Monday, February 8, 2010

Isnin 08/02/2010


Bangun je tido pagi tadi rasa tak larat sgt...dh seminggu rasa mcm nk demam dan sakit tekak tapi dalam 3 hari ni baru rasa sakit sgt2 tekak ni, tak tau la mcm mana boleh start sakit tekak..try minum air suam byk2 tapi masih perit je tekak ni, sampai bertukar le suara ku yang lembut ni jadi kasar hehe..then batuk sampai termuntah-muntah..Lps bersiap, on the way nak pergi keje tu aku pun decide nak pergi klinik dulu buat check up sbb mmg tak larat sgt..kalo aku keje pun hari ni mesti aku tido je kat ofis..Kt klinik tu aku byk senyap je, tak boleh nak ckp sgt sebab suara tak keluar..doktor tanya demam ke tak, aku tak jawab pun sebab aku tak tau aku demam ke tak tapi yang pastinya aku sakit tekak, batuk & selesema..doktor pun check suhu aku then dia cakap saya bagi ubat demam dan MC..ermm rupanya aku demam, maybe panas dalam sebab aku sakit tekak yang amat sgt..

Lepas ambil ubat, aku pun terus ke office sebab ada hal sikit..aku nak settle kan psl barang yang aku belum pos lagi tu..sepatutnya aku pos minggu lepas tapi disebabkan aku sibuk dan tak sempat so aku rasa hari ni adalah hari yg sgt sesuai utk aku settle kn apa yang patut sebelum aku balik kampung hari rabu petang..actually dari minggu lepas lagi memamg aku ada buat urusan pasal nak pos barang, sibuk aku contact sana sini tanya pasal harga per kilogram..thanks untuk sue sebab bagi contact no asia express dan pusat pos laju putrajaya..sampai je kt office aku check email, apply cuti, print itinerary ticket flight untuk balik kampung hujung bulan ni dan print alamat untuk pos barang..Oh ye, ckp psl itinerary ticket tu kn..aku nak bagitau la aku dapat beli tiket balik dari KLIA ke Alor Setar (sehala) pd 25/02 naik MAS dgn harga RM74 termasuk tax RM15..murahkan!! so korang cepat-cepatlah register kat Get-the-Deal ni..memang jimat la kalo nak dibandingkan dengan balik drive kereta, duit tol dan minyak pergi balik pun dah mencecah RM300..

Dah settle hal kat office aku pun ke pejabat pos Cyberjaya sebab nak pos barang..mula-mula tu aku just tanya je abg jaga kaunter tu kalo pos barang beratnya mcm ni harganya berapa sebab aku nak budget duit aku yang dah tinggal sikit kat dalam purse tu..semalam aku lupa nak keluarkan duit..abg kaunter tu pun kira la harga mengikut berat anggaran yang aku bagi untuk pos biasa dan juga pos laju..kalo pos laju biasanya 3 hari dah sampai manakala pos biasa pula ambil masa selama 7 hingga 10 hari bekerja..walaupun dah dapat harga anggaran tapi aku masih lagi berfikir nak pos guna apa tapi bila difikirkan balik "alaaaa pos jelah buat apa nak fikir-fikir lagi"..so aku pun isi form dan bayar..total berat barang tu 8.20kg, ish ish ish beratnya..patut la aku tak larat nak bawa...total kosnya??ermm, biarlah rahsia..cuma apa aku nak cakap aku harap segala apa yang aku buat tu dihargai, tak minta lebih pun..ermm macam tak ikhlas dan tak redha pulak bunyinya kan walaupun sebenarnya aku ikhlas..(kalo lps ni nak kena marah sebab tulis kat sini apa boleh buat kan...dh nasib badan..)

Then, drive balik rumah..memang tak larat sgt2, rasa nak tetido je sambil bawa kereta..dah la tak makan apa-apa pun dari pagi tadi..sampai rumah, makan roti sekeping then makan ubat..terus tido sampai ke petang...terjaga je tido terus teringat nak kena pergi mydin beli barang kat mak..sebelum keluar sempat la aku makan roti 2 keping dan air nescafe, tak ada selera la nak makan..pahit mulut je, tekak pun masih tak selesa lagi..On the way ke putrajaya, aku contact liza ajak teman aku keluar..so kitorg keluar ke mydin dan alamanda, beli barang apa yang patut then makan..walaupun keluar jenjalan tapi hati ni teringat je kat org tu..agaknya apa lah yang dia tengah buat sekarang ni ye..mesti seronok bercuti dan jenjalan kan..hopefully dia enjoy la dengan holiday trip dia tu..

Ok, rasanya dh settle apa yang aku nak buat hari ni sebelum aku balik ke kampung..ermm, dah penat dah mengeluarkan segala idea dan juga isi hati kat sini..kalo ada orang nak marah ke apa ke aku minta maaf la sebab kat sini adalah tempat aku meluahkan segala-galanya..so aku nak tido awal la sikit malam ni sebab aku tak berapa sihat..oh ye, tadi aku call mak..ingatkan aku je yang demam dan sakit tekak rupanya mak pun mcm tu juga...semoga mak cepat sembuh..so oklah semua, nak tido dah...gud nite semua..have a sweet dream...see you again..

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...