Kali ni saya nak cerita pasal susu anak saya. Actually tak ada apa sangat pun. Cuma saja nak bercerita. Kedua-dua anak saya, Annisa dan Azzahra minum susu formula Lactogen. Saya hanya menyusu mereka Annisa Cuma 45 hari manakala Azzahra 55hari. Bukan sengaja nak putuskan mereka menyusu tapi mereka tak mahu. Dipaksa-paksa direct feeding, nangisnya teresak-esak sampai tak ada suara. Saya pula memang tak pam pun sebab mengenangkan keadaan saya berjauhan dengan anak dan Cuma balik sekali sekala mengikut keadaan kewangan saya. Kadang 2 minggu sekali, kadang 3 minggu sekali. Seminggu sekali tu rasa macam susah nak balik sebab saya memikirkan kos balik dan keadaan kewangan saya. Walaupun sekarang ni Azzahra baru berusia 4bulan manakala Annisa 22 bulan (Setahun 10 bulan). Sepatutnya pada usia begitu, mereka perlukan lebih perhatian daripada saya tapi apakan daya dek kerana keadaan kewangan saya yang agak meruncing saya terpaksa kurangkan balik bertemu mereka. Tapi saya bernasib baik kerana anak-anak saya tinggal bersama dengan mak ayah saya.
Anak-anak saya ni saya bagi minum susu Lactogen. Ada yang mengecam saya kerana bagi susu formula yang murah. Ada yang bertanya “Kenapa bagi Lactogen? Cuba try Ducth Lady ke Dumex ke. Saya bagi susu Lactogen kerana harganya yang murah, sekotak RM11 paling mahal pun untuk yang sekotak 350g. Sebabnya saya pun memikirkan keadaan kewangan saya juga. Itu pun kadang pernah satu ketika dalam bulan November 2015 lepas, mujurlah ada sahabat baik saya sedekah susu untuk anak-anak saya. Alhamdulillah cukup stock susu untuk anak saya selama sebulan untuk Annisa manakala 2 minggu untuk Azzahra sebab Azzahra kuat minum susu. Bayangkanlah susu harga semurah tu pun kadang saya tak cukup duit untuk membeli, terpaksa meminjam dengan kawan. Nasibalah kawan saya memahami keadaan saya. Inikan pula saya nak bagi susu yang harganya lebih mahal daripada susu Lactogen tu. Kalau anak-anak dengan mak saya, mak saya dahulukan dulu duitnya untuk beli susu anak-anak saya jika susu anak-anak habis sebelum saya balik berjumpa mereka. So kiranya susu Lactogen ni mudah untuk mak saya beli sebab harganya yang murah dan senang nak dapat di kedai-kedai runcit yang berdekatan rumah mak saya.
Lagi satu, adik ipar saya bagitau “susu Lactogen ni adalah susu murah yang berkualiti dan bagus”. Keluaran Nestle kan, takkan laa Nestle nak keluarkan produk yang tak berkualiti pula kan. Pada saya belum pernah ada kajian lagi minum susu Lactogen ni anak-anak tak bijak laa, kurang pandai laa. Saya tengok anak saudara saya ok je minum susu Lactogen ni. Annisa pun sama juga. Bijak atau tak pandai tu depends apa doa setiap ibu. Nak anak pandai dan soleh/solehah, kenalah berdoa banyak-banyak kepada Allah kerana doa seorang ibu tiada hijab dan sangat mustajab. Doktor pun pernah tanya saya, anak minum susu apa? Saya kata “Lactogen. Kenapa Doktor tak ok ke?’. Doktor kata ok je. So pada saya tak salah pun saya nak bagi anak saya minum susu Lactogen tu. Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya tak teruskan breast feeding je, lagilah jimat tak perlu beli susu pun. Bukan tak boleh nak breast feeding tapi nak beli pam & accessories untuk breast feeding pun saya kurang berkemampuan. Lagipun untu saya buat stock susu tu agak sukar dengan keadaan saya berjauhan dengan anak-anak.
Pada saya, minumlah susu apa pun janji anak tak kelaparan dan tak kehausan dan yang penting membesar dengan sihat dan jayanya. Bersyukurlah kerana ada ibu-ibu yang terpaksa memberi air kosong kepada baby nya dek kerana kesempitan hidup. Tepuk poket fikirkan kemampuan sendiri. Hanya kita jer yang tahu kedudukan kewangan kita macam mana. Tak gitu…
*Nota kaki: Jangan kencam saya kerana life saya dahulu tak sama dengan life saya sekarang.
*Nota kaki: Jangan kencam saya kerana life saya dahulu tak sama dengan life saya sekarang.
Dari Mata Pena Ku;
silakan :)
ReplyDelete