Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Mutiara Kata #007


Salam Jumaat untuk semua....

Kadangkala kita perlu MENYEPI,
untuk mencari kembali KEKUATAN DIRI yang telah hilang...
Adakala kita perlu MENYEPI,
untuk mencari KETENANGAN HATI...
Adakalanya kita perlu MENYEPI,
untuk KEBAIKAN SENDIRI....
dan...
Kadangkala SEPI itu INDAH....


Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, March 20, 2013

Alkisah Pokok Tumbang


Pada zaman dahulu, ada sebatang pohon besar tumbang di atas jalan utama ke istana.

10 ahli keselamatan pasukan Durian cuba mengalihkan pohon yang tumbang itu supaya pengangkutan bandar ke istana tidak terganggu.

Ketua; Suhaimi berdiri di tepi mengarahkan ahli-ahli kampungnya untuk berusaha lebih keras, tapi mereka tidak dapat mengalih pohon tersebut.

Tetiba ada seorang 50-an datang ke tempat di situ dengan kuda dan meninjau tempat kejadian.

Pakcik itu memberitahu Suhaimi – “jika anta membantu mereka, rasanya cukup tenaga untuk mengalihkan pokok tersebut. Mengapa anta tak bantu?”

Suhaimi terus menjawab, “Itu bukan tugas ana. Ana ketua pasukan. Itu kerja mereka, mereka kena buat. Ana menyelia sahaja.”

Melihat Suhaimi menjawab sedemikian, pakcik itu pun menurunkan kudanya dan membantu ahli keselamatan pasukan Durian untuk mengalihkan pokok.

Tenaga tambahan itu menyebabkan pokok dapat dialihkan.

Pakcik itu naik semula kuda dan memandang ke arah Suhaimi.

“Ok bagus. Ana akan laporkan pada pihak istana bahawa kita telah berjaya mengalihkan pokok tersebut,” kata Suhaimi. Pakcik itu tersenyum tidak berkata apa-apa.

Apabila Suhaimi masuk ke istana, raja memanggil Suhaimi menghadap.

“Akhirnya dapat jumpa raja. Ana nak minta ganjaran lebih,” bisik hati Suhaimi yang kegembiraan.

Setibanya di bilik mesyuarat raja, Suhaimi terkejut melihat raja ialah pakcik yang membantu mengalihkan pokok tumbang sambil beliau berdiri di tepi jalan mengarahkan semua orang bekerja.

Suhaimi terkedu malu. Pakcik hanya tersenyum.

“Beta akan hadiahkan 9 rumah sahaja. Anta tak dapat. Anta nak cakap apa-apa?”

Suhaimi mengangguk.

“Tak. Memang adil rajaku,” kata Suhaimi sambil menyesal mengapa hari tersebut beliau enggan membantu ahli-ahli pasukannya hari itu.

“Jadi ketua, bukan bermaksud sehingga tahap menjadi sombong dan lupa diri. Ingat baik-baik,” jawab pakcik.

-END-



Walaupun menjadi ketua, janganlah bermegah & sombong diri..Tidak akan hilang segala apa yang kita miliki andai kita merendah diri, bertolak ansur & bertimbang rasa kerana kadang-kadang merendah diri itu perlu....Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi tunduk ke bumi. Jangan seperti lalang yang tinggi, mendongak ke langit tiada berisi.


Dari Mata Pena Ku;

Friday, March 15, 2013

Mutiara Kata #006

Salam Jumaat untuk semua....

JANGAN resah andai ada yang MEMBENCIMU....
Kerana
MASIH ramai yang MENCINTAIMU di DUNIA
Tetapi....
RESAHLAH andai ALLAH MEMBENCIMU...
Kerana
Tiada lagi yang MENCINTAIMU di AKHIRAT.....
(Imam Al-Ghazali)


Dari Mata Pena Ku;

Thursday, March 14, 2013

Mutiara Kata #005

Salam Khamis untuk semua....

Andai kita tidak mampu menjadi YANG TERBAIK, maka jadilah YANG BAIK...
Sesungguhnya dari YANG BAIK, kita boleh berubah menjadi YANG TERBAIK...
Tetapi jangan pula kita menjadi YANG TIDAK BAIK....


Dari Mata Pena Ku;

SharingIsCaring #001

Bukan senang untuk mempunyai sahabat di kala waktu susah & senang...Mudah untuk mendapat sahabat di kala senang & untuk bergelak ketawa...Tetapi untuk mendapat sahabat yang sama-sama sanggup bersusah payah & menangis bersama adalah agak sukar....Renung-renungkanlah....okies sehingga berjumpa lagi..


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, October 30, 2010

Mood Sedih :(

Hari ni aku jalani dengan penuh kesedihan dan air mata....
Hanya air mata yang menjadi peneman setia samada siang atau pn malam...
Hati yang terluka sukar utk ku cari penawarnya...


"Aku ini wanita biasa...bisa sakit luka kerana cinta...
Dingin sepi kerap menyapa...Air mata jatuh lukisan raga..."

Wednesday, July 21, 2010

Hidup....


Hidup memerlukan Pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan Perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan,
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan akan menentukan Kejayaan,
...Kejayaan pula menentukan Kebahagiaan.......


Tuesday, June 15, 2010

aPa eRTi CiNTa?

 
Mengapa serik untuk bercinta hanya kerana dirimu pernah kecewa? Erti cinta sebenarnya adalah cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Namun hati-hatilah dengan cinta kerana cinta juga dapat membuatkn orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, dan raja menjadi budak, sekiranya cinta itu disambut oleh para pencinta palsu.


PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...