Ibu hamil mesti risau nak bersalin tambah lagi untuk kehamilan baby pertama kan? Sebab masih belum ada pengalaman lagi. Saya sendiri pun, walaupun dah masuk kehamilan yang kedua masih juga ada rasa risau dan bimbang bila memikirkan detik-detik untuk melahirkan baby. Oleh itu, jom amalkan tips berikut. Antara tips khas untuk ibu hamil yang perlu diamalkan..
- Amalkan minum air kelapa semasa mengandung dan lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan
- Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
- Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan
- Isteri mohonlah keampunan & kemaafan dari suami di atas segala dosa & kesalahan. Bagi suami, maafkanlah semua dosa isteri.
- Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
- Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.
- Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
- Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
- Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
- Gunakan teknik meneran yang betul seperti yang disarankan oleh Doktor
- Angkat kepala, dagu cecah dada.
- Mata pandang perut.
- Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).
- Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.
- Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
- Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas uols. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Then sambung teran, tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa...ada kontraksi terus push macam cara2 kat atas tadi, tak ada kontraksi relaks...
- Baca Bismillah, selawat, berzikir.
- Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan uols. Mungkin masa tu anda akan terlupa kerana sibuk tahan sakit...kawan saya cakap memang dah tak ingat apa dah kalau masa dalam labour room tu, taunya nak baby keluar cepat jer... Bila husband dah tau senanglah dia memberi panduan or buat apa2 yang patut kan? Lagi2 kalau husband tu dah ada experience few times before this...
Pemakanan ibu hamil sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu juga. Selain itu, boleh juga diamalkan Doa Maryam ini supaya dipermudahkan bersalin nanti, Inshaa Allah.
Tips:
Amalkan setiap kali selepas solat.
Doa ini lebih mujarab jika bakal ibu sendiri amalkan.
Baca dengan penuh penghayatan dan yakin dengan Allah SWT.
Selain itu juga, boleh diamalkan Doa di bawah ini supaya mudah bersalin secara Normal.
Jangan lupa untuk sentiasa berzikir, berdoa dan memohon kepada DIA yang maha Esa. Minta dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Inshaa Allah.
Dari Mata Pena Ku;
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment