Friday, March 27, 2009
Good News...
1. QFN Packaging
Hari selasa 24032009, i got the QFN package device...wahhh excited giler aku..sbbnyer aku involve dlm keje2 yang berkaitan dgn information utk packaging.Actually kitorg outsource QFN tp data semuanye kitorg yg sediakan...labeling mmg jelas kalo tgk dgn naked eye...rasa puas hati sgt sbb aku yg buat labeling QFN nih..heheh
2. Power Amplifier Performance
Semalam aku minta tlg nizam measure power performance utk semua power amplifier aku..so hari nih aku dh compile resultnye..so smile lg sbb dh complete smua result power amplifier, S-parameter dh ada power performance dh ada..so bleh la publish paper byk2 lps ni even aku dh ada 2 paper menanti utk disiapkn..
Itulah antara good news aku dlm this week..happy always, smile always..1 penutup minggu yang sgt bagus utk aku..hope next week akan ada good news lg..
Wednesday, March 25, 2009
3 Principles for a Success Design
By the way, nilah keje aku skang nih..design circuit..i will develop my expertise in IC design..
News: Actually today aku tak berapa sihat...sakit kepala & sakit tekak, mungkin juga demam..agaknye sbb aku terlalu work hard kot sbb lps blk dr ofis aku trus smbung buat keje ofis kt umah plak..
Friday, March 20, 2009
Kursus Motivasi..
Aku & penceramah kegemaran aku..
-"kita bukan gagal, tapi belum berjaya lagi.."
-"Saya tidak mahu berjaya, tetapi saya mahu sangat berjaya"
Thursday, March 19, 2009
Kategori Manusia
1. Orang yang Berjaya (Beruntung)
- Hari ini lebih baik daripada semalam
2. Orang yang Terpedaya
- Hari ini sama seperti semalam
3. Orang yang Celaka
- Hari ini lebih teruk dari semalam
*petikan dari ceramah Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Kursus Motivasi ‘Transformasi ke Arah Peningkatan Kualiti dan Produktiviti’ pada 19/03/2009 @ TMR&D
Tuesday, March 17, 2009
Maggi Kari Sup
*aku tau maggi nih tak bagus utk kesihatan tp aku mkn maggi nih pn sekali sekala je
Monday, March 16, 2009
Demam ke tak??
#update 17/03/09
So perkembangan aku hari ok dr semalam..ada semangat & segar utk bekerja..
Friday, March 13, 2009
Balik Kampung
Day 1 Sabtu: Aku bgn pagi seperti biasa, pastu main dgn Erfan jap..actually erfan tido lg masa aku bgn tp aku nih kaco dia smpai dia bangun jg..Then, mandi & siap2 gi market nk breakfast dgn adik2 & adik ipar aku..seperti biasa aku order mee kuah & teh ais..dok kat market tu smpai pkl 10.30am pastu blk umah jap siap2 lg sbb nk kuar gi padang besar plak dgn dorg..kt padang besar aku cuma beli kerongsang jer RM10 pastu aku beli t-shirt polo kt Erfan..on the way blk aku sempat la amik gambar ladang tebu, sekeping jelah pn sbb adik aku tak berhenti pn utk bergambar..petang plak slps aku bgn tido aku kluar dgn adik aku gi survey rak tv..
Day 3 Isnin: Hari ni aku tak kluar gi market, mak yg belikan sarapan..lps sarapan aku kemas2 umah & kwsan luar umah..penat sgt ler mengemas sib baik adik aku tolong..lps tuh kluar dgn siti lg tp kali nih kitorg gi main bowling kat Jitra Mall..main 2 game jer, saje suka2..hehe
Erfan & bantalnyer..
Nilah aktiviti2 aku sepanjang aku bercuti kt kampung..mmg terisi btullah cuti aku kali nih smpaikan tak buat pn keje ofis..slalunyer blk kampung aku sempat le jg buat keje ofis tp kali nih mmg tak pun cuma buka ADS & copy design file je..
Renungan: Sifat Marah Cermin Jiwa Tidak Tenteram
Penulis asal: Aminudin Mansor
"Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan"
SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut. Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah.
Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh.”
Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata, “Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya.”
Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata, “Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
1. Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami menurut apa yang kami sukai.
2. Apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.
3. Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu.
Sementara itu, Abdullah bin Mas’ud berkata, “Perhatikan sifat lemah-lembut seseorang ketika marah dan perhatikan sifat amanahnya ketika dia rakus! Pengajaran yang diperoleh daripada sifat lemah-lembutnya apabila dia tidak marah dan dengan sifat amanahnya apabila dia tidak rakus.”
Diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz menulis surat kepada wakilnya, “Anda tidak (harus) menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ketika anda marah. Tahanlah orang itu dulu dan apabila perasaan marah itu sudah tenang, maka keluarkan orang itu dan jatuhkan hukuman mengikut dosanya (kesalahannya) dan anda tidak menghukum lebih daripada lima belas kali sebat.”
Saidina Umar Al-Khattab dalam pidatonya selalu berkata, “Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang mengawal dirinya daripada kerakusan, hawa nafsu dan kemarahan.”
Abdullah al-Mubarak ketika menjawab pertanyaan supaya memberikan kesimpulan mengenai pengertian budi pekerti berkata, “Meninggalkan marah..”
Wahab bin Muhaib berkata, “Kufur itu terdiri daripada empat faktor iaitu marah, nafsu syahwat, bodoh dan tamak.”
Kesimpulannya, dalam apa juga keadaan dan situasi, kita sebagai umat Islam mestilah dapat mengawal sifat marah yang boleh merosakkan sesuatu.
Friday, March 6, 2009
Picture @ Berita Minggu
Monday, March 2, 2009
SeDiH... :(
And then what happen to me is saya sedih sangat2...Rasa nak menangis..Nasib baik kat office, kalau kat rumah rasanya dah banjir dah rumah saya tuh...saya rasa sedih sangat sebab saya masih di sini, masih di kerusi empuk saya ni, masih dengan kerje2 saya yang entah bila akan habis...kawan2 seangkatan saya semuanya dah further study oversea...Ijan & Rom, Wawa & Din, Rozana & Sobri...dan member yang lain..ramai sangat kat sana, & ada juga nama yang saya lupa tapi muka dorang saya still lagi ingat..arrggghhhhh jelesnya saya...Faiz pun dah buat PhD, Ann akan buat lepas ni huhuhu...Saya graduate dulu dari dorang tapi dorang dah buat PhD pun..saya chatting dengan Faiz mengadu kat dia, menyampah je tau si Faiz nih...tapi ada la juga dia encourage saya to continue study & ada juga la dia menjeleskan saya..tak sudah2 nak jeleskan saya..saya frust dengan diri saya sendiri..kenapalah saya tak ambil SLAB tu ek, kenapa kenapa kenapa??? Adakah kerana ketika itu saya baru 2 bulan bekerja??? huhu..sedihnya, kawan2 saya dah buat PhD tapi saya masih lagi ketinggalan di sini..hopefully satu hari nnti akan ada juga peluang untuk saya sambung belajar..insya-allah...
PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian
PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...
-
Mengandung kali ni banyak betul dugaan dan pengalaman serta cerita-cerita yang tersendiri yang saya sendiri tak dapat nak lupakan. Ok k...
-
Kali ni saya nak cerita pasal susu anak saya. Actually tak ada apa sangat pun. Cuma saja nak bercerita. Kedua-dua anak saya, Annisa dan Azz...
-
DOA yang diajar untuk kita ketika sulit dalam mendapatkan rezeki atau jodoh dan permasalahan yang lain. MUNGKIN ramai di kalangan kita se...