Tuesday, December 30, 2014

#PrayForPantaiTimur : Saluran Bantuan Mangsa Banjir

Assalamualaikum Sahabat Semua.. Jika anda ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, anda boleh salurkan bantuan anda kepada Tabung-tabung amal berikut. Jangan main sebarangan sahaja kerana di luar sana banyak yang ambil kesempatan di atas simpati rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa banjir. Bantuan anda walaupun sedikit tapi masih dapat membantu mereka. Mereka SANGAT PERLUKAN bantaun daripada kita.









#PrayForPantaiTimur
#BencanaBanjir

Dari Mata Pena Ku;

Friday, December 26, 2014

#PrayForPantaiTimur : Surat Banjir untuk Rakyat Malaysia

SURAT BANJIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Antara Bah Merah 1926 dengan Bah Besar 2014.

Kami menangis juga bumi Allah turut menangis.
Sesungguhnya tiada daya upaya untuk munulis. Sudah hampir 48jam idea untuk menulis datang, tetapi keadaan banjir di Kelantan yang terlampau teruk membuatkan hati saya sebak. Menangis.

Allahuakbar, kuatnya dugaan Allah kali ini.

Ketika status ini ditulis, Kuala Krai telahpun hampir tenggelam. Mereka disana bersabung nyawa dengan sebarang kemungkinan. Air naik sehingga tingkat 3 bangunan sekolah, hampir seluruh pedalam Kuala Krai tenggelam. Ini baru cerita di Kuala Krai.
Badai banjir tidak terhenti disini saja, malah malam tadi mula bergerak ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Air banjir betul-betul besar sehinggan Hospital Besar Raja Perempuan Zainad terpaksa dipindahkan lokasi.Siapa yang tidak sedih jika minggu lepas keluar rumah melihat anak-anak keriangan bermain dihalaman rumah minggu ini air banjir meningkat sehingga tenggelam paras bumbung.

Rakyat Malaysia,
Doakanlah kami di Kelantan . Bantulah kami seberapa segera yang boleh. Kami di sini kesejukan, kami disini kelaparan, kami disini hilang segala benda. Kami sudah hilang segalanya, tapi kami percaya segala ketentuan Allah itu ada hikmah.

Disebalik kami menangis, kami tersenyum kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami sebak, tetapi kami bangga dapat bersatu sesama penduduk saling gotong royong menolong sesama lain untuk sama-sama menyuap beberap genggam nasi sebagai alas perut.

Mangsa banjir kini dalam emosi yang ternyata paling teruk ekoran hampir 100% harta benda mereka musnah. Bayangkan banjir di Kuala Krai yang mencecah paras bumbung dan kereta yang diparking di hadapan rumah hilang dibawa arus deras air seperti hanyutnya sebatang dahan pokok mengikut arus air.

Inilah realiti.
Sehingga detik ini banjir atau Bah Besar ini sudah hampir 'menjajah' kesemua daerah di Kelantan. Pusat pemindahan di Tanah Merah juga terpaksa dipindah beberap kali ekoran air semakin naik dengan cepat.

Moga Allah ada bersama kami. Rakyat Malaysia , bantulah kami.







#‎
CopyPaste‬
dari Nukilan Pok Dogo
Untuk Kelantan FA & I Love Kelantan.
11.00 Malam
25 Disember 2014
Arus deras Sungai Kelantan.

#PrayForPantaiTimur
#BencanaBanjir
#Banjir2014
#Bah2014


Dari Mata Pena Ku;

#PrayForPantaiTimur : Surat Kepada PM Dari Mangsa Banjir



Yang nih saya perolehi daripada Facebook rakan-rakan saya....Bacalah rintihan mereka....


SURAT KEPADA NAJIB RAZAK DARI MANGSA BANJIR.

