Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Thursday, September 20, 2018

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2
.
.
Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ.

Bila dah terlalu panjang giler barisan tu, Miza decide utk buat Custom Declaration kereta dulu. Memang tepat decision Miza sebab tak ramai orang. Terus Miza pun beratur.

Utk custom declaration kat Wang Kelian tu Miza kena charge RM10. Hampeh betui laa orang siam ni, sebab ada orang selepas Miza tu dorang charge RM5 je. Kalo kat Danok, charge declaration sama je TH50. Tak lebih tak kurang, memang banyak tu.

Lepas dah settle custom declaration, Miza pun pi laa que kat Mak dan Maksu. Adik-adik dan anak-anak masa ni tunggu kat kereta sebab cuaca terlalu panas terik.

Disebabkan rasa macam barisan tu tak gerak-gerak, Miza pun berjalan-jalan ke depan. Tiba-tiba barisan yg hanya satu je, split menjadi dua.

Apa lagi, laju jerlah Miza masuk barisan yg split tu. So daripada belakang, Miza dah ke depan. Beratur dgn penuh sabar di bawah terik Matahari masa tu pukul 12 tengah hari.


Rasa macam tak gerak je barisan, tapi tetap bersabar. Katanya ada yg beratur dari pukul 8 pagi. Ada tu, dah sangkut jem kat Padang Besar so datang laa beratur kat Wang Kelian ni. Ada juga yg give up nak beratur terus patah balik.

Berpeluh-peluh tu usah kata laa, memang rasa macam kena hujan. Tapi tudung tetap maintain cantik.

Dari setengah jam ke sejam, dari sejam ke dua jam dan berjam-jam lamanya. Kiranya tak larat nak sembang dah dgn orang yg sama-sama beratur.

Teringat kata-kata adik Ipar Miza, agaknya nanti kita kat Padang Masyhar macam ni apa. Sungguh, cuaca memang terik. Kalo orang yg jenis tak tahan panas tu memang boleh pengsan.

Dalam dok beratur tu ada gak rasa macam nak give up. Tapi dah alang-alang sangat so Miza teruskan juga beratur.

Miza dapat cop border dlm pukul 3.15 petang macam tu. Bayangkanlah lamanya Miza beratur. Sanggup dengan tak sanggup ja.

Lepas cop tu terus rasa macam nak lembik lutut. Untuk cop border ni, custom minta RM4 utk 4 border. Ada orang depan Miza tu, custom minta RM20 utk 6 passport. Hampehh kan.

Miza pun terus berjalan ke kereta. Fuhhh lega rasa. Adik-adik Miza dah tunggu kat kereta. Ok its time utk gerak ke Pak Bara. Yeahhh

Lepas 15 minit perjalanan, tiba-tiba adik yg tengah drive cakap, “Kak kereta stop ni”. Miza, “Hahhh stop? Bawa slow-slow Yob ke tepi”. Dari lane kanan then kitorg berhenti ke tepi kiri.

Miza dgn adik-adik pun apa lagi, kalut laa. Buka bonet, check itu ini. Tapi semuanya macam ok. Even temperature pun ok. Terasa bahang enjin terlalu panas.

Masa tunggu Miza beratur berjam-jam tu, kereta tak ditutup enjin dan aircond terpasang sebab anak-anak panas.

Kitorg pun try laa start kereta berkali-kali. Finally kereta hidup juga akhirnya. So kitorg decide untuk teruskan perjalanan ke Pak Bara.

Unfortunately, kereta stop lagi. Fuhhh memang menguji kesabaran betul. Dah laa tengah panas lit lit.

Bayangkanlah Miza beratur berjam-jam dan jem sebelum masuk Wang Kelian lagi, end up kereta mati macam tu. Fuhhh 5 jam hokayyy sampai lembik lutut.

Kitorg pun tunggu laa kejap bagi enjin sejuk sikit. Miza dan adik-adik decide if kereta hidup, kitorg patah balik dan keluar dari border. Fikir untuk keluarkan kereta dari Siam je.

Rasa kesian plak kat family maksu menunggu. So kitorg adik beradik ni suruh mak follow family maksu ke Pak Bara, at least Mak dapat laa pi Pak Bara. Kami ni takpa, lain kali boleh pi lagi.

Try start kereta, kereta pun hidup. So kitorg patah balik ke Malaysia. Mak dan family Maksu ke Pak Bara. Memang takda rezeki kami nak ke Pak Bara petang tu.

