Showing posts with label Resepi Miza. Show all posts
Showing posts with label Resepi Miza. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

Resepi Miza: Puding Oreo


Sehari sebelum Raya Aidilfitri hari tu tiba saya terasa rajin nak memasak bersama anak-anak. Anak-nak ni kalau bab nak membantu dan menyibuk memang laa suka sangat. Tapi bila dorang bantu saya tu cepat juga laa keja siap walaupun kadang-kadang melambatkan juga..

Kali ni saya memang teringin sangat nak buat Puding Oreo..Saya ni memang suka biskut oreo, anak-anak pun sama...Memang saya rasa nak makan puding oreo ni sangat-sangat tapi tak nak yang beli, nak buat sendiri. Buat sendiri ni puas hati sikit..So bila bagitau anak-anak kata nak buat puding oreo, memanglah dorang suka sangat. Bila dah beli bahan-bahan untuk puding oreo ni, tak menyabar laa dorang nak buat...asyik tanya je bila nak buat sebab dorang nak tolong dan menyibuk sekali.

Inilah antara bahan-bahan untuk Puding Oreo:
1 paket agar-agar tali 20 gram
1 tin susu cair (saya guna susu cair marigold)
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur 
1 bungkus biskut Oreo (10 pcs yang berharga RM3.70)
1 bekas Mini Oreo (untuk hiasan)
Aiskrim - perisa vanila (5/6 scoop)
1 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan Puding Oreo:
1. Basuh agar-agar tali kemudian masak bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api sederhana.
2. Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan.
3. Biskut Oreo (10 pcs) dikisar dalam pengisar kering. Kemudian, asingkan di dalam bekas.
4. Kisar susu cair bersama aiskrim vanila, telur dan esen vanila.
5. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi (susu cair+telur+aiskrim+esen vanila) dan kacau perlahan hingga sebati.
6. Kemudian, masukkan oreo yang telah dikisar. Kacau hingga mendidih sekejap dan padamkan api.
7. Masukkan di dalam acuan atau loyang. Ikut kesukaan masing-masing. Saya menggunakan bekas segi empat seperti gambar di atas.
8. Setelah memasukkan ke dalam bekas, hiaskan puding oreo dengan Oreo Mini seperti dalam gambar di atas. Kemudian sejukkan. 


Dah sejuk tu, boleh laa dimakan..senang sebenarnya guna bekas seperti gambar kat atas tu. Bila nak makan je, ambik 1 bekas dan sudu je. Tak perlu susah-susah nak potong. Puding Oreo ni memang Annisa suka sangat. Ok, Selamat Mencuba ye! Dah cuba nanti, boleh laa share gambar dengan saya...


Dari Mata Pena Ku;
  

Tuesday, July 7, 2015

Resepi Miza: Ikan Singgang Perlis

Hari tu balik Perlis, rutin seperti biasa…keluar ke market bersama anak-anak. Pergi beli ikan kembung, tengok ada ikan kekek..so ape lagi, memang Balqis nak beli laa… Suka sangat dia dengan ikan kekek ni.

Sebelum saya balik ke KL, Balqis request nak makan ikan kekek. “Mama, adik nak makan ikan tu…mama masak laa ikan yang adik beli tu”…So dalam kepala saya memang fikir nak masak air je (bak kata org Perlis) atau pun dalam bahasa yg lebih mudah orang lain faham Masak Singgang Perlis Style. Haaa gitu uollss…alaaa masak rebus-rebus je..mmg simple dan cepat je siap. Teringat dulu-dulu masa saya kecik, memang inilah juga yang mak saya masakkan untuk saya dan adik-adik. Makan dengan nasi panas-panas & sambal belacan atau air asam, memang bertambah-tambah nasi banyak kali.

So kat sini saya share kan resepinya. Resepi ni memang dari saya sendiri. Mungkin uollss boleh cuba. Untuk ibu-ibu dalam pantang pun boleh juga, sangat sesuai…Boleh laa dimasukkan dalam senarai resepi ibu berpantang nanti kan.

Bahan-bahannya seperti kat bawah ni:
4-6 ekor ikan kekek
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2-3 asam keping/asam gelugor
5-10 biji kacang bendi (ikut laa nak letak banyak mana)
3 gelas air (jika nak kuah banyak, boleh masukkan banyak air)
Garam secukup rasa.

*2-3 biji cili hijau kecil (org utara panggil cabai Melaka) – untuk cili ni siapa yang suka pedas boleh letak. Tapi saya tak letak sebab saya masak untuk anak-anak, takut pedas pula.
*Terpulang jika uollss nak menggunakan ikan jenis lain.

Cara-cara memasaknya pula:
  1. Ikan kekek dibuang perutnya & dicuci bersih darahnya. Kemudian di rendam beberapa ketika di dalam air perahan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
  2. Setelah itu, hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Cuci asam keping. Serai di ketuk.
  3. Panaskan kuali dan masukkan air. Ikut kepada kehendak masing-masing, jika nak kuah banyak, boleh masukkan banyak air.
  4. Setelah air mendidih masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan serai yang telah diketuk (dititik).
  5. Kemudian, masukkan ikan kekek.
  6. Selepas itu masukkan kacang bendi dan asam keping. 
  7. Masukkan garam & perasa secukup rasa.
  8. Bila semuanya dah masak (kacang bendi jangan dibiarkan terlalu masak sehingga lembik/layu), boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Seperti biasa, saya belanjakan gambarnya. Inshaa Allah sangat mudah. Cepat di masak, cepat di makan. Selamat Mencuba!

