Sunday, January 10, 2016

Sumbangan untuk Baby Cahaya Amanda Penghidap Penyakit Kulit Rapuh




Saya tak nak cerita banyak-banyak malam ni. Tadi saya tengok Buletin Utama TV3, ada kisah pasal baby kena sindrom Butterfly Skin. Actually semalam pun dah keluar berita pasal baby ni juga. Hari ni ibunya minta bantuan sumbangan kerana tidak dapat menampung kos rawatan anaknya. Meruntun hati saya mendengar tangisan baby Amanda. Allahu besar sungguh ujian yang mereka terima. Tak tercapai dek akal saya jika saya diuji begini. 


Petikan dari Harian Metro
“Shah Alam: Kehidupan keluarga bayi yang menghidap penyakit kulit rapuh, Epidermolysis Bullosa (EB), Cahaya Amanda, kini semakin tertekan ekoran masalah kewangan kian meruncing untuk menampung kos rawatan dan penjagaan khasnya.

Ibu bayi malang terbabit, Suziyana Jamaludin, 32, berkata, kos rawatan dan penjagaan Cahaya Amanda, 10 bulan, kini semakin meningkat dan mereka sekeluarga tidak mampu menanggung keperluan itu.

Beliau berkata, anaknya itu bukan saja perlu sentiasa berada dalam ruang berhawa dingin, malah perlu menggunakan krim kulit serta lampin pakai buang khas bagi mengelakkan kulitnya melecet atau tertanggal.

“Anak saya juga tidak boleh terkena air paip biasa dan perlu menggunakan air suling atau air pencuci khas kerana kulitnya sangat sensitif.


“Selain itu, kulit wajahnya juga perlu sentiasa dilekatkan pelapik khas (Mepitel One) yang berharga RM300 sekotak untuk seminggu bagi mengurangkan gelembung air dan melepuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Cendana, Bukit Subang, semalam.”

Jom memberi sumbangan untuk baby Cahaya Amanda yang menghidap penyakit kulit rapuh...Boleh bank-in/transfer sumbangan anda ke akaun CIMB ibunya Suziyana Jamaludin (No akaun: 7614-35-6444). Moga sumbangan anda semua dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

Untuk yang nak melawat baby cahaya amanda & menyerahkan sumbangan, sahabat semua blh hubungi ibu cahaya amanda, Puan Suziyana Jamaludin 012-6344829. Moga niat baik kita semua dapat membantu mereka, inshaa Allah.

Jika tak dapat menyumbang, tolong viralkan post ini agar sama-sama dapat membantu...

‪#‎tolongviralkan‬
‪#‎pray4amanda‬

*Gambar ni saya captured masa tengah tengok Buletin Utama tadi
-Miza-
10 Jan 2016

Dari Mata Pena Ku;
  

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...