Friday, June 17, 2011

Jangan Kau Pergi - OST NoraElena



tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi


Asfan - Terhenti Di Sini (OST Nora Elena)

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


Sofaz - Sesuatu Yang Berbeza (OST Nora Elena)



Sofaz - Dan Bila Esok (OST Nora Elena)

Lagu Dan Bila Esok nyanyian Sofaz ni telah dijadikan lagu tema Nora Elena yang ditayangkan untuk Slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 petang - 8 mlm. Meh kita layan video ni...



Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya


Erry Putra & Reen Rahim - Berubah (OST Nora Elena)

Lagu Berubah juga OST Nora Elena...dinyanyikan oleh Erry Putra & Reen Rahim...Reen Rahim ni aku tak tahu le sape, tapi Erry Putra ni salah seorg pelakon Nora Elena yg memegang watak sebagai Insp. Amir...Jom Kita Layannn...



P: Kau berikan ku waktu 
Untuk bersamamu meniti hari 

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu 
Tinggalkan ku sendiri 
Kelam seluruh jiwaku 

P: Ku ingin benar bersama denganmu 
Dan kau pun menjauh 
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali 
Dan kini menjadi insan yang lain 
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu 
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah 
Apakah salahku

Thursday, June 16, 2011

Teks: Rakan Sebaya - Kawan atau Lawan

 
Apa yang anda faham dan tahu mengenai Rakan Sebaya?

Definisi Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.

Persoalannya, apakah kepentingan Rakan Sebaya dalam kehidupan kita? Adakah Kawan atau pun Lawan?

Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah  akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.

Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.

Untuk pengetahuan kita semua, Rakan Sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita kerana ada yang akan cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta. Pengaruh Rakan Sebaya memang antara sebab utama yang boleh membuatkan pelajar bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin. 

NASIHAT SAYA, dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.

Selain itu, Rakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai Rakan Sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan Rakan Sebaya yang mereka ikuti kerana Rakan Sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan Sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana Rakan Sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.

Oleh itu. Pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan sayart mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli-ahli PRS hendaklah dipantau bersama  kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Pada Perhimpunan Belia 2011 di Kuching Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan bahawa kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi mengatasi pengaruh negatif Rakan Sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial.

Tuntasnya, Rakan Sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih Rakan Sebaya. Bukan semua Rakan Sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari...

 

Bz...Bz...Bz...

Hi All...dah lama tak menulis kat sini..terlalu bz sgt...nk upload gambar bercuti kat Tioman pn tak sempat...tapi hari ni alhamdulillah mcm free skit la tp masih lagi ada urusan lain...Nasib baik keje sekolah aku dah siap....nanati aku share kat sini pasal keje sekolah yang aku kena buat tu ok...korang bayangkanlah dalam 2, 3 minggu nih aku asyik bz ke sana sini settlekan apa yang patut psl kereta...psl KERETA??? jeng jeng jeng....korang tunggu jelah yer, nanti dah settle semua aku akan cerita kat sini...memang memenatkan asyik ulang-alik ke KL, Cheras & jg Bangi...ooohh yer termasuklah ke Seri Kembangan & Shah Alam...bukan takat badan je yang penat, duit pun agak memenatkan bila minyak kereta mengalir umpama air....huhuhu ;( ;( Selain itu, aku jg tgh bz dgn PROJEK BISKUT RAYA yang akan dilancarkan bermula malam ini...Alhamdulillah sample semua dah ready & sticker untuk bekas biskut raya jg dah aku siapkan...cuma flyers jelah belum buat apa2 lagi & lepas nak kena buat marketing & promotion le....Ermmm, harap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Oklah nanti aku tulis lagi kat sini yer...Nanti dah free skit aku upload gambar bercuti di Pulau Tioman...Oh ye, gambar aku ke Taiwan pada Feb hari tuh pn aku belum share lagi kat sini kan...Ok2, nanti aku share ye...sabar ye u alls....


PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...