Monday, June 9, 2014

Selepas 2 bulan tak update...

Assalamualaikum...

Rasanya dah hampir 2 bulan saya tak update blog..Bukan sengaja tapi kali ni disebabkan oleh saya cuti bersalin selama 3 bulan..memang tak ada masa nak update blog tapi untuk facebook memang saya ada masa untuk update, jujur & ikhlas saya bagitau nih :) facebook cepat & senang untuk saya update sebab hp sentiasa ditangan. Manakala blog pula nak kena mengarang & ada mood so itu yang tak terupdate sepanjang saya cuti bersalin...mana dengan nak jaga baby, mana dengan nak melayan kerenah anak yang berumur 10thn & 4 thn, mana dengan nak urus kerja rumah lagi...memang masa tuh fully occupied sampai kan tido pun cuma sejam dua jer...inikan pula nak tambah task untuk mengarang & update blog, memang tak ada laa..tak boleh nak slot in pn, kalo nak slot in jawabnya saya tak tido laa....

Alhamdulillah dah habis cuti bersalin dan dah mula masuk keja start minggu lepas lagi iaitu 4hb Jun. Sepatutnya 2hb June dah kena masuk keja tapi disebabkan keadaan kesihatan saya yang tak mengizinkan pada ketika itu (demam, selesema, batuk, sakit kepala, sakit tekak, keletihan) dapat laa MC untuk 2 hari...so itu yang 4hb baru start berkerja :) ambik mood juga sebenarnya nak masuk keja sebab cuti lama sangat kan tapi alhamdulillah masa ada rasa nak berkerja & melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga projek...macam poyo le plak kan.. :)

So lepas nih, saya akan cuba update blog nih selalu...tak semestinya asyik bercerita pasal shaklee tapi saya akan update everything...segala-galanya..harap anda semua tak jemu nak follow blog nih & juga cerita daripada saya...okies sehingga kita berjumpa lagi...bye bye :)


Dari Mata Pena Ku;

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...