Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 2011 & Selamat Berpuasa

Sempena Ramadhan yang bakal tiba..Saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua kenalan di atas segala kekhilafan..Moga Ramadhan kali ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati oleh Nya..Insya-allah..Selamat Berpuasa rakan-rakan, kenalan, sahabat handai, kaum keluarga :)

 Oh ye u alls...tetiba pulak aku terlintas nak share antara mesej/SMS yang aku terima daripada kawan-kawan aku sempena Ramadhan & puasa yang bermula esok hari. Ini antara message yang aku dapat:-

Jangan lupa setting NIAT, Upgrade IMAN, Download SABAR, Upload USAHA, Delete DOSA, Update DOA supaya dapatlah Redeem PAHALA banyak-banyak! Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa..

Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin, kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya...andai RAMADHAN ini yang terakhir, semoga ia yang terbaik disisi-NYA. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Naik Bas ke Kuala Linggi, Singgah Sebentar ke rumah En Musa
Nak ucap Selamat Hari Raya, raya lambat lagi..Ucap dulu Selamat Berpuasa!
Selamat Berpuasa..

Let's Welcome the beginning of Ramadhan with pure devotion to ALLAH and his highest blessings for us. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Selamat berpuasa & solat terawih..Di harap di bulan Ramadhan ini kita beroleh keberkatan dari Allah swt..Bersama-samalah kita memperbanyakkan amalan..

Good save by Malaysia's goalkeeper

Good save by Malaysia's goalkeeper during FIFA World Cup Qualifier Match on 28 July 2011. Malaysia vs. Singapore at Staduim Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia disqualified and lost the game with aggregate 6-4.



Monday, July 18, 2011

Teks: Membina Sejarah Kehidupan

Kehidupan kita pada hari ini adalah rentetan daripada sejarah kehidupan yang lalu. Maka kehidupan pada hari akan datang adalah bergantung kepada sejarah yang telah & akan kita cipta pada hari ini. Sejarah yang telah & akan terbina itu adalah bergantung kepada kita.

Siapakah kita? Kita ialah belia yang merupakan kelompok masyarakat yang sangat penting kerana belia adalah pencorak generasi akan datang. Keadaan generasi akan datang bergantung pada keadaan dan pembinaan belia hari ini. Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya sempurna, maka besar kemungkinan generasi di masa akan datang juga akan menjadi baik dan begitulah sebaliknya. Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa belia bukan sahaja bermanfaat di hari muka tetapi juga berpotensi untuk memainkan peranan yang penting semasa umur belia dan muda.

Ramai di antara kita beruntung kerana diberi nikmat pendidikan yang lebih tinggi dan nikmat harta yang melimpah ruah. Tetapi, Masih tidak terlambat untuk kita membina satu wawasan dan berusaha keras bagi mencipta sejarah yang tersendiri dan meninggalkan sesuatu bagi generasi pada hari ini. Sesuatu yang bukan hanya dilihat sebagai legacy. Namun, kita tidak akan dapat mencipta sejarah dan meninggalkan legacy, sekiranya

1. Berjiwa kecil…. tiada keyakinan pada diri sendiri, tidak mampu mengurus diri sendiri, tiada semangat 'yakin boleh', tidak berani mencuba….

2. Berakal kecil…. sibuk dengan perkara remeh, sibuk dengan masalah dari melihat peluang, tidak mampu mengekalkan idealisme yang wajar, tiada wawasan dalam hidup, pesimis …..

3. Beramal kecil….. tiada kesungguhan dalam perjuangan, mudah putus asa, lokek dalam pengorbanan, berpuas hati dengan apa yang ada, mediocre dalam semua perkara…..

Kita tidak bernostalgia dengan pencapaian generasi yang lalu, kecuali sebagai dorongan untuk kita berlumba mencipta sesuatu bagi generasi hari ini dan akan datang agar kita terus dikenang

Selagi kita masih hidup, sejarah generasi ini berada dalam diri kita dan di tangan kita.
Ini bermaksud nasib sesuatu bangsa akan bergantung pada apakah bentuk wawasan yang ada di minda belia mereka. Pencapaian wawasan berkenaan pula bergantung pada usaha keras mereka.

Oleh itu, adalah penting untuk para belia mempunyai wawasan. Wawasan ini haruslah sebuah wawasan yang besar bagi dirinya dan masyarakatnya. Belia yang tidak mempunyai wawasan ialah belia yang potensinya akan terbazir. Belia sedemikian akan terumbang-ambing hidupnya tanpa tujuan dan perancangan. Dalam banyak keadaan belia seperti ini hanya akan memenuhkan hidupnya dengan hiburan dan permainan semata-mata kerana dipengaruhi oleh hedonism Barat. Kegagalan akan bersama belia seperti ini sebagaimana ungkapan kata berikut: “One who fails to plan, plans to fail”

Masyarakat yang mempunyai belia seperti ini ialah masyarakat yang pasti akan menuju pada kehancuran. Sedangkan belia yang hanya berwawasan bagi manfaat dirinya dan hidupnya hanya dipenuhi dengan sesuatu bagi memenuhi keinginan peribadi semata-mata ialah belia yang mementingkan dirinya sendiri.

Maka jadilah belia yang berwawasan. Namun wawasan sahaja tidak mencukupi. Wawasan berkenaan haruslah didokong oleh keperibadian yang baik. Hanya belia yang berperibadi yang sesuai sahaja akan benar-benar mampu menjayakan wawasan yang di dokong oleh ciri-ciri tambahan berikut:
  •  Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam semua bidang dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
  •  Komited pada usaha untuk membangun masyarakat
  •  Mampu untuk bekerja secara kolektif dan berorganisasi
  •  Sedia memimpin
  •  Kompeten dengan keperluan semasa
  •  Berminda luas dan berfikiran global dan universal


Maka Jadilah Belia Yang Mencipta Sejarah. Belia yang bukan hanya bernostalgia dengan kegemilangan datuk neneknya atau sejarah masa lalu tetapi belia yang ‘berbangga’ dengan sumbangannya yang bermakna dan mencipta/membina sejarah tersendiri.


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, July 12, 2011

Attendance

Ohhh my god....I need to manage my attendance..that is mean my time management is not good..I must change the strategy in order to improve my time management, refer to the working attendance..so so so...adusss :( :( Before this our office implemented red color after 9am so that if we come after 8.30am the attendance still black color even our working time is 8.30am. But, Our new management decided to change the system. Yesterday we checked our attendance....goshhh, the red color more than black color...huhuhu :( arrrgghhh tak puas hati la macam ni...

Sunday, July 10, 2011

Promosi Biskut Raya 2011


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen & pemborong boleh hubungi Miza 012-322 4549. Harga ejen & pemborong kami sgt istimewa....


PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...