik-baik kerana ianya merupakan satu doa...Lagi satu, mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah..Jgn pernah berhenti memohon kepadaNya..Jangan pernah berhenti MENGHARAP.

Akhir sekali, selalulah tunaikan Solat Dhuha. Jadikanlah ianya sebagai 1 kebiasaan kita setiap hari di samping solat wajib 5 waktu. Jika tak dapat tunaikan 2 rakaat, buatlah 4 rakaat. Mula-mula nak lakukan, memang terasa sukar dan seperti ada halangan. Tetapi bila dah menjadi kebiasaan dan dilakukan secara istiqamah, bila kita tak tunaikan kita akan rasa seperti gelisah dan tak senang duduk. Solat Dhuha ni bukan semata-mata untuk murah rezeki tetapi ianya boleh membuatkan kita rasa tenang. Banyak sebenarnya manfaat Solat Dhuha.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

*ambil yg positif dr cerita ni & moga ianya memberi manfaat kpd anda semua....

Sekadar berkongsi cerita;

08 Jan 2016
(nama pemilik cerita dirahsiakan)
Dari Mata Pena Ku;

Pampers Murah di Aneka Kangar

Assalamualaikum. Dah lama kita tak bercerita kan..ok kali ni saya nak kongsi dengan pembaca blog saya semua pasal harga Pampers Murah..Kawan-kawan yang ada anak kecik tu mesti sebahagian daripada belanja bulanan tu adalah pampers anak kan. Ok mai sini saya nak bagitau kat mana nak beli pampers murah. Mungkin ramai yang dah tahu. Untuk sesiapa yang belum tahu lagi, setiap hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu ANEKA KANGAR buat offer barang-barang tertentu termasuk pampers. Tapi kena ada A kad, baru boleh dapat harga offer tu.Kalo tak ada A kad, memang takkan dapat harga offer walaupun pi beli barang pada hari Jumaat hingga Ahad. Alaaa buat laa A kad tu, tak mahal mana pun dan tak rugi pun ada A kad ni sebab boleh jimatkan duit kita. 


Untuk pampers baby, boleh dikatakan saya jimat banyak juga laa..Sejak beli kat Aneka, saya cuma belanja RM100 sebulan untuk pampers baby saya. Mungkin sebab saya guna pampers Drypers Classic sebab Drypers Classic murah laa sikit daripada pampers Drypers yang lain. Tapi pampers lain pun ada offer juga. Drypers Classic ni harga biasa RM27.90, harga offer RM24.90. So murah RM3 daripada harga biasa. Manakala Drypers Classic Pants harga biasa RM28.90, harga offer RM27.90. So saya pun beli siap-siap banyak-banyak, kiranya budget untuk sebulan laa.

Siapa yang ada mak atau ayah yang terlantar sakit, pampers dewasa pun ada offer juga. Untuk Pampers Teana harga biasa RM17.90, harga offer RM15.90. So murah RM2 daripada harga biasa. Kalo beli kat Farmasi Mei Mei kt Taman Kemajuan tu harganya RM19.50 kalo tak salah.

Oh ye lagi satu, untuk pengguna softlan boleh laa beli softlan kat Aneka juga sebab boleh dikatakan agak murah laa juga. Last week saya pergi Aneka, harga offer RM4.99 untuk pack 1.8L. Biasanya harga offer dalam RM5.++. Apa lagi, terus saya beli sampai 4 pack sebab murah sangat. Kalo pergi hari Isnin hingga Khamis, harganya RM6.50. 

Kalo kawan-kawan semua pergi Aneka tu hari Jumaat hingga Ahad korang belilah siap-siap pampers ke softlan ke untuk sebulan atau paling kurang pun untuk 2 minggu. So harap sharing saya ni boleh laa bagi manfaat pada korang ye :) boleh jimat duit belanja :)


*gambar sekadar hiasan

09 Jan 2016 12.20am


Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, August 26, 2015

Beri Ikan Makan di Taman Botani Putrajaya


Ahad lepas saya ke Taman Botani Putrajaya..Actually dari hari sabtu lagi Liza ajak keluar ke Taman Botani untuk release tension. Katanya mungkin boleh tenang sikit dengan melayan dan memberi makan ikan. Tapi saya menolak sebab mood saya tak stabil dan asyik beremosi sahaja.

