Tuesday, November 18, 2014

Asmaa Aljuned buka Franchise Boost Juice



Baru-baru ini saya bersama kawan-kawan ke D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya yang baru sahaja di buka. Sebab D’Pulze ni dekat je dengan office saya. Wahhh Cyberjaya dah ada Shopping Mall haaa…Tapi belum official launching pun, so masih banyak lagi shop lot yang belum dibuka. Tak salah saya 20 Nov 2014 ni adalah official launching D’Pulze. Saya ke D’Pulze untuk lunch bersama kawan-kawan saya. Jalan punya Jalan sebanyak lagi shop lot yang tak buka so kami memilih untuk lunch di Manhattan Fish Market. Selesai saje lunch, saya bersama kawan saya ke Boost Juice yang terletak di LGK -01A.



*sekadar gambar hisan..

Sebelum saya ke situ, saya memang ada terbaca di facebook dan juga internet yang mengatakan balu kepada Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi pembantu juruterbang MH17 iaitu Sharifah Asmaa atau Asmaa telah memulakan hidup baru dengan membuka franchise The Boost Juice di D’Pulze Cyberjaya. So masa saya kt situ memang laa Asmaa sendiri yang serve customer. Saya seperti mahu menegur Asmaa tapi saya batalkan niat saya itu. Apa yang saya boleh katakan, saya doakan kejayaan Asmaa. Moga Asmaa terus tabah meneruskan kehidupan ini dan membesarkan Abderrahman dengan sepenuh kasih sayang kerana itulah harta yang Allahyarham Hakimi tingggalkan untuk Asmaa. 

Kepada kawan-kawan yang minat dengan Boost Juice ni dan ada di sekitar Cyberjaya boleh laa singgah ke D’Pulze.


Dari Mata Pena Ku;

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...