DOA yang diajar untuk kita ketika sulit dalam
mendapatkan rezeki atau jodoh dan permasalahan yang lain. MUNGKIN
ramai di kalangan kita seolah-olah berputus asa bila berhadapan dengan masalah
menjemput rezeki, mendapatkan jodoh atau menghadapi pelbagai kesulitan yang
lain. SEMUA ini telahpun dirasai oleh Nabi Musa as. Baginda dibesarkan di dalam
istana Fir’aun, kemudian baginda lari kerana bimbang atau takut dibunuh oleh
pengikut-pengikut Fir’aun. Baginda sampai pula ke tempat yang tidak mempunyai
makanan dan minuman serta tidak pula mempunyai pekerjaan, tidak juga mempunyai
isteri dan keluarga. DI DALAM perjalanan baginda sampai ke sebuah telaga,
ketika itu ada dua orang perempuan yang ingin mengambil air di telaga tersebut.
Nabi Musa as membantu mereka, setelah itu Nabi Musa as beristirahat dan berdoa.
Disebabkan doa tersebut keadaan jadi berubah. SEKARANG ramai di kalangan kita
meremehkan doa dan hanya berpegang dengan usaha tanpa doa. USAHA dengan
disertai doa jauh lebih baik daripada usaha yang tidak disertai dengan doa.
DOA Nabi Musa ketika itu ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWTdi dalam Surah al-Qasas ayat 24:
DOA Nabi Musa ketika itu ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWTdi dalam Surah al-Qasas ayat 24:
SELEPAS BERDOA datanglah kepadanya salah
seorang wanita yang telah dibantu mengambil air di telaga tadi, dan wanita itu
berkata bahawa ayahnya memanggil Nabi Musa as untuk memberikan upah atas
sesuatu yang telah dia lakukan, tetapi nabi Musa as menolak untuk menerima upah
tersebut, dan ternyata nabi Musa as dinikahkan dengan salah seorang daripada
wanita tersebut.
MAKA MARILAH kita mbil pengajaran daripada
kisah ini dengan perbanyakkanlah doa di atas, inshaa Allah segala usaha
dipermudahkan Allah sama ada kita inginkan rezeki berupa wang ringgit, jodoh,
atau apa sahaja urusan. Sesungguhnya Allah tempat kita minta pertolongan.
Sebagai tambahan, untuk menambahkan banyak
rezeki selalulah tunaikan solat dhuha di waktu pagi antara jam 8 pagi hingga 10
pagi. Pada rakaat pertama baca Al-fatihah dan Surah Ad-Dhuha dan pada rakaat
kedua baca Al-fathiha dan Surah Al-Insyrah dan pada sujud yang akhir baca Doa
Nabi Musa sebanyak 10 kali. Dari sumber Ustaz Shafarul Abata.
Dari Mata Pena Ku;
Harrah's Hotel & Casino - Mapyro
ReplyDeleteHarrah's Hotel and Casino. 시흥 출장샵 777 Harrah's Rincon Way Rincon 통영 출장안마 Way, Funner, CA 안동 출장샵 92082. Directions · (760) 897-7000. Call Now · More 군포 출장마사지 Info. Hours, Accepts Credit Cards, 익산 출장안마