Pssstt...ikan tu suami saya yang tolong siangkan. Kalo saya yang siang, memang lain sikit laa...


Dari Mata Pena Ku;

Friday, August 22, 2014

Miza & Masakan Ikan Darat



Assalamualaikum.

Ok bersua kita kembali...kali ni tak nak cerita pasal shaklee...saya nak cerita pasal masakan pulak...bukan sebab nak jadi chef ke apa tapi disebabkan saya yang dah rajin memasak :)

Actually saya nih tak ada laa pandai memasak sangat tapi masih belajar dan akan sentiasa belajar dan terus belajar memasak demi suami dan anak2 sebab mereka suka makan makanan yang dimasak di rumah. Kalo di atas meja makan ada lauk yang dibeli dan lauk yang dimasak, memang mereka lebih memilih lauk yang dimasak walaupun saya masak yang simple dan biasa2 saja dan walaupun lauk yang dibeli itu adalah pilihan mereka sendiri...

Hari tuh suami saya bawa balik ikan darat, katanya ada orang bagi. Ada ikan puyu, ikan haruan, ikan sepat, ikan talapia dan ikan lampam. Jadinya di dalam kepala nih memang dah terpikir laa nak masak apa. Pasal siang ikan dan cuci, semuanya suami saya yang lakukan...fuhhh memang lega habis..tinggal nak masak jerlah kan..part yang nak memasak nih la yang memang saya takut sangat sebab saya tak pernah lagi masak masakan ikan darat nih.

Kebetulan saya pergi ke rumah mak saya, saya pun bertanyalah pada mak saya macam mana nak masak cuka ikan haruan dan masak asam pedas ikan puyu Perlis Style. Haaa Asam pedas Perlis Style nih tak sama tau macam Asam Pedas Melaka tuh yang korang selalu makan tuh…Lain sikit…Asam pedas ikan puyu nih memang kesukaan suami saya. Bila dah dapat cara memasak semua saya pun rasa legal ah sikit nak memasak. Bukan apa, daripada nak impress suami dengan masakan tuh kang jadi benda lain pulak kan. So inilah hasilnya, Masak Cuka Ikan Haruan dan Asam Pedas Ikan Puyu Perlis Style. Saya menu-menu nih pada hari yang berlainan, bukan dua menu pada hari yang sama..Resepinya saya akan kongsi kemudian untuk anda Semua dan untuk diri saya sendiri. Tapi macam saya katalah, saya tak ler pandai memasak sangat tapi mungkin resepi tuh boleh dijadikan rujukan hehehe


Ok bila dah siap masak, tibalah masa untuk merasa. Memang dalam hati nih dup dap dup dap risau takut tak sedap. Tapi nasib laa suami saya habiskan juga, tak tahu laa samada saying kalo membazir atau pun ok laa masakan tuh kan. Cuma dia kata asam pedas ikan puyu tu kurang garam. Actually saya takut nak letak garam banyak-banyak sangat, takut termasin. Kalau kurang garam, kita boleh tambah garam kan. But lega sangat bila dia kata ok. 

#AsamPedasIkanPuyu #MasakCukaIkanHaruan


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, October 5, 2010

Resepi Miza: Kek Batik Biskut Marie

Entry kali nih aku nk cerita psl Kek Batik Biskut Marie...cik sidah teringin nk makan kek batik biskut marie, so aku pn buat la Kek Batik Biskut Marie ni sempena Jamuan Raya MENT...tak tahulah sedap ke tak..yg penting aku buat Kek Batik ni ikhlas dari hati aku.. :)

Hari sabtu lps blk dr KL aku terus ke Jusco beli barang2 utk buat Kek Batik nih..masa nk blk dr Jusco tuh, hujan punyalah lebat giler...mcm ribut haaaa siap dgn guruh kilat lg tp aku tetap bkeras hati gak nk blk rumah..so settle la aku membeli brg2 utk membuat Kek Batik...

Then, hari ahad tuh aku pn ready utk membuat Kek Batik..senang la jg nk buat Kek Batik ni. Ni antara bahan-bahan utk membuat Kek Batik Biskut Marie...
Biskut Marie (300gm) Munchy's
1 tin Susu cair Marigold
1 ketul Buttercup (brand buttercup)
1 Cawan Besar (mug) Milo
3 Sudu besar Serbuk koko
3 Sudu besar Gula

* bahan-bahan tu terpulang la pd korang nak guna dari brand mana...ikut kesukaan hati masing2..

Cara membuatnya:
1. Biskut marie dipatah-patahkan...
2. Bahan-bahan di atas kecuali biskut marie dimasak terlebih dahulu..masukkan buttercup, susu cair, milo, serbuk koko & gula..masak dgn api kecil sehingga semuanya sebati..
3. Masukkan biskut marie & gaul/kacau sehingga sebati...
4. Masukkan ke dalam loyang ataupn tupperware & mampatkan..
5. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk..
So dh ready utk di makan...inilah hasilnya Kek Batik Biskut Marie...mesti ramai yang tau buat Kek Batik sebab inilah antara kek yang paling senang dibuat sbb kek tak perlu dibakar pn...
Teringat lagi masa dulu-dulu masa dok kt hostel kt UTM aku dgn budak-budak junior blok aku mmg rajin masak Kek Batik Biskut Marie ni sbb senang utk dibuat..kitorg masak dlm rice cooker je then masukkan dalam tupperware..lps tuh dibiarkan sejuk mcm tu je di bwh kipas siling (masa ni mana la nk ada peti sejuk ke ape, nama pn dok kt hostel kn)..tp tetap sedap di makan...

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...