So saya join aktiviti beri makan pada ikan pada hari ahad. Memang menenangkan perasaan...rasa kosong je...dengan suasana yang nyaman. Mesti anda tak terfikir kan kat situ boleh buat aktiviti seperti itu. Anda yang dah berkeluarga boleh bawa anak-anak ke Taman Botani Putrajaya, selain memberi makan ikan, anda boleh beriadah bersama keluarga dan anak anda juga boleh mengayuh basikal di kawasan sekeliling. Nah, saya kongsikan gambar dengan anda semua. Actually tak banyak pun saya ambil, selebihnya ada pada kak zan.





Jangan lupa bawa bekalan roti untuk diberi makan kepada ikan. Ada roti-roti yang dah expired kat rumah tu boleh diberi makan ikan, sayang kalau dibuang ke dalam tong sampah. At least dapat juga pahala memberi makanan kepada haiwan. 

"Sedekah kepada binatang atau haiwan sekeliling kita mampu menguji keikhlasan hati kita. Ini kerana, bersedekah terhadap binatang,binatang tidak mampu mengucap terima kasih apatah lagi membalasnya. Namun, jika yakin dengan rezeki yang kita sedekah itu terkandung seribu hikmah, perasaan ikhlas akan timbul tanpa ragu-ragu. Kesan nya, kehidupan kita berkat, cukup serba serbi dan makmur sejahtera."


Dari Mata Pena Ku;

Monday, August 24, 2015

Kisah Ubat Batuk & Saya


Mengandung kali ni banyak betul dugaan dan pengalaman serta cerita-cerita yang tersendiri yang saya sendiri tak dapat nak lupakan.  Ok kali ni saya nak cerita pasal ubat batuk..Saya mengalami batuk berkahak agak lama juga, lebih daripada 2 minggu dan dalam tempoh itu saya terpaksa ke klinik sebanyak 3 hingga 4 kali untuk ambil ubat. Mulanya saya demam pada hujung bulan 5 sebab tak cukup rehat, sibuk bekerja dan ulang alik bertemu suami dan anak-anak. Biasalah bila dah demam tu memang sekali package dengan batuk, sakit tekak dan juga selesema.


Masa hari kedua demam, saya terus ke Klinik Qistina di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan sebab kat situ dah ada rekod perubatan saya. After dah check dan mendengar cerita saya, doktor berikan saya ubat demam (panadol/paracetamol), ubat batuk prospan, ubat sakit tekak perisa lemon herbs, dan ubat selesema Flixonase (picit ke dalam hidung). Yang pasti ubat-ubat yang diberikan ni memang selamat utk saya dan baby. Doktor kata ubat batuk PROSPAN tu sejenis ubat batuk herbs yang sesuai untuk ibu mengandung dan yang penting TIDAK MENGANTUK. Ubat batuk prospan ni daripada Dried Ivy Leaf Extract. so dosnya sehari 3 kali 15ml yang perlu saya ambil. Ubat selesema Flixonase tu pun bagus juga, cuma perlu picit ke dalam hidung sahaja dan yang penting tidak mengantuk.

Selepas 5 hari, saya kembali semuala ke klinik kerana masih demam, batuk berkahak dan selesema. Saya pergi semula ke Klinik Qistina kerana dah kehabisan ubat dan bimbang keadaan baby di dalam kandungan. Saya pula bila batuk memang teruk, rasa macam ada sesuatu pada kerongkong saya, bahagian perut pun turut sakit juga. Memang teruk demam saya kali ni. Selepas check, seperti biasa doktor berikan saya ubat batuk Prospan dan ubat sakit tekak perisa lemon herbs. Ubat-ubat yang lain tu masih ada lagi.

