SURAH
AL-FATIHAH
Amalkan
membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah
Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman
tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah
ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya
dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini
sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YASIN
Telah
bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan
hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca
Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca
Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah
s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan
sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun
akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta
segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam
semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan
dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni
juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca
sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat
Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat
Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayat Qursi
sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan
minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang
mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang
membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah
dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang
membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat
Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan
terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur,
bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam
diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi
Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang
amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dengan membacanya serta memahami isi
kandungan surah ini. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam sebelum tidur,
insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara
mafhumnya: “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam
Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang
membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam
Al-Qur’an keseluruhannya”. Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada
Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak
meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah
memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah
ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa
yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan
dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah
menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur,
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan
pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah
membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari
atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia,
takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas
adalah surah yang terakhir (114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata
An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah
ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi
menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik
yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah
penerang hati.
Selamat beramal semua :)
Selamat beramal semua :)
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment