Friday, October 31, 2014

Khidmat Penyediaan Profil Syarikat


Assalamualaikum.
Apa khabar Semua…saya doakan anda sihat, ceria, Kaya & Berjaya.

Pernah buat profil syarikat? Atau anda menghadapi masalah buat profil syarikat?

Jika jawapan kepada soalan saya di atas ni adalah “YA”, anda jangan segan & malu kerana saya ada penyelesaiannya.
 





Saya menawarkan khidmat menyediakan profil syarikat.
Kepada yang berminat nak dapatkan khidmat daripada saya boleh hubungi saya di 012-451 4738 atau melalui email mizaamiza@gmail.com



Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, October 14, 2014

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


Berikut adalah 7 amalan zikir pembuka pintu rezeki.

Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Membaca Surat Al-IKHLA S

Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

Membaca Surat Al-WAQIA’AH

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

Melazimkan BERISTIGHAFAR

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. Inshaa ALLAH.....




Dari Mata Pena Ku;

Miza & Produk Shaklee




Saya bukan sahaja nak mempromosikan produk shaklee kepada anda...tetapi sebagai pengguna produk shaklee saya juga memang IKHLAS NAK BERKONGSI dengan anda PENGALAMAN saya selama saya menggunakan produk shaklee :) Memang Perkongsian dari hati yang ikhlas :)

Produk yang sangat berkesan dengan harga yang berpatutan. Tidak pernah mengecewakan saya & saya sangat yakin dengan produk shaklee. Dari sebelum mengandung, sampailah anak sekarang sudah berusia 7 bulan, saya masih lagi mengamalkan produk shaklee sebagai vitamin harian saya. Memang saya sangat berpuas hati :)

Jangan takut untuk mencuba kerana selagi anda belum mencuba selagi itulah anda belum tahu hasil & kesannya. Ramai yang dah rasai kesannya sendiri. Anda bila lagi?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:


Miza@Vitamin Shop Miza4u (ID 1000531)

SMS/WhatsApp: 012-4514738
Email: mizaamiza@gmail.com
Blog: http://admizs81.blogspot.com/
PM: www.facebook.com/messages/VitaminShopMiza4u/
Area: Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Dengkil, Puchong, Serdang, Perlis


Dari Mata Pena Ku;

Sujud Syukur



Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. Tetapi harus diingat bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)

Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Cara untuk melakukan Sujud Syukur tidaklah susah sangat..Tak sampai lima minit atau kurang dari 5minit..

Untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
  • BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
  • MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR?

1.  Niat.  " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. takbiratul ihram.  angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. satu kali sujud
4. bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat. Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”

5. salam sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.



Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...