Salam Dato' Seri.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada Dato' Seri. Kami, rakyat Malaysia pun tengah bercuti sekarang, bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti sebab seluruh bandar sudah lumpuh. Air di mana- mana.
Dato' Seri baca dah kisah Dr Adibah di Hospital Kuala Krai? Ngeri betul macam ada Zombie Apocalypse. Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.
Dato' dah makan? Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye.
Saya dah makan? Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah ada juga bantuan. Terima kasih rakyat Malaysia yang tidak kira agama dan kaum menghulurkan bantuan, berdoa dan menderma..
Saya tak mahu cerita kisah teruk hidup saya. Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan. Bantuan lebih susah nak masuk di sana. Entah apa mereka makan. Nak masuk pakai apa? Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca. Bot? Hoverkraf? Kenderaan Amfibia?
Shahidan Kassim pernah cakap, kemampuan kita menangani banjir lebih hebat dari Negara luar. Soalannya, di mana kemampuan itu?
Saya tak mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri yang tidak pulang ke Malaysia ketika bencana ini. Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini. Tapi kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali pertama jadi kepada pemimpin dunia.
Ingat mamat ini? Shinzo Abe.
Dia dikutuk teruk sebab main golf di waktu bencana tanah runtuh di Hiroshima, sama macam Dato'. Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes macam ni, dia main golf ketika salah seorang wartawan US dibunuh IS baru-baru ini. Obama tak ada cakap apa-apa waktu Dato' main sekali dengan dia ke?
Kalau Dato' Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan, dengan segala masalah negara ini di bawah kepimpinan Dato', percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato' nampak baik.
Apa? Obama panggil Dato' main untuk second set?
Baiklah, biar saya terus straight to the point surat saya ini.

1) Dato' perlu balik.
2) Isytihar darurat. Inilah sebabnya Dato' kena balik. TPM tak boleh isytihar darurat.

Soalan paling besar. Kenapa masih tak isytihar darurat sampai sekarang?
Adakah kerana Menteri Dalam Negeri, Hishamudin Tun Hussein sekarang juga di luar negara?

Adakah kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan dalam memberi bantuan, kami tengok, liputan TV pun tak seberapa di sana, alih-alih , gambar yang sama, nasib baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.

Adakah aset ketenteraan Malaysia tak cukup dan kerajaan bimbang darurat ini akan menunjukkan kemampuan sebenar aset negara yang amat terhad.
Adakah angka LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang dipindahkan itu MASIH TIDAK dianggap parah untuk diisytiharkan DARURAT? Soalan akhir itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!

3) Luluskan geran bantuan bencana alam.
4) Cari salah orang.

Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni bukan tahun ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi. Soalannya.
Apa puncanya?
Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak?
Adakah sebab sistem perparitan?
Adakah sebab Global Warming?

Point inilah yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang sebenar, bukannya dengan cara TTPA, 1MDB.
Itu sahaja Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir. Saya cuba untuk tak terlalu beremosi, walau gatal kaki ini bermain air.

Elektrik mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu terdekat sebab ada beberapa tempat sudah mula tiada elektrik. Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang terakhir ini untuk dapatkan perhatian Dato'.

SURAT INI TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA.

Tak akan sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda membuatkan surat ini viral.
Jom SHARE. Post di Facebook. RT di Twitter.

Cakap dengan kawan pasal surat ini. Selagi surat ini tak sampai pada DS Najib, darurat tak akan diumumkan. Bantuan tak akan sampai. Orang yang banyak duit, boleh derma pada mangsa banjir. Orang tiada duit? SHARE surat ini bagaikan esok tidak akan tiba!!!

MOHON SEMUA UNTUK SHARE YEAH MOHON SESANGAT JANGAN LIKE AJE
MOHON SHARE!!!

#PrayForPantaiTimur
#BencanaBanjir
#Banjir2014

Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, December 9, 2014

Surah Saba' Ayat 39

Surah Saba' ayat ke-39 yang bermaksud:

"Katakanlah;  "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezekibagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya"....




Sedarlah bahawa segala rezeki di dunia ini datangnya dari Allah, kalau Allah nak bagi dan nak tarik rezeki itu hanya pada bila-bila masa sahaja yang kadangkala tak terjangkau dek akal manusia.

