Menara Kuala Lumpur akan melanjutkan waktu operasinya pada 31 Disember 2013 hingga ke jam 1.30 pagi bagi meraikan Tahun Baru 2014.
Oleh itu, Menara Kuala Lumpur menawarkan pakej istimewa ke Pelantar Pemandangan dan Pelantar Terbuka di Malam Tahun Baru dengan harga RM88.00 hingga RM199.00 seorang.
Dengan
tawaran ini, para pengunjung berpeluang menyaksikan percikan bunga api
dari Pelantar Pemandangan (276 meter) dan Pelantar Terbuka (300 meter)
di malam Tahun Baru.
Menara
Kuala Lumpur, Muzium Telekom dan Menara Alor Setar mengucapkan Selamat
Tahun Baru kepada semua warga TM dan rakyat Malaysia amnya.
Jadi,
jangan ketinggalan untuk bersama-sama keluarga ke Menara Kuala Lumpur
pada cuti hujung tahun ini dan pastikan anda berkunjung ke Menara Kuala
Lumpur untuk sambutan Tahun Baru 2014 ini.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-20205444 atau layari laman web http://www.menarakl.com.my atau Facebook rasmi Menara Kuala Lumpur http://www.facebook.com/officialmenarakl.
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment