Tuesday, October 14, 2014

Sujud Syukur



Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. Tetapi harus diingat bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)

Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Cara untuk melakukan Sujud Syukur tidaklah susah sangat..Tak sampai lima minit atau kurang dari 5minit..

Untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
  • BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
  • MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR?

1.  Niat.  " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. takbiratul ihram.  angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. satu kali sujud
4. bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat. Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”

5. salam sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.



Dari Mata Pena Ku;

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...