Monday, February 15, 2016

Mak mertua sakit dan Doktor minta bawa balik bacakan Yassin

Assalamualaikum semua sahabat maya Miza.

Baru-baru ni mak mertua saya dimasukkan ke wad Hospital Kangar kerana gulanya naik & darahnya pun naik. Mak mertua saya dah lama kena stroke. Dari diagnosis doktor, doktor kata dah tiada ubat untuk sakit mak mertua saya tu sebab kuman dah masuk ke dalam darah. Masa kat wad tu pun doktor minta bawa balik mak mertua saya tu ke rumah bacakan Yassin. Dah tiada apa lagi untuk dibuat, hanya harapan daripada Allah swt.

Selepas 4 hari di hospital, mak mertua saya dibawa pulang ke rumah dan terlantar. Selama saya di Perlis, setiap hari saya jenguk mak mertua saya. Saya bacakan Yassin (saya lakukan Yassin hajat 3 malam berturut-turut), urut kaki dan tangannya serta mengemas tempat tidurnya dan ruangtamu untuk tetamu datang melawat. Kaki dan tangannya perlu diurut agar darah dapat mengalir (circulate) sebab saya tengok kuku tangannya putih dan tapak kakinya juga putih seolah-olah tak ada blood circulation. Kakinya juga tak dapat nak diluruskan berikutan terlalu lama dia terlantar membengkokkan kaki (hampir 4 tahun). Jika saya yang mengurut, saya akan buat sedikit excercise kaki kerana mak mertua saya selalu mengeluh kata kebas dan lenguh.


Mak mertua saya hanya minum susu melalui tiub setiap 3 jam sekali. Susu pula hanya susu yg disarankan oleh pihak hospital iaitu susu Nutren Fiber. Susu ni bukanlah susu yang murah, harga 1 tin 400g RM47 manakala harga bagi 1 tin 800g RM82.60. Mak mertua saya cuma dapat bantuan daripada JKM (kebajikan) sebanyak RM120 sebulan. Mana lagi nak beli susu, mana lagi nak beli pampers. Pampers pula 10 keping dalam lingkungan RM19.90 untuk jenama Teana. Adik-adik ipar saya semuanya tak bekerja, jadinya semuanya mengharapkan pada suami dan saya. Tapi saya sendiri pun tak adalah dapat nak membeli susu dan pampers tu selalu sebab saya sendiri juga perlu sediakan keperluan anak-anak kecil saya dan belanjawan untuk bertemu anak-anak berikutan saya tinggal di KL manakala anak-anak tinggal di Perlis bersama mak saya. Kiranya saya sendiri pun tak dapat nak menampung perbelanjaan mak mertua saya.



Jadinya, Saya nak minta tolong dari kawan-kawan semua untuk mendoakan kesihatan mak mertua saya supaya diberikan kesihatan yang baik-baik dan diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Jika ada kawan-kawan yang nak salurkan sumbangan untuk pembelian susu dan pampers, kawan-kawan boleh bank in duit ke akaun Maybank saya (151306-649537 Amiza Rasmi) dan tulis Sumbangan untuk Makcik Som. Sekiranya kawan-kawan di sekitar Perlis nak datang melawat, boleh laa datang melawat ke rumah mak mertua saya di Sungai Bugis, Perlis. Marilah kita sama-sama doakan keadaan mak mertua saya agar pulih daripada sakitnya.

“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
“Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
Amin Ya Allah
Amin Ya Robb

-Miza-
15 Feb 2016

Dari Mata Pena Ku;
  

1 comment:

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...