Tuesday, July 7, 2015

Resepi Miza: Ikan Singgang Perlis

Hari tu balik Perlis, rutin seperti biasa…keluar ke market bersama anak-anak. Pergi beli ikan kembung, tengok ada ikan kekek..so ape lagi, memang Balqis nak beli laa… Suka sangat dia dengan ikan kekek ni.

Sebelum saya balik ke KL, Balqis request nak makan ikan kekek. “Mama, adik nak makan ikan tu…mama masak laa ikan yang adik beli tu”…So dalam kepala saya memang fikir nak masak air je (bak kata org Perlis) atau pun dalam bahasa yg lebih mudah orang lain faham Masak Singgang Perlis Style. Haaa gitu uollss…alaaa masak rebus-rebus je..mmg simple dan cepat je siap. Teringat dulu-dulu masa saya kecik, memang inilah juga yang mak saya masakkan untuk saya dan adik-adik. Makan dengan nasi panas-panas & sambal belacan atau air asam, memang bertambah-tambah nasi banyak kali.

So kat sini saya share kan resepinya. Resepi ni memang dari saya sendiri. Mungkin uollss boleh cuba. Untuk ibu-ibu dalam pantang pun boleh juga, sangat sesuai…Boleh laa dimasukkan dalam senarai resepi ibu berpantang nanti kan.

Bahan-bahannya seperti kat bawah ni:
4-6 ekor ikan kekek
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2-3 asam keping/asam gelugor
5-10 biji kacang bendi (ikut laa nak letak banyak mana)
3 gelas air (jika nak kuah banyak, boleh masukkan banyak air)
Garam secukup rasa.

*2-3 biji cili hijau kecil (org utara panggil cabai Melaka) – untuk cili ni siapa yang suka pedas boleh letak. Tapi saya tak letak sebab saya masak untuk anak-anak, takut pedas pula.
*Terpulang jika uollss nak menggunakan ikan jenis lain.

Cara-cara memasaknya pula:
  1. Ikan kekek dibuang perutnya & dicuci bersih darahnya. Kemudian di rendam beberapa ketika di dalam air perahan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
  2. Setelah itu, hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Cuci asam keping. Serai di ketuk.
  3. Panaskan kuali dan masukkan air. Ikut kepada kehendak masing-masing, jika nak kuah banyak, boleh masukkan banyak air.
  4. Setelah air mendidih masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan serai yang telah diketuk (dititik).
  5. Kemudian, masukkan ikan kekek.
  6. Selepas itu masukkan kacang bendi dan asam keping. 
  7. Masukkan garam & perasa secukup rasa.
  8. Bila semuanya dah masak (kacang bendi jangan dibiarkan terlalu masak sehingga lembik/layu), boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Seperti biasa, saya belanjakan gambarnya. Inshaa Allah sangat mudah. Cepat di masak, cepat di makan. Selamat Mencuba!

Pssstt...ikan tu suami saya yang tolong siangkan. Kalo saya yang siang, memang lain sikit laa...


Dari Mata Pena Ku;

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...