Bila anda melalui suatu keadaan dimana rezeki anda ditarik & hidup dalam kesempitan, maka Tenangkan perasaan anda, bersolat dan berdoalah pada Allah yang maha mendengar mohon dipermudahkan ujian ini dan diberikan jalan penyelesaian masalah anda.

Jangan lupa untuk menunaikan solat sunat Dhuha di pagi hari dan bertahajjud di malam hari, kadangkala ujian yang diberi menandakan Allah rindu untuk mendengar doa-doa hambanya yang mula lupa dan alpa di kala senang.
Dan janganlah kita kedekut untuk bersedekah kerana sedekah tidak akan menjadikan kita papa kedana. Seperti di dalam ayat di atas, telah disebutkan "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya"...Bersedekahlah semampunya, Inshaa Allah ada ganjarannya daripada Allah.

#muhasabahdiri
#dugaansetiapmanusiaitutidaksama


Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, November 26, 2014

Dulu Senang Kini Susah



Assalamualaikum Semua
Hari ni saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda Semua…cerita yang tiada kena mengena samada dengan yang hidup atau pun mati…pernah tak anda Semua lalui dan alami saat-saat kesempitan hidup dan kesusahan hidup? Pasti anda Semua pernah kan Cuma mungkin dengan cara yang berbeza.

Ada seorang kawan saya…sebelum ini hidupnya senang, ada saja duit…jika ada sesiapa yang nak meminjam duit daripada dia pasti dia akan berikan tanpa keberatan. Dia memang jenis yang suka tolong orang..nak ke mana-mana pun tiada masalah kerana duit yang sentiasa ada. Ajak saja ke mana, mesti dia akan pergi.

Tapi kini hidupnya telah berubah. Sekelip mata terus berpusing 360 darjah. Dia kini hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Ya memang ada orang lain jauh lebih susah daripada dia, tapi dia yang tidak pernah alami keadaan sempit hidup dan susah hidup itu membuatkan saya sedih melihat keadaan beliau. Dia terpaksa meminjam duit dengan orang. Pernah sekali adik beradik juga amat susah untuk meminjamkan dia duit. Terpaksalah dia meminjam sana sini seperti peminta sedekah pun ada. Kasihan sungguh..Bayangkanlah, dia sanggup untuk tidak makan. Sampaikan roti dah expired pun dia makan saja. Apa saja makanan seperti roti reject  atau dah expired dia ambik saja asalkan dia boleh makan untuk alas perut dia. Di rumah pula bila terlalu lapar dia Cuma makan nasi dan ikan kering.  Memang sebelum nih dia tak pernah macam tuh. Memang tamparan hebat untuk dia.
Ya Allah, kau hadirkanlah org yang budiman & dermawan untuk membantu dia bangun kembali dari kejatuhan dia itu dan keluarkan dia daripada kesempitan hidup begitu. Bantulah dia Ya Allah, kerana dia sangat memerlukan pertolongan mu.

Marilah kita sama-sama doakan dia yang di dalam cerita saya ini agar dapat keluar daripada kesempitan hidup asbab dulu dia telah banyak membantu orang…Inshaa Allah.



Dari Mata Pena Ku;

Saturday, November 22, 2014

Bangkit bersama Dr Azizan Osman

Kenapa seseorang itu jatuh?

Supaya dia tahu untuk BANGKIT.

Saksikan video rakaman rancangan Semanis Kurma yang telah berlangsung pada 13 November 2014 bersama tetamu undangan istimewa Dr Azizan Osman. Sebarkan pada orang lain, semoga bermanfaat.




Setiap hari saya tengok video ini untuk mencari aura positif dan mengingatkan diri sendiri. Memang ianya berkesan untuk saya.


Dari Mata Pena Ku;

Friday, November 21, 2014

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian



SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayat Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dengan membacanya serta memahami isi kandungan surah ini. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam sebelum tidur, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya”. Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Selamat beramal semua :)


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...