Saturday, April 18, 2009

Mee Udang Kuala Sepetang

Keadaan dlm mggu ni membuatkn aku stress..drp pulun nk buat keje bg siap, tiba2 mood trus down..tak suka tak suka tak suka nyer...punya la depressive smpai aku demam 2mggu, ubat hbs tp msh demam so terpakslah aku gi klinik 2 kali amik ubat..Then, weekand aku plan nk kluar dr KL ni (kluar dr segala kesesakan yg ada di KL nih)..so aku pn ke Kuala Sepetang Taiping Perak..nk tau kenapa aku ke sana??cuba teka aku nk buat apa... Jeng jeng jeng...aku gi mkn mee udang kt Kuala Sepetang..mmg murah la harga mee udang kt situ dr Sg Dua Penang. Harga mee udang yg ditawarkn kt situ ialah RM 6, RM 10 dan RM12. RM 6 untuk udang kolam (udang bela ler nih) manakala untuk RM10 dan RM12 adalah udang kertas (udang laut)...mmg sedap mee udang nih sbb tulah kluar dlm rancangan Majalah 3.So korang kalo nk mkn mee udang bolehlah ke Kuala Sepetang Taiping atau Sg Dua Penang..dua2nya sedap cuma bezanya di Sg Dua Penang kita boleh pilih udang sendiri sbb tulah harga pn blh tahan la..tp walaupn mee udang Kuala Sepetang nih kita tak blh pilih udang, tp udangnyer tetap besar..so korang layan jelah ek..Enjoy!!By the way, kedai pilihan aku adalah Warung Mak Teh..So koo korang nk mkn mee udang di Kuala Sepetang Taiping, korang boleh la cuba mee udang Warung Mak Teh..chewahh buat promo la plak aku nih..Happy try it!!!

Saturday, April 4, 2009

Kempimpinan bukan Satu Kedudukan

Kepada mereka yang “agung” di kalangan kita yang merendah diri & berani menunjukkan contoh bagaimana kepimpinan adalah satu pilihan bukan satu kedudukan

Ayat ini saya ambil dari dedikasi penulis buku Habit yang ke 8 kepada pembaca-pembacanya. Actually saya pinjam sekejap buku ni dari GM saya semata-mata kerana minat dengan ayat ini.. Ayat ini memberi maksud yang sangat mendalam sebenarnya cuma kita kena tafsir betul-betul & faham betul-betul apa maksudnya..Saya suka dengan kata-kata ini dan juga buku ini, so saya akan beli buku nih nanti tapi kena tunggu gaji masuk dulu kot sebab budget tak cukup la..So kepada orang-orang yang merasakan diri dia tuh seorang pemimpin yang bagus so fikir-fikirkanlah ayat nih..kalo kita nih anggap jawatan yang kita sandang sekarang nih dah terlalu besar sampai kita boleh ambil kesempatan ke atas orang-orang di bawah maka fikir-fikirkanlah, bukankah itu menunjukkan kita seorang yang mementingkan kedudukan???tepuk dada tanyalah pada hati kita sendiri, ada akal kita fikirlah apa yang tersirat & tersurat disebalik ayat itu..


Dari Mata Pena Ku;


Friday, April 3, 2009

PeRiNGaTaN



Apa yang saya nak cakap pasal peringatan ialah...ianya hanyalah tentang perkara-perkara yang saya sentiasa ingatkan pada diri saya dalam menjalani kehidupan yang penuh liku ini..Antaranya ialah:-

1. Sabar
Sentiasa bersabar dengan apa yang datang menduga & mencabar...selagi boleh bersabar, sabarlah..jangan cepat melatah & melenting..kerana sabar itu adalah separuh daripada iman..

2. Marah
Jangan cepat marah...kerana marah itu mencerminkan jiwa seseorang itu tidak tenteram..manusia marah kerana dirinya telah dikuasi oleh syaitan..so jangan cepat marah,relaks je ok..kalo kena marah sekali pun, buat relaks je..layankan jelah...kita kena kawal emosi kita, jangan kita tunjukkan emosi kita yang ekstrem pada orang kerana orang akan nampak kelemahan diri kita..

3. Stress
Jangan buat orang stress dengan kehendak/ permintaan kita atau orang stress dengan expectation kita..stress nih tak bagus sebenarnya sebab kita akan bekerja dlm keadaan yang tidak relaks, semuanya akan jadi kelam kabut & tak best...tapi kalo org buat kita stress plak, takpe layankan jelah walaupn kita stress sampai terpaksa ambil ubat stress..tapi tulah bila dah stress nih nak datang keje pun rasa malas & tak ada semangat..

4. Fitnah
Fitnah ni atau dalam ayat yang panjang, jangan membuat-buat cerita pasal orang lain kepada orang lain..tak baik tau..kalo kita tak tau, lebih baik kita pi kat orang tuh dan kita tanya sendiri kat orang tu..memang puas hati punyalah dapat cerita dari tuan punya diri..hehehe...lagi 1, fitnah nih lagi teruk daripada membunuh..

apalagi ye...banyak lagi sebenarnya tapi terlupa plak...nnti saya dah ingat saya sambung balik k...


Dari Mata Pena Ku;




PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...