Adik pun bawa laa slow-slow bagi lepas border. Tapi paling menakutkan bila fikir nak kena naik dan turun bukit Wang Kelian yang berpusing-pusing tu.

Then finally kitorg selamat melepasi turun bukit Wang Kelian. Apa lagi, misi mencari makan le plak. Mana taknya, last makan masa breakfast pagi tadi.

Kitorg makan di Anjat Corner, Padang Besar. Sedap gak tomyam dia. Lepas makan kitorg pun terus balik ke umah dgn rasa sedih tak dapat pi Pak Bara.


.
.
Moral of the Story:

1. Jangan masuk Siam time cuti 3-4 hari sebab orang terlalu ramai. Miza tobat dah laa nak pi, kena sekali cukup dah laa.

2. Sila tutup aircond dan matikan enjin kereta bila menunggu terlalu lama berjam-jam.

.
.
.
Dari Mata Pena Ku;

PART 1 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian


PART 1
.
.
Ok kisahnya macam ni 👇🏻


Miza, mak, adik-adik dan family maksu plan nak ke Pak Bara pada 31 Ogos, almaklumlah cuti merdeka kan.

Mak inform nak ke Pak Bara tengah hari 30 Ogos pada Miza. So dia kata nak pergi dengan kereta Gen2. Axia memang Miza guna kat KL.

So petang 30 Ogos tu gigih laa Miza ke TBS nak naik bus balik ke Perlis, cuti 3 hari kan. Sampai kat Perlis dlm pukul 2.30 pagi. So sempat laa nak rehat kejap.

Pagi 31 Ogos, Miza dan anak-anak ke rumah mak seawal 7.30 pagi. Nasib sampai awal kat umah mak so boleh laa isi form untuk buat Custom Declaration kereta dan white card. Insurans kereta adik Miza dah settle semalam lagi.

Lepas maksu dah family sampai di umah mak, kitorg pun terus gerak ke Wang Kelian.

Kalo nak ke Pak Bara, Tanjung Pao, atau Koh Lipe; kena keluar border di Wang Kelian sebab itu laluan yg terdekat nak ke tempat tu.

Nak ikut border Padang Besar pun boleh juga, tapi agak jauh nak ke tempat-tempat tu.

Sebelum sampai di Wang Kelian, Miza singgah tukar duit di Kaki Bukit. Agak rendah juga tukaran mata wang dari RM ke TH. Utk TH1000, perlu bayar RM126.

Kitorg teruskan perjalanan ke Wang Kelian. Lepas beberapa KM dari checkpoint AKSEM, terus jem.



Sabar ajerlah kitorg stuck dlm jem hampir sejam lebih untuk sampai ke Imigresen Malaysia.


Lega rasa boleh sampai kat situ. Then terus drive melepasi border Wang Kelian. Miza pun parking kereta kat area kedai-kedai tepi jalan.
.
.
.

Tunggu sambungannya.. PART 2
.
.

Dari Mata Pena Ku;

Sunday, June 28, 2015

Kebab Halal di Hong Kong

Tadi tengah mengemas barang2 terjumpalah tisu. "Alaaa jumpa tisu pun nak cerita kat sini juga ke"...mesti kat hati korang berbisik mcm tu kan...hehehe...yang pasti ianya bkn tisu biasa tapi tisu yang penuh dgn alamat. Back in 2013...jeng jeng jeng...oohhh ok kalo tak salah saya ada travel ke Hong Kong....sorang2 plak masa tu. Travel ke sana pun sebab kena attend conference EDSSC kat Poly-U Hong Kong. 


Masa tu memang tak tau nak cari makanan halal kt mana sebab 1st time pergi Hong Kong. So tanya laa kawan saya ni yang boleh dikatakan dh agak familiar dgn Hong Kong. Dia suruh saya cari Ebeneezer, katanya ada kebab halal.  Cari punya cari, masuk jalan sana masuk jalan sini...rupanya Ebeneezer ni depan hotel saya jer. Mcm2 menu ada...tapi saya order kebab kambing...fuhhhh memang sedappp yang terangkat.