Demam dah ok, batuk pun kejap ada kejap tak ada. Tapi sesekali batuk memang sakit habis laa perut saya. Selepas 2 minggu, saya ada rutin check up pregnancy saya di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. Masa jumpa nurse tu boleh pula saya non-stop batuk. So nurse refer doktor. Nanti saya ceritakan kisah masa rutin check up yang ni. Selesai jumpa doktor, saya pun ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat, Masa ambil ubat tu, pembantu farmasi tu berikan saya ubat batuk NILCO Syrup. Dia cakap ubat batuk ni akan membuatkan saya MENGANTUK dan jika saya minum ubat batuk tu baby pun akan turut mengantuk sama dan kurang bergerak. Ermm saya pun berkata-kata dalam hati "buat apalah bagi ubat batuk ni kalo dah boleh sebabkan baby mengantuk juga". Dia kata kalo boleh ambil bila perlu sahaja. Agak-agak korang la, korang nak minum tak ubat batuk Nilco ni? Saya memang tak laa bila dia dah cakap akan sebabkan baby mengantuk juga.

Selepas ambil ubat, saya pun balik ke office. On the way balik kerja, saya singgah ke Klinik Qistina sekali lagi memandangkan ubat batuk Prospan saya dah habis dan saya risau untuk mengambil ubat batuk Nilco yang saya dapat daripada Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya. Saya pun bertemu sekali lagi dengan doktor dan kali ni doktor berikan saya antibiotik sekali. Alhamdulillah selepas beberapa hari batuk saya pun hilang. So Moral of the story, jika mengandung dan kena pula batuk yang teruk, boleh laa cuba ubat batuk Prospan ni atas perskepsi doktor.


Dari Mata Pena Ku;

Friday, July 24, 2015

Bercuti Bersama Family Ke Langkawi Mac 2015

Hari tu cuti sekolah masa bulan Mac, saya dan family bercuti ke Langkawi sebab cousin kahwin. Kendurinya 17 Mac so kitorg decide untuk pergi Langkawi pada 15 Mac. Almaklumlah 17 Mac tu kan hari pertama LIMA’15 Langkawi.
Orang memang lah terlalu ramai di Jeti Kuala Perlis. Masing- masing ada yang pergi untuk LIMA’15 Langkawi sebab saya tengok mereka lengkap berpakaian seragam dan membawa bersama pakaian khas mereka. Kami dapat feri pukul 4.30 ptg, so Alhamdulillah sampai Jeti jer terus naik feri.
Sampai di Kuah Langkawi pada pukul 5.15 ptg. So tunggu kawan husband untuk ambik kereta sewa. Kereta sewa memang condition tiptop. Harga RM150 sehari masa peak season. So total bayar kereta sewa RM300 untuk 3 hari 2 Malam. Sorry tak dapat nak share nombor phone pemilik kereta sewa sebab husband yang deal dengan orang tuh. Pemilik kereta pun ok dan baik orangnya.
Lepas tu kitorg pun round2 area Pantai Cenang dulu sebelum check in Guest House yang saya dah booking. Saya booking BNZ Guest House di Kuala Teriang so dekat sikit la nak ke rumah kenduri, cuma 5 minit jer. Mesti korang Semua nak tengok kan keadaan Guest House yang kitorg duduk tu…


Tadaaaa inilah BNZ Guest House. Boleh laa duduk utk 3 kanak-kanak dan 2 Dewasa. So saya, husband dan annisa tido di bawah dan 2 orang lg anak tido di atas.  Tapi crowded sikit laa kan sebab 5 orang tapi nasib baik laa anak-anak masih kecik belaka. Kalo anak dah besar, memang kena sewa bilik sebelah ler.


