Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Bangkit bersama Dr Azizan Osman

Kenapa seseorang itu jatuh?

Supaya dia tahu untuk BANGKIT.

Saksikan video rakaman rancangan Semanis Kurma yang telah berlangsung pada 13 November 2014 bersama tetamu undangan istimewa Dr Azizan Osman. Sebarkan pada orang lain, semoga bermanfaat.




Setiap hari saya tengok video ini untuk mencari aura positif dan mengingatkan diri sendiri. Memang ianya berkesan untuk saya.


Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, January 22, 2014

Jangan Berputus Asa

Nasihat dari seorang kawan untuk seorang kawan....mari kita sama-sama renungkan...

"Jangan berputus asa walau berat mana pun beban ditanggung. Allah kan ada.

Jika puncanya dari manusia, jgn lupa setiap hati itu termasuk hati kita, Allah yang jaga. Doalah supaya orang itu tergerak hati utk menjadi lebih baik, atau doakan hati kita menerima masalah dgn tenang dan diberikan kekuatan.

Jika puncanya adalah kerana kerja, doakan agar semuanya dipermudahkan.

Jika puncanya adalah wang, doakan agar dimurahkan rezeki.

Doakan juga agar ditunjukkan/diilhamkan jln keluar utk masalah yang sedang membelenggu.

Pokok pangkalnya, Allah kan ada. Dia memberi ujian utk kita mengadu kepadaNya, kerana kunci penyelesaiamn pd masalah kita ada padaNya."


#JanganBerputusAsa


|Nota Kaki: semalam saya sangat berputus asa dengan kehidupan saya..macam-macam yang saya hadapi dan saya lalui sehingga saya rasakan saya tak mahu lagi untuk teruskan kehidupan saya ini..nauzubillah...dan ini yang saya dapat dari kawan saya...thanks Amy :)


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, August 18, 2009

Anjakan Paradigma: Sendiri Tapi Berdikari

Topik: Sendiri Tapi Berdikari Bersama Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah
Astro Oasis


Actually aku dh pernah tgk program nih dlm bulan 6 kalo tak salah. Tapi semalam disebabkan aku belum tido lagi aku pn layan program nih yg start dlm pukul 1.30 pg. Program selama sejam nih diacarakan sendiri oleh DFMK dengan tetamu jemputan ialah Dr Rubiah K. Hamzah, seorang perunding motivasi. Bagi aku topik yang dibicarakan ini mmg sangat bagus, byk yg kita boleh ambil sbg iktibar dlm menjalani kehidupan seharian. Topik Sendiri Tapi Berdikari ini adalah ditujukan kepada ibu-ibu tunggal. Walaupn ianya ditujukan kepada ibu tunggal tetapi ada juga pesanan2 yang aku boleh relate dgn diri aku. Berikut adalah antara isi2 yang sempat aku tulis utk aku jdkan iktibar kepada diriku..

Menjadi Ibu tunggal
- Berpisah sekiranya perkahwinan itu tidak bahagia dan tidak membawa ke syurga.
- Belajarlah bahawa tidak ada yang diberi oleh Allah itu yang buruk atau yang tidak mampu ditanggung. Sesungguhnya setiap yang diberi oleh Allah itu adalah yang termampu ditanggung oleh umatnya. Allah tak akan menguji umatnya melampaui batas.
- Belajar memegang jawatan yang diberi oleh Allah.
- Jangan rasa rendah diri. Jangan rasa diri ini cacat, tidak sempurna, banyak kekurangan..Setiap manusia berhak untuk bahagia di bumi Allah ini...

Mengangkat Martabat Diri
- Berfikiran positif..tidak melihat kekurangan diri sebagai penghalang
- Orang disekeliling perlu bantu dari segi motivasi
- Bantu dan dorong ibu-ibu tunggal ini dengan ikhlas
- Terima mereka seadanya
- Bangunkan rasa cinta. Terima hadiah ini (menjadi ibu tunggal) dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Menjadi ibu tunggal itu adalah 1 anugerah dr Allah.

Menaikkan Semangat
1. Fikiran : positif
2. Perasaan (rasa yang paling hebat): ceria dan bahagia
3. Hati: bersih

-Terima hadiah yang diberikan oleh Allah ini dgn gembira umpama dapat duit yang berjuta
- Setiap gerak diperhati dan dikira oleh Allah
- Cari yang halal, buat baik, dekatkan diri dengan Allah, buat baik dgn org, hormat org maka Allah akan berikan kita semangat yg tinggi yang cantik..

Menaikkan Nilai Diri
- Sayang diri sendiri
- Sayang anak iaitu hasil yang ditinggalkan oleh suami. Didalam memdidik anak ini pohonlah doa "Ya Allah berikanlah aku kekuatan", "berikan aku rezeki yang halal", "matikan aku setalah anak aku dewasa"...
- Fikir positif akan membangunkan kekuatan diri. Jangan fikir negatif...

Mengangkat Kekuatan Diri
- Bangunkan pemikiran
- Bina hubungan yang lebar
- Dekatkan diri dengan Allah
- Jangan putus asa dan harapan
- Jangan rasa rendah diri
- Syukurlah kita ini masih hidup
- Melayari hidup ini dengan penuh kasih sayang

Kesimpulan Sendiri tapi Berdikari
1. Kenal diri - cari kehebatan diri (Allah cipta kita ada sebabnya)
2. Hati Bersih akan tarik kebaikan kepada diri kita (umpama 1 magnet yg kuat). Lakukanlah amalan-amalan yg istiqamah: solat sunat taubat, solat tahajjud, baca al-quran, dan lain-lain.
3. Betulkan Niat kita - menjadi ibu tunggal itu 1 rahmat. Ibu tunggal yang cemerlang dekat dengan Allah, jangan tinggalkan solat fardu dan selalulah kerjakan solat sunat.
4. Dekat dan Rapat dengan Allah
5. Dapat ilmu dan terus cari ilmu - Nak cemerlang dunia & akhirat wajib cari ilmu. Terus belajar sampai mati.
6. Kena bersedia hadapi tanggungjawab dan memainkan berbagai-bagai peranan ikut kemampuan - tak kira ibu tunggal atau bukan ibu tunggal.
7. Kena cuba belajar mencari keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan
- Keberkatan rezeki (halal dan baik)
- Keberkatan ilmu (ada ilmu sampaikan)
- Keberkatan dari segi masa yang kita ada
8. Rancanglah setiap hari itu untuk cemerlang - Janganlah lupa untuk merancang. Sebelum tido rancanglah untuk hari esok

"Jangan patah semangat. Sesungguhnya Allah benci org yang patah semangat tetapi
syaitan suka org yang patah semangat"
"Hadiah daripada Allah itu adalah hadiah yang terbaik..."

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...