Yang nih saya perolehi daripada Facebook rakan-rakan saya....Bacalah rintihan mereka....
SURAT KEPADA
NAJIB RAZAK DARI MANGSA BANJIR.
Pertama
sekali, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Seri. Kami, rakyat
Malaysia pun tengah bercuti sekarang, bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti
sebab seluruh bandar sudah lumpuh. Air di mana- mana.
Dato' Seri
baca dah kisah Dr Adibah di Hospital Kuala Krai? Ngeri betul macam ada Zombie
Apocalypse. Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.
Dato' dah
makan? Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye.
Saya dah
makan? Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah ada juga bantuan. Terima
kasih rakyat Malaysia yang tidak kira agama dan kaum menghulurkan bantuan,
berdoa dan menderma..
Saya tak
mahu cerita kisah teruk hidup saya. Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan.
Bantuan lebih susah nak masuk di sana. Entah apa mereka makan. Nak masuk pakai
apa? Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca. Bot? Hoverkraf? Kenderaan
Amfibia?
Shahidan
Kassim pernah cakap, kemampuan kita menangani banjir lebih hebat dari Negara luar.
Soalannya, di mana kemampuan itu?
Saya tak
mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri yang tidak pulang ke Malaysia
ketika bencana ini. Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini. Tapi
kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali pertama jadi kepada pemimpin
dunia.
Ingat mamat
ini? Shinzo Abe.
Dia dikutuk
teruk sebab main golf di waktu bencana tanah runtuh di Hiroshima, sama macam
Dato'. Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes macam ni, dia main
golf ketika salah seorang wartawan US dibunuh IS baru-baru ini. Obama tak ada
cakap apa-apa waktu Dato' main sekali dengan dia ke?
Kalau Dato'
Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan, dengan segala masalah negara ini di
bawah kepimpinan Dato', percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato' nampak
baik.
Apa? Obama
panggil Dato' main untuk second set?
Baiklah,
biar saya terus straight to the point surat saya ini.
1) Dato'
perlu balik.
2) Isytihar
darurat. Inilah sebabnya Dato' kena balik. TPM tak boleh isytihar darurat.
Soalan
paling besar. Kenapa masih tak isytihar darurat sampai sekarang?
Adakah kerana
Menteri Dalam Negeri, Hishamudin Tun Hussein sekarang juga di luar negara?
Adakah
kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan dalam memberi bantuan, kami tengok,
liputan TV pun tak seberapa di sana, alih-alih , gambar yang sama, nasib
baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.
Adakah aset
ketenteraan Malaysia tak cukup dan kerajaan bimbang darurat ini akan
menunjukkan kemampuan sebenar aset negara yang amat terhad.
Adakah angka
LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang dipindahkan itu MASIH TIDAK dianggap parah
untuk diisytiharkan DARURAT? Soalan akhir
itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!
3) Luluskan
geran bantuan bencana alam.
4) Cari salah
orang.
Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni
bukan tahun ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi. Soalannya.
Apa puncanya?
Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak?
Adakah sebab sistem perparitan?
Adakah sebab Global Warming?
Point inilah
yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang sebenar, bukannya dengan cara
TTPA, 1MDB.
Itu sahaja
Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir. Saya cuba untuk tak terlalu beremosi,
walau gatal kaki ini bermain air.
Elektrik
mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu terdekat sebab ada beberapa
tempat sudah mula tiada elektrik. Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang
terakhir ini untuk dapatkan perhatian Dato'.
SURAT INI
TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA.
Tak akan
sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda membuatkan surat ini viral.
Jom SHARE. Post
di Facebook. RT di Twitter.
Cakap dengan
kawan pasal surat ini. Selagi surat ini tak sampai pada DS Najib, darurat tak
akan diumumkan. Bantuan tak akan sampai. Orang yang banyak duit, boleh derma
pada mangsa banjir. Orang tiada duit? SHARE surat ini bagaikan esok tidak akan
tiba!!!
MOHON SEMUA
UNTUK SHARE YEAH MOHON SESANGAT JANGAN LIKE AJE
MOHON SHARE!!!
#PrayForPantaiTimur
#BencanaBanjir
#Banjir2014
Dari Mata Pena Ku;