Monday, February 15, 2016

Mak mertua sakit dan Doktor minta bawa balik bacakan Yassin

Assalamualaikum semua sahabat maya Miza.

Baru-baru ni mak mertua saya dimasukkan ke wad Hospital Kangar kerana gulanya naik & darahnya pun naik. Mak mertua saya dah lama kena stroke. Dari diagnosis doktor, doktor kata dah tiada ubat untuk sakit mak mertua saya tu sebab kuman dah masuk ke dalam darah. Masa kat wad tu pun doktor minta bawa balik mak mertua saya tu ke rumah bacakan Yassin. Dah tiada apa lagi untuk dibuat, hanya harapan daripada Allah swt.

Selepas 4 hari di hospital, mak mertua saya dibawa pulang ke rumah dan terlantar. Selama saya di Perlis, setiap hari saya jenguk mak mertua saya. Saya bacakan Yassin (saya lakukan Yassin hajat 3 malam berturut-turut), urut kaki dan tangannya serta mengemas tempat tidurnya dan ruangtamu untuk tetamu datang melawat. Kaki dan tangannya perlu diurut agar darah dapat mengalir (circulate) sebab saya tengok kuku tangannya putih dan tapak kakinya juga putih seolah-olah tak ada blood circulation. Kakinya juga tak dapat nak diluruskan berikutan terlalu lama dia terlantar membengkokkan kaki (hampir 4 tahun). Jika saya yang mengurut, saya akan buat sedikit excercise kaki kerana mak mertua saya selalu mengeluh kata kebas dan lenguh.


Mak mertua saya hanya minum susu melalui tiub setiap 3 jam sekali. Susu pula hanya susu yg disarankan oleh pihak hospital iaitu susu Nutren Fiber. Susu ni bukanlah susu yang murah, harga 1 tin 400g RM47 manakala harga bagi 1 tin 800g RM82.60. Mak mertua saya cuma dapat bantuan daripada JKM (kebajikan) sebanyak RM120 sebulan. Mana lagi nak beli susu, mana lagi nak beli pampers. Pampers pula 10 keping dalam lingkungan RM19.90 untuk jenama Teana. Adik-adik ipar saya semuanya tak bekerja, jadinya semuanya mengharapkan pada suami dan saya. Tapi saya sendiri pun tak adalah dapat nak membeli susu dan pampers tu selalu sebab saya sendiri juga perlu sediakan keperluan anak-anak kecil saya dan belanjawan untuk bertemu anak-anak berikutan saya tinggal di KL manakala anak-anak tinggal di Perlis bersama mak saya. Kiranya saya sendiri pun tak dapat nak menampung perbelanjaan mak mertua saya.



Jadinya, Saya nak minta tolong dari kawan-kawan semua untuk mendoakan kesihatan mak mertua saya supaya diberikan kesihatan yang baik-baik dan diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Jika ada kawan-kawan yang nak salurkan sumbangan untuk pembelian susu dan pampers, kawan-kawan boleh bank in duit ke akaun Maybank saya (151306-649537 Amiza Rasmi) dan tulis Sumbangan untuk Makcik Som. Sekiranya kawan-kawan di sekitar Perlis nak datang melawat, boleh laa datang melawat ke rumah mak mertua saya di Sungai Bugis, Perlis. Marilah kita sama-sama doakan keadaan mak mertua saya agar pulih daripada sakitnya.

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
“Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
Amin Ya Allah
Amin Ya Robb

-Miza-
15 Feb 2016

Dari Mata Pena Ku;
  

Tuesday, February 2, 2016

"Beras Dah Habis, Hari Ini Kita Puasa Ye Nak…"- Kisah Ibu Muda Yg Ditinggalkan Suami...

#sharing #viral


Sesunggah mana pun kita, ada insan lain yang lebih susah. Kisah ibu muda yang ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak April 2015, benar-benar menyayat hati.

Hampir setahun dia digantung tak bertali. Terkontang-kanting sendiri bersama anak-anak yang masih kecil. Suami dikatakan telah pulang ke kampung di Sarawak dan terus tidak kembali lagi.

Ketika suaminya menghilangkan diri, dia sedang hamilkan anak yang bongsu. Keluarga mertua juga langsung tidak dapat dihubungi lagi. Dia sendiri tidak tahu sama ada suaminya masih hidup atau sudah tiada lagi.

Anak-anaknya berusia 10 tahun, 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Anak sulungnya penghidap Dylexia. Anak yang kecil seringkali tidak sihat.

Ketika ditinggalkan suami, beliau menyewa rumah flat tiga bilik. Bantuan zakat yang diterima sebanyak RM600 sebulan, terpaksa digunakan untuk membayar sewa rumah.

Demi mencari sesuap nasi, ibu muda ini membuat karipap frozen bergantung pada pesanan yang dijual dengan harga 40 sen sebiji. Dia hanya sebatang kara membesarkan anak-anaknya. Dengan keadaan rumah yang daif dan kesihatan anak yang tidak menentu, adakalanya beliau tidak dapat berniaga sehingga tiada langsung makanan untuk anak-anak di rumah.

Luluh hati melihat wajah-wajah comel ini yang masih tidak mengerti erti susah kehidupan. Pada mereka, bila ibu beritahu hari ini kita kena puasa sebab Allah suka orang berpuasa, anak-anak ini menurut tanpa bantahan. Hanya air mata menjadi peneman ibu muda ini tatkala beras terakhir sudahpun dijadikan bubur semalam.

Ibu muda yang cekal ini tidak pernah sekali pun meminta-minta dan mengharapkan belas ihsan simpati orang. Semua diterima sebagai ujian Allah ke atas dirinya. Dia masih percaya bahawa ada orang yang lebih susah dari dirinya.

Selama ini dia hanya mengadu kepada Tuhan agar dia kuat dan sihat dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Allah hadirkan kekuatan dalam diri seorang ibu biarpun hidup susah tetap anak-anak di dalam jagaannya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, silakan. Wang, makanan atau pakaian amat dihargai.

Nama: Rozalinawati binti Rosli
Akaun: 1627-6802-0237 (Maybank)
Alamat: Kota Damansara

SUMBER


By AzrilHassan from OhMedia
Dari Mata Pena Ku;
  

Monday, February 1, 2016

BERJAYA bermula dengan SIKAP



Selamat malam semua! Malam ini saya nak bagi tips.

Tips bagaimana untuk BERJAYA.

Ianya bermula dengan SIKAP.

Korang kenal Einstein? Albert Einsten?

Beliau pernah katakan, "99% kejayaan atau kegagalan ditentukan oleh SIKAP.

Saya ulang. "99% KEJAYAAN atau KEGAGALAN ditentukan oleh SIKAP".

Jika kita BERSIKAP POSITIF, kita pasti dan pasti akan berjaya.

sebaliknya,

Jika kita BERSIKAP NEGATIF, kita pasti dan pasti tidak akan berjaya.

Jadinya, saya ingin mengajak korang semua untuk sentiasa BERSIKAP POSITIF. Positif terhadap semua perkara, apa yang jadi, akan dilakukan, khabar-khabar yang baik atau buruk, kesemuanya, kita terima dengan POSITIF ok!

STAY POSITIVE OKAY!



Nak beli baju kanak2 atau barang Langkawi blh ke fanpage FB Kedai AnnisaKu


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...