Ok harga untuk BNZ Guest House RM100 untuk 1 malam pada peak season.  Boleh hubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas untuk booking (012-591 2338). Owner memang baik sangat. BNZ Guest House ni berdekatan dengan Kedai Makan. Kedai Makan Mee Kuah Udang Lipan cuma terletak di belakang BNZ Guest House je, Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Untuk sarapan pagi, boleh la menyeberangi Jalan besar (utama), terdapat kedai makan di tepian sungai yang menjual pulut ayam, roti canai dan juga ada goreng2. Memang senang juga laa bab-bab nak dapat makan kat area situ.
Sebelah malam pula boleh laa ke area Pantai Cenang dan Pantai Tengah, memang banyak pilihan kedai makan dan boleh juga spend masa untuk shopping di area situ.  Saya dan suami memilih untuk makan malam di Restoran Maya Pantai Tengah atau nama betulnya Maya Seafood Restaurant (Thai & Malay Cuisine). Kenapa suami saya memilih Restoran Maya adalah kerana owner Restoran Maya adalah kawan sekolah suami, so dapatlah jejak kasih dengan kawan-kawan sekolah dia.



Kami tidaklah berjalan-jalan sangat di Langkawi kerana tujuan asal menghadirkan diri ke majlis kenduri kawin sepupu saya. Tapi dapatlah juga bawa anak-anak tengok Cable Car, Harbour Park, Main-main pasir di Pantai Cenang (Malam) & Pantai Tengah (Siang).

 

Kebetulan masa kami ke Langkawi tengah berlangsung LIMA’15, so memang setiap pagi dan petang dapatlah kami lihat jet-jet pejuang melakukan latihan sebelum bermulanya LIMA’15 Langkawi yang dijadualkan pada 17 Mac (perasmian). Kami pulang ke Perlis dengan Feri pada pukul 7 petang 17 Mac. Walaupun tidak ke mana sangat tapi Alhamdulillah rasa happy juga dapat bawa anak-anak bercuti. Lepas ni mungkin boleh plan bercuti ke tempat lain pula.



*baru sempat nak update hehe....
 

Dari Mata Pena Ku;
  

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua..



Rasanya masih belum terlambat lagi kan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat :) kita pun masih di bulan Syawal lagi kan..tak silap hari ni dah Hari Raya Ke-7..Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut Syawal bersama keluarga yang tercinta. Moga tahun hadapan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan & juga Syawal.

So macam mana sambutan raya uollss tahun ni? Saya tahun ni rasa happy sangat sebab suami dapat join beraya bersama-sama keluarga saya. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Syukur kerana setiap doa saya didengari oleh yang Maha Esa. Moga tahun-tahun seterusnya lebih happy dan bahagia bersama-sama keluarga. Syawal 2015 ni saya memilih tema warna Hijau. Asalnya nak warna Emerald Green tapi jadi hijau lain ler plak kan...Tapi janji sedondon kan...


Nasib ler sempat selfie & wefie bersama anak-anak sebab selepasa tu dah lupa nak ambik gambar, sibuk beraya...makan sambil borak..itu yang takda gambar dengan husband & satu keluarga..


Dari Mata Pena Ku;
  

Wednesday, November 26, 2014

Dulu Senang Kini Susah



Assalamualaikum Semua
Hari ni saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda Semua…cerita yang tiada kena mengena samada dengan yang hidup atau pun mati…pernah tak anda Semua lalui dan alami saat-saat kesempitan hidup dan kesusahan hidup? Pasti anda Semua pernah kan Cuma mungkin dengan cara yang berbeza.

Ada seorang kawan saya…sebelum ini hidupnya senang, ada saja duit…jika ada sesiapa yang nak meminjam duit daripada dia pasti dia akan berikan tanpa keberatan. Dia memang jenis yang suka tolong orang..nak ke mana-mana pun tiada masalah kerana duit yang sentiasa ada. Ajak saja ke mana, mesti dia akan pergi.

