Wednesday, March 20, 2013

Alkisah Pokok Tumbang


Pada zaman dahulu, ada sebatang pohon besar tumbang di atas jalan utama ke istana.

10 ahli keselamatan pasukan Durian cuba mengalihkan pohon yang tumbang itu supaya pengangkutan bandar ke istana tidak terganggu.

Ketua; Suhaimi berdiri di tepi mengarahkan ahli-ahli kampungnya untuk berusaha lebih keras, tapi mereka tidak dapat mengalih pohon tersebut.

Tetiba ada seorang 50-an datang ke tempat di situ dengan kuda dan meninjau tempat kejadian.

Pakcik itu memberitahu Suhaimi – “jika anta membantu mereka, rasanya cukup tenaga untuk mengalihkan pokok tersebut. Mengapa anta tak bantu?”

Suhaimi terus menjawab, “Itu bukan tugas ana. Ana ketua pasukan. Itu kerja mereka, mereka kena buat. Ana menyelia sahaja.”

Melihat Suhaimi menjawab sedemikian, pakcik itu pun menurunkan kudanya dan membantu ahli keselamatan pasukan Durian untuk mengalihkan pokok.

Tenaga tambahan itu menyebabkan pokok dapat dialihkan.

Pakcik itu naik semula kuda dan memandang ke arah Suhaimi.

“Ok bagus. Ana akan laporkan pada pihak istana bahawa kita telah berjaya mengalihkan pokok tersebut,” kata Suhaimi. Pakcik itu tersenyum tidak berkata apa-apa.

Apabila Suhaimi masuk ke istana, raja memanggil Suhaimi menghadap.

“Akhirnya dapat jumpa raja. Ana nak minta ganjaran lebih,” bisik hati Suhaimi yang kegembiraan.

Setibanya di bilik mesyuarat raja, Suhaimi terkejut melihat raja ialah pakcik yang membantu mengalihkan pokok tumbang sambil beliau berdiri di tepi jalan mengarahkan semua orang bekerja.

Suhaimi terkedu malu. Pakcik hanya tersenyum.

“Beta akan hadiahkan 9 rumah sahaja. Anta tak dapat. Anta nak cakap apa-apa?”

Suhaimi mengangguk.

“Tak. Memang adil rajaku,” kata Suhaimi sambil menyesal mengapa hari tersebut beliau enggan membantu ahli-ahli pasukannya hari itu.

“Jadi ketua, bukan bermaksud sehingga tahap menjadi sombong dan lupa diri. Ingat baik-baik,” jawab pakcik.

-END-



Walaupun menjadi ketua, janganlah bermegah & sombong diri..Tidak akan hilang segala apa yang kita miliki andai kita merendah diri, bertolak ansur & bertimbang rasa kerana kadang-kadang merendah diri itu perlu....Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi tunduk ke bumi. Jangan seperti lalang yang tinggi, mendongak ke langit tiada berisi.


Dari Mata Pena Ku;

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...