So sesiapa yg ke sana boleh cari Ebeneezer ni. kat tisu atas tu ada alamat Ebeneezer, boleh laa korang cari nanti. Takpun nak lagi mudah, masuk je website...mudah kan...Ok2, nak tido dah...dah lewat....nanti saya #throwback gambar2 masa saya Travel ke Hong Kong..tak janji bila...hehehe :)



Dari Mata Pena Ku; 

Thursday, March 21, 2013

Info about Nha Trang, Vietnam


Baru-baru ini saya dapat invitation dari International Conference on Control, Automation and Information Sciences (ICCAIS 2013)...Conference ni akan di adakan pada 25-28 September 2013 di Nha Trang, Vietnam. Selepas read email, saya pun ke website ICCAIS 2013 to find more details about this conference. As a researcher, paper publication juga amat penting sebab dari situ kita akan introduce pada org pasal research apa yang kita buat dan dalam masa yang sama kita boleh kenal dengan researchers, lecturers, engineers etc dari seluruh dunia. Therefore, universities/research institutes/industries will recognize us and our research work from this event. Itulah serba sedikit kenapa conference (seminar) ni penting kepada orang-orang dalam bidang research. So info yang saya boleh share di sini adalah important dates for paper submission sebab yang lain-lainnya boleh check kat website ICCAIS 2013.


25-28 Nov 2013    Conference Date
31 May 2013         Regular paper submission deadline
15-20 July 2013   Notification of paper acceptance

15 Aug 2013        Final camera-ready papers


Unfortunately, this conference is not related to my research field. Frust :( so tak boleh nak submit paper. Ok kita lupakan pasal nak submit paper. Apa yang menarik perhatian saya adalah venue conference ini. Seperti dalam website ICCAIS 2013, "ICCAIS 2013 will be held at the beautiful beach front city of Nha Trang", the most popular tourist destination in Vietnam. This sentence really attracted me. Then, apa yang saya buat ialah saya ke Google dan search "Nha Trang"...Banyak juga info yang saya dapat pasal Nha Trang ni. Bila tengok gambar yang berkaitan dengan Nha Trang ni, melonjak-lonjak hati saya nak pergi bercuti ke sana. Mungkin suatu hari nanti, saya akan pergi bercuti ke sana juga (bisik hati saya). 

The coastal city of Nha Trang in Khanh Hoa province, Central Vietnam, truly deserves to take the position among 29 most beautiful bays of the world. 
Location: in Khanh Hoa Province, 450km north of Ho Chi Minh City, 1,287 km south of Hanoi, 624 km south of Hue
Access: Nha Trang is a stop on the main railway-line connecting Hanoi and Ho Chi Minh City. The new airport is located some 20 km south of the city and serves only domestic destinations.
Main attractions: pristine beaches, off-shore islets, Cham towers, hot springs and some water sports: scuba diving, snorkeling, jet skiing, wind surfing, parasailing, etc. Whale Island, 60km north of Nha Trang, is a little paradise for nature lovers with simple bungalows and aquatic activities.
Nha Trang is endowed by nature with deep, quiet and warm waters all the year round, surrounded by archipelagoes, islands, mountains and white sand beaches - a wonderful and attractive tourist resort. With 6km white sand beach and emerald sea water, where hundreds of oceanic creatures inhabit, Nha Trang can be compared to the Mediterranean Sea. In the average temperature of 23°C, the warm sunlight shining on a line of a meticulously manicured stand of coconut trees, Australian pine, broad-leaved arjun and scarlet flamboyant, has made this coastal city the paradise of leisure and relaxation.


"Nha Trang is Vietnam’s most famous seaside resort-town. It's more lively and urban in character than other beach destinations like Mui Ne and Phu Quoc. It's also the scuba diving center of Vietnam."
"Considered Vietnam's most famous seaside resort-town, Nha Trang attracts foreign tourists for not only its stunningly pristine beaches but also the urban atmosphere of a young tourist city." 



Fore more detail about Nha Trang, you can visit this link:-
1. http://www.vietnamonline.com/destination/nha-trang.html
2. 
http://wikitravel.org/en/Nha_Trang


Okies, saya rasa cukuplah sampai di sini saja saya bercerita mengenai Nha Trang, Vietnam...sehingga kita berjumpa lagi...


