Hi Semua,
apa khabar? Dah lama kita tak bersua kan..Almaklumlah saya bila weekend busy
dengan husband dan anak-anak, bila weekdays dah busy dengan kerja sebagai Researcher.
Ok hari ni Saya nak share dengan anda Semua 2 doa yang saya amalkan semasa saya
mengandung dan selepas saya melahirkan anak. Doa dari seorang ibu kepada
anak-anaknya nih kan berkat di sisi Allah.
Apa yang saya nak kongsi nih adalah pengalaman saya sendiri, mungkin orang lain ada cara mereka tersendiri dan pengalaman mereka sendiri. Setiap orang kan berbeza. Tapia pa yang saya nak kongsi ini moga boleh juga dijadikan panduan untuk orang lain juga, Inshaa Allah.
Semasa saya
mengandung dulu, selalunya semasa di Pejabat saya akan buka Real Player
surah-surah Al-Quran untuk saya dengarkan pada anak saya. Saya akan ambil
headphone dan letakkan headphone di perut. Memang anak saya akan aktif
bergerak-gerak bila didengarkan surah-surah Al-Quran kepada dia. Setiap kali
selepas solat 5 waktu pula saya berdoa seperti ini:-
“Ya Allah,
peliharalah annakku selama dia berada dalam kandunganku moga dia cukup sifat,
sihat dan sempurna.
Ya Allah,
keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara muda , sihat,
sempurna, pintar berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh/solehah.
Ya Allah,
perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk
membaca Al-Quran dan Al-Hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w”
“Wahai anak,
kau tabahlah di dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan..Amin..Amin..Amin..Ya
Rabbal’alamin..”
Tibalah pada hari kelahiran, maka lahirlah anak saya ke dunia dan diberi nama Nur Farah Annisa Binti Mohamad Nazri. Semasa saya berada di bilik bersalin, saya amalkan:
i. Berzikir Tasbih Yunus - La ilaha illa anta
subhaanaka inni kuntu minazzholimiin
ii. Berzikir “Rabbi
Yasir Wala Tu’asir…”
iii. Berzikir “Hasbunallahu wa ni’mal wakil”
iii. Berzikir “Hasbunallahu wa ni’mal wakil”
Nama Annisa
diambil daripada surah di dalam Al-Quran, iaitu Surah An-Nisa. Saya percaya
bila sayatelah menjadi seorang ibu maka saya perlu mendoakan anak saya yang
baik-baik kerana doa seorang ibu itu mendapat keberkatan Allah swt. Setiap kali
selepas selesai solat 5 waktu saya akan berdoa seperti ini:-
“Ya Allah Ya
tuhankku, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anakku Nur Farah Annisa.
Ya Allah, moga Nur Farah Annisa menjadi anak yang baik, solehah, berilmu, beriman, berpengetahuan, bijak, cerdik, pandai, pintar, cerdas, cergas, aktif dan berbudi perkerti mulia.
Ya Allah, moga annakku menghormati orang tua, mengenang jasa kedua ibubapanya, jasa tok dan tokwannya, mak saudara dan bapa saudaranya. Moga Nur Farah Annisa disayangi ramai, dikasihi ramai dan disenangi ramai serta mempunya rezeki yang tidak pernah putus-putus.
“Ya Allah, moga Nur Farah Annisa menjadi tali pengikat kasih saying antara ku dan suami ku dan pembawa rezeki yang tidak pernah putus-putus kepada ku dan juga suami ku…
Amin..Amin..Aminn..Ya Rabbal’alamin…”

Ok, Nampak macam
panjangkan kedua-dua doa yang menjadi amalan saya ini. Tapi cubalah anda
amalkannya, inshaaAllah Jika Allah tidak beri Semua yang anda minta, tapi pasti
dia akan berikan juga sedikit mengikut apa yang DIA kehendaki. Sesungguhnya
percatura Allah itu adalah yang terbaik dan Allah maha mengetahui
segala-galanya.
Selamat Beramal Semua...Moga Ianya BERMANFAAT untuk anda semua..
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment