Sunday, September 13, 2009

Nur Kasih @ TV3


Nur Kasih: Apakah yang sanggup dikorbankan untuk ci
nta...


Ulasan Miza:

Adam Hassan (Remy Ishak), Aidil Hassan (Fizz Fairuz) & Nur Amina (Tiz Zaqyah) adalah 3 watak besar dalam Nur Kasih selain watak Ustaz Hassan, Mak Jah, dan Katrina. Watak-watak ini cukup memberikan kesan yg sangat mendalam kpd penonton-penontonnya..Nur Kasih adalah sebuah cerita yang banyak memberikan pengajaran, teladan & juga keinsafan. Nur Kasih ini digarap dgn begitu sempurna sekali oleh pengarahnya Kabir Bhatia dan dibantu oleh lakon layar & skrip yg sgt baik, begitu juga dgn teknik kameranya. Kini Nur Kasih sudah sampai ke episod 16. Tidak sabar menunggu kedatangan Nur Kasih pada setiap Jumaat. Pengisian jln ceritanya begitu mendalam dan kadang kala menyentuh hati dan perasaan, itulah Nur Kasih.. Apakah kesudahan Nur Kasih??Sama-samalah kita nantikan kesudahannya...


Dari hati Miza:
Nur Kasih mula ditayangkan di TV3 pd 29 May 2009, setiap Jumaat 9mlm. Pd awal kemunculan Nur Kasih, aku selalu tertinggal untuk menontonnya..tp sejak aku dpt menonton Nur Kasih online di portal TV3, aku seakan-akan tidak boleh bersabar untuk menunggu episod demi episod Nur Kasih..Kredit aku untuk Nur Kasih mmg tinggi (5 bintang) kerana Nur Kasih banyak memberikan aku pengajaran, teladan & segala-galanya..begitu sarat dgn konflik & jg mesej yg tersendiri, kadang kala Nur Kasih jg menbuatkan aku menitis air mata taktala menontonnya..

Lirik OST Nur Kasih - Nur Kasih Oleh Yassin
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Nur Kasih:
Nur Kasih - Portal TV3
Nur Kasih Promo
Download Nur Kasih Link 1
Download Nur Kasih Link 2



-Miza-
"Aku seorang yang mudah rapuh jiwanya meskipun personalitinya nampak kuat.."

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...