Dari Mata Pena Ku;

Monday, November 15, 2010

Port Dickson Part 4

Gambar kat bawah ni plak di ambil sebelum aku & pizin bertolak balik ke Cyberjaya...Enjoy sgt kat sini..view memang cantik...siap berangan nak ambil gambar kawin kat sini hahahah =D day dreaming bermula....so enjoy scroling ok...heheheh :)



Port Dickson Part 3

Hari ni hari kedua conference..Lepas je habis conference kitorg pun terus le keluar ke Melaka..Plan asal nak ke Sungai Linggi sebab Madun nak beli ikan fresh tapi kitorg tukar plan ke Pengkalan Balak..Dari PD ke Pengakalan Balak tak la jauh pun cuma dalam 30 minit macam tu (kalo tak salah le sebab masa tu cik miza terlupa nak tengok jam)...Sampai kat Pengakalan Balak, kitorg mencari tempat untuk makan sambil berborak santai...So dapat la tempat kat tempai laut kat bawah pokok...fuhhhh best giler...makanan yang sangat murah, value for your money ok....dengan pemandangan yang cantik...angin sepoi-sepoi bahasa....memang sampai sekarang ni masih terasa lagi & nak sangat pergi makan kat situ lagi..i will make it happen one day...bukan jauh pun dari Cyberjaya nak ke sana, nak save cost ikut jalan dalam jelah...hehehe :) inilah antara gambar-gambar yang diambil...upload sikit je kat sini, kalo nak tengok banyak ada dalam hard disk cik miza ni (saja je buat lawak skit hehehhe)..untuk gambar-gambar yang lain korang boleh la tengok dalam facebook cik miza ye..
Then lepas ambil gambar kat tepi Pantai ni kitorg pun balik ke PD sebab nanti kitorg ada dinner pukul 8.30mlm..apa yang best hari tuh, cik miza dapat bawa kereta Honda Civic baru Nabihah...ok la, bestttt...thanks ye nabihah bagi aku rasa bawa kereta ko yang kelasss gitu...Oh ye pasal dinner malam tu yang dianjurkan oleh Conference Committee pada aku agak membosankan...tak macam dinner yang aku pernah attend conference lain sebelum ni...
So inilah dinner aku pada malam tuh..tak boleh nak makan banyak sangat sebab aku dah makan banyak masa kat Pengakalan Balak tu...Oh ye lupa nak inform, malam tuh committee ada bagi award pada Best Presenter & Best Paper..So aku nak ucapkan tahniah pada Pizin sebab menang Best Regular Paper - Platinum Award..dan tahniah juga kepada semua pemenang malam tu...

Sunday, November 14, 2010

Port Dickson Part 2

Hari Selasa (9/11) barulah start conference...aku kena present dalam session after 2.30ptg...Session pagi orang tak ramai sangat maybe ada yang masih belum sampai lagi...tapi bila petang ramai pulak orang yang hadir...aku adalah presenter terakhir untuk petang tu bagi Room 2..punya la berdebar-debar, masa present tu macam tersangkut-sangkut je aku bercakap...Oh ye lupa nak cakap, conference tuh kat Tiara Beach Resort PD..Ermmm, pasal Tiara Beach Resort ni...aku tak berapa suka sangat la, kira berbaloi la tido kat TLWC tapi hari ni kitorg dah check-out dah...just stay for 1 Night only...

Lepas habis conference, aku dan pizin bergegas ke TM Resort kat Teluk Kemang untuk check-in..kitorg dapat half price for staff...Ok la juga price, tempat & bilik...memang kitorg berpuas hati..Actually TM Resort nih berkonsepkan apartment 2 bilik, memang ok :) ada swimming pool lagi..so boleh la tengok gambar kat bawah ni..
Selepas rehat & mandi, kitorg decide keluar jalan-jalan kat tepi pantai belakang TM Resort ni je...ramai juga orang kat sini..teringin nak naik banana boat tapi kitorg tak bawa pun baju basahan...just jalan-jalan & ambil gambar...kebetulan masa kitorg kat tepi pantai dah nak sunset so aku pun capture la gambar sebelum matahari terbenam sebab masa matahari terbenam tuh kitorg tengah jalan-jalan kat tempat jual baju...
Lepas jalan-jalan kat tempat jual-jual baju (pizin shoping baju) tu kitorg pun keluar makan kat Restoran Mutiara yang telah dicadangkan oleh madun...order seafood (ikan siakap 3 rasa, sotong bakar, udang masak petai, sayur kailan ikan masin) malam tu....then after makan terus balik apartment sebab aku rushing nak tengok cerita Asamara...Walaupun sibuk conference, Asmara tetap kena tengok juga hehehe :) tak sabar tunggu episod akan datang..lepas habis asmara, borak jap dengan pizin then online jap then en.pakwe (rinndduuu beb)...then tetido di depan labtop as usual...

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...