Assalamualaikum Semua
Hari ni saya ingin berkongsi satu cerita
dengan anda Semua…cerita yang tiada kena mengena samada dengan yang hidup atau
pun mati…pernah tak anda Semua lalui dan alami saat-saat kesempitan hidup dan
kesusahan hidup? Pasti anda Semua pernah kan Cuma mungkin dengan cara yang
berbeza.
Ada seorang kawan saya…sebelum ini hidupnya senang, ada saja duit…jika ada sesiapa yang nak meminjam duit daripada dia pasti dia akan berikan tanpa keberatan. Dia memang jenis yang suka tolong orang..nak ke mana-mana pun tiada masalah kerana duit yang sentiasa ada. Ajak saja ke mana, mesti dia akan pergi.
Tapi kini hidupnya telah berubah. Sekelip mata terus berpusing 360 darjah. Dia kini hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Ya memang ada orang lain jauh lebih susah daripada dia, tapi dia yang tidak pernah alami keadaan sempit hidup dan susah hidup itu membuatkan saya sedih melihat keadaan beliau. Dia terpaksa meminjam duit dengan orang. Pernah sekali adik beradik juga amat susah untuk meminjamkan dia duit. Terpaksalah dia meminjam sana sini seperti peminta sedekah pun ada. Kasihan sungguh..Bayangkanlah, dia sanggup untuk tidak makan. Sampaikan roti dah expired pun dia makan saja. Apa saja makanan seperti roti reject atau dah expired dia ambik saja asalkan dia boleh makan untuk alas perut dia. Di rumah pula bila terlalu lapar dia Cuma makan nasi dan ikan kering. Memang sebelum nih dia tak pernah macam tuh. Memang tamparan hebat untuk dia.
Ya Allah, kau hadirkanlah org yang budiman
& dermawan untuk membantu dia bangun kembali dari kejatuhan dia itu dan
keluarkan dia daripada kesempitan hidup begitu. Bantulah dia Ya Allah, kerana
dia sangat memerlukan pertolongan mu.
Marilah kita sama-sama doakan dia yang di dalam cerita saya ini agar dapat keluar daripada kesempitan hidup asbab dulu dia telah banyak membantu orang…Inshaa Allah.
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment