Tuesday, December 31, 2013

Jom Raikan Tahun Baru 2014 di Menara Kuala Lumpur


Menara Kuala Lumpur akan melanjutkan waktu operasinya pada 31 Disember 2013 hingga ke jam 1.30 pagi bagi meraikan Tahun Baru 2014.


Oleh itu, Menara Kuala Lumpur menawarkan pakej istimewa ke Pelantar Pemandangan dan Pelantar Terbuka di Malam Tahun Baru dengan harga RM88.00 hingga RM199.00 seorang.

Dengan tawaran ini, para pengunjung berpeluang menyaksikan percikan bunga api dari Pelantar Pemandangan (276 meter) dan Pelantar Terbuka (300 meter) di malam Tahun Baru.

Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom dan Menara Alor Setar mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga TM dan rakyat Malaysia amnya.

Jadi, jangan ketinggalan untuk bersama-sama keluarga ke Menara Kuala Lumpur pada cuti hujung tahun ini dan pastikan anda berkunjung ke Menara Kuala Lumpur untuk sambutan Tahun Baru 2014 ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-20205444 atau layari laman web http://www.menarakl.com.my atau Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur http://www.facebook.com/officialmenarakl.


Dari Mata Pena Ku;

Monday, December 30, 2013

Masa Free untuk Update...

Assalamualaikum....

Hai you all...dah lama rasanya tak berblogging ni...almaklumlah sibuk sangat sejak dah bertukar status hehehe :) sibuk dengan kerja sebagai Researcher & juga sibuk dengan kerja sebagai seorang Isteri...Actually memang ada hajat pun nak update blog ni tapi dari sehari ke sehari lupa nak update, sampailah ke hari ni baru buka balik blog nih...Ermm di hari Isnin terakhir 2013...Nak tahu kenapa hari nih boleh nak update blog?? sebabnya tak tahu nak buat kerja apa kat office nih...report dah submit pun Jumaat lepas...kerja banyak jer nak buat tapi terus terang saya katakan saya memang tak tahu nak buat kerja apa hari nih...dari lepak-lepak berborak lebih baik rasanya saya update blog saya yang tak seberapa nih...mugkin saya boleh beri info apa sahaja pada you all semua kan...walaupun blog saya nih pelbagai yang saya share dari kisah diri sediri sampai lah ke kisah yang macam-macam...hehehehe :) oklah you all....saya nak keluar dah...kawan-kawan saya ajak keluar lunch dah..semoga kita berjumpa lagi...see ya!!

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...