Apa ade dgn 6 Jan?? mungkin pd org lain ada pelbagai cerita dan kisah suka dan duka, so begitulah jg dgn aku nih..pd 6 Jan 2007 kwn aku dpt baby sulung,baby girl..tetapi ape yg aku nk cerita sebenarnya ialah aku telah kehilangan kwn/rakan/sahabat/teman baik aku (Allahyarham Khairul Syafiq Bin Hashim atau lbh dikenali sbg khai) utk selama2nya pd 6 Jan 2001..dh 8thn kwn baik aku nih telah meninggal dunia. arwah meninggal kerana ada darah beku di dlm otaknya, doctor tak sempat nk buat operation pn..dia excident kt shah alam pd 4 Jan..
alkisahnya, seminggu sebelum dia terlibat dlm excident dia ade call aku (dia ni walaupun bkn pakwe aku pd ketika itu tp dialah yg selalu contact aku)...lama jg la kitorg berborak dan ayat yg paling aku ingat skali bila dia marah aku dia kata "hang nih selalu tembak aku,sib baik aku tak mati"..time tu tembak nih maknanyer slalu buat misscall..aku dgn dia slalu bercontact2, kalo ade syiling lbh2 aku call mak aku ke pakwe aku ke mesti aku akan call dia walaupun aku ade 20sen..hehehe..call guna public phone je sbb masa tuh aku kat selatan tanah air tgh sambung belajar di salah sebuah universiti di skudai dalam thn yg kedua jurusan sains fizik industri..itulah kali terakhir aku berckp dgn dia..slps tu aku dh tak der contatct dia lg sbb bz study..
Pd hujung minggu 6 Jan kalo tak salah aku hari sabtu aku dpt call dr kwn aku, mat (Mohd Khusairi). Aku tgh bersiap2 nak kluar outing dgn coursemate aku ke JB..Mat call bgtau kt aku kata "Miza, khai dh meninggal"..time tu pkl 10pg..ish biar betul le mat nih..aku pn tanya, "btul ke mat,hang jgn nk tipu aku..aku baru je ckp dgn dia 2,3hari lepas"..mat bgtau kt aku, arwah excident kt shah alam time dia on the way nk blk umah sewa dia dr kampus politeknik shah alam..aku pn jd mcm percaya dgn tak je dgn cerita mat nih.so disebabkan aku tak puas hati aku pn call amran tanya btul ke tak, dan jwpan yg aku dpt khai dh meninggal..Spanjang aku kluar ke JB, aku asyik pikir je btul ke dia dh meninggal..aku mcm tak percaya dan tak bleh terima..aduh, dialah org yg paling baik dgn aku dan dia byk menyimpan rahsia2 aku..huhu..ada jg kwn2 aku yang mengungkit, "tulah hang tak nk terima cinta dia dlu"...apelah kwn2 aku nih
Bila cuti semester pn tiba (kalo tak salah aku time thn baru cina), aku pn blk kampung..aku ajak kwn2 sekelas aku buat reunion and gi melawat keluarga arwah..kitorg semua mmg rapat dgn keluarga arwah..Ayah arwah, Cikgu Hashim bgtau mcm mana dia blh excident. dia terlanggar lori ais dan tercampak ke lane paling kanan..keadaan arwah mmg parah ketika ni..yang aku paling sedih, bila kwn2 dia minta tlg dr org2 yg lalu lalang kt situ utk membawa arwah ke hospital tp tak ada siapa pn yg peduli..smpailah ade seorg cina dtg menghulurkan bantuan, dan arwah dibawa ke hospital tunku ampuan rahimah klang. 2hari dia di hospital dan akhirnya arwah pn menghembuskan nafas yg terakhir..Cikgu hashim tunjuk kat kitorg semua helmet yg dipakai oleh arwah, tak der pn kesan calar..pastu cikgu hashim kata dia dh jual motor arwah kt shah alam, dia tak nk bwa blk perlis sbb tak nk kwn2 teringat bila nmpk motor tuh..erm, btw aku tak penah pn lupa no plate motor tuh..still ingat smpai skang ni..after borak2 kitorg gi kubur arwah kat area arau then kitorg pn bersurai lah..
Nilah cerita yang dh 8thn berlalu..setiap 6 Jan pd setiap thn aku mmg akan teringat kisah duka nih kerana aku telah kehilangan seorg kwn/sahabat/rakan/teman baik aku..tp walau apa pn aku sntiasa mendoakan arwah ditmptkan di kalangan org2 yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat..
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian
PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...
-
Mengandung kali ni banyak betul dugaan dan pengalaman serta cerita-cerita yang tersendiri yang saya sendiri tak dapat nak lupakan. Ok k...
-
Kali ni saya nak cerita pasal susu anak saya. Actually tak ada apa sangat pun. Cuma saja nak bercerita. Kedua-dua anak saya, Annisa dan Azz...
-
DOA yang diajar untuk kita ketika sulit dalam mendapatkan rezeki atau jodoh dan permasalahan yang lain. MUNGKIN ramai di kalangan kita se...
No comments:
Post a Comment