Tapi kini hidupnya telah berubah. Sekelip mata terus berpusing 360 darjah. Dia kini hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Ya memang ada orang lain jauh lebih susah daripada dia, tapi dia yang tidak pernah alami keadaan sempit hidup dan susah hidup itu membuatkan saya sedih melihat keadaan beliau. Dia terpaksa meminjam duit dengan orang. Pernah sekali adik beradik juga amat susah untuk meminjamkan dia duit. Terpaksalah dia meminjam sana sini seperti peminta sedekah pun ada. Kasihan sungguh..Bayangkanlah, dia sanggup untuk tidak makan. Sampaikan roti dah expired pun dia makan saja. Apa saja makanan seperti roti reject  atau dah expired dia ambik saja asalkan dia boleh makan untuk alas perut dia. Di rumah pula bila terlalu lapar dia Cuma makan nasi dan ikan kering.  Memang sebelum nih dia tak pernah macam tuh. Memang tamparan hebat untuk dia.
Ya Allah, kau hadirkanlah org yang budiman & dermawan untuk membantu dia bangun kembali dari kejatuhan dia itu dan keluarkan dia daripada kesempitan hidup begitu. Bantulah dia Ya Allah, kerana dia sangat memerlukan pertolongan mu.

Marilah kita sama-sama doakan dia yang di dalam cerita saya ini agar dapat keluar daripada kesempitan hidup asbab dulu dia telah banyak membantu orang…Inshaa Allah.



Dari Mata Pena Ku;

Friday, August 22, 2014

Miza & Masakan Ikan Darat



Assalamualaikum.

Ok bersua kita kembali...kali ni tak nak cerita pasal shaklee...saya nak cerita pasal masakan pulak...bukan sebab nak jadi chef ke apa tapi disebabkan saya yang dah rajin memasak :)

Actually saya nih tak ada laa pandai memasak sangat tapi masih belajar dan akan sentiasa belajar dan terus belajar memasak demi suami dan anak2 sebab mereka suka makan makanan yang dimasak di rumah. Kalo di atas meja makan ada lauk yang dibeli dan lauk yang dimasak, memang mereka lebih memilih lauk yang dimasak walaupun saya masak yang simple dan biasa2 saja dan walaupun lauk yang dibeli itu adalah pilihan mereka sendiri...

Hari tuh suami saya bawa balik ikan darat, katanya ada orang bagi. Ada ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat, ikan talapia dan ikan lampam. Jadinya di dalam kepala nih memang dah terpikir laa nak masak apa. Pasal siang ikan dan cuci, semuanya suami saya yang lakukan...fuhhh memang lega habis..tinggal nak masak jerlah kan..part yang nak memasak nih la yang memang saya takut sangat sebab saya tak pernah lagi masak masakan ikan darat nih.

Kebetulan saya pergi ke rumah mak saya, saya pun bertanyalah pada mak saya macam mana nak masak cuka ikan haruan dan masak asam pedas ikan puyu Perlis Style. Haaa Asam pedas Perlis Style nih tak sama tau macam Asam Pedas Melaka tuh yang korang selalu makan tuh…Lain sikit…Asam pedas ikan puyu nih memang kesukaan suami saya. Bila dah dapat cara memasak semua saya pun rasa legal ah sikit nak memasak. Bukan apa, daripada nak impress suami dengan masakan tuh kang jadi benda lain pulak kan. So inilah hasilnya, Masak Cuka Ikan Haruan dan Asam Pedas Ikan Puyu Perlis Style. Saya menu-menu nih pada hari yang berlainan, bukan dua menu pada hari yang sama..Resepinya saya akan kongsi kemudian untuk anda Semua dan untuk diri saya sendiri. Tapi macam saya katalah, saya tak ler pandai memasak sangat tapi mungkin resepi tuh boleh dijadikan rujukan hehehe


Ok bila dah siap masak, tibalah masa untuk merasa. Memang dalam hati nih dup dap dup dap risau takut tak sedap. Tapi nasib laa suami saya habiskan juga, tak tahu laa samada saying kalo membazir atau pun ok laa masakan tuh kan. Cuma dia kata asam pedas ikan puyu tu kurang garam. Actually saya takut nak letak garam banyak-banyak sangat, takut termasin. Kalau kurang garam, kita boleh tambah garam kan. But lega sangat bila dia kata ok. 

#AsamPedasIkanPuyu #MasakCukaIkanHaruan


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...