Monday, November 30, 2009

Kemalangan di Jalan Kangar - Alor Setar

29/11 telah berlaku kemalangan jalanraya di Jalan Kangar-Alor Setar, Kangar Perlis pd lebih kurang pkl 2.30 ptg. Kemalangan yg melibatkan sorg meninggal di tempat kejadian dan 5org cedera.

Beberapa minit selepas berlakunya perlanggaran...gambar ini telah dirakamkan sendiri oleh anak mangsa yg jg turut terlibat dlm kemalangan ini..


Beberapa jam selepas berlakunya kemalangan..gambar ini diambil oleh adik & jg cousin aku yg telah bergegas ke tempat kejadian. Pd ketika ini aku berada di bahagian kecemasan hospital menunggu perkembangan mangsa kemalangan.


Semasa blog ini ditulis, mangsa yg merupakan cousin aku telah pun keluar dr wad Hospital Tunku Fauziah Kangar pd 29/11.


-to be updated later-

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha 2009


Salam Aidiladha kepada seluruh umat islam. Alhamdulillah kita masih lagi berkesempatan untuk meraikan Aidiladha pada thn ini. Bersama2lah kita menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., Siti Hajar, Aisyah, dan juga org lain termasuklah ibu bapa kita sendiri. Sesungguhnya setiap pengorbanan yg dilakukan adalah tidak ternilai harganya dan mmg diredhai. Kepada yang memandu utk pulang ke kampung, berhati2lah semasa memandu..ingatlah org yg tersyg..

Wednesday, November 25, 2009

Balik Kampung...


Salam All...
Rasanya dh lama tak update blog sbb busy siapkan design work and EM simulation..Alhamdulillah finally aku dh siapkan semua EM simulation sebelum bercuti balik kampung. Now, aku dah ada kat kampung pun. Semalam aku bertolak balik lebih kurang dlm pukul 6.15 pm dari ofis. Dlm pukul 12.15 malam aku pun selamat sampai kat rumah mak ayah ku di Kangar Perlis, itu pun aku dah berhenti 3 kali untuk ke toilet dan juga isi minyak kereta. Oklah nanti kalo ada idea nak menulis aku akan update blog ni lagi ye...

(ps: gambar di atas tu hanyalah gambar hiasan semata-mata)

Monday, November 16, 2009

ReUnioN..


Salam Kepada kengkwn BAKA yg baca blog ni,

Kitorg dh plan nk buat reunion pd hari raya haji nih tp di atas sebab2 yg tak dpt dielakkan reunion tersebut tpaksa ditangguhkan ke 1 tarikh yg lain...Mat ada hantar message kt aku, minta aku inform kat korg semua. So aku dh send message kt dlm facebook dan ada jg yg aku hntr message kt hp. Mat kata lg nk buat reunion nih kena plan btul2 la, tak bleh nk main terjah mcm tu. Segala kesulitan amatlah dikesali..kalo ada reunion nih dptlah kita bkumpul ramai2 kn, mungkin ada yg dh 10thn tak jumpa kn..dptlah mengeratkn silaturrahim antara kita. Kalo tak salah aku kita semua nih dh 15thn dh berkwn kn, uissshhh 1 tempoh yg mmg aku sndiri pn tak sangka..

Tp kpd kengkwn yg mmg ada balik beraya kt Perlis, hrp dptlah inform kt kengkwn yg ada kt Perlis mana tau kot2 kita bleh jmpa & lepak2 minum kat tepi pantai...heheheh :) Oh ye, sblm aku lupa...Potek panggil mkn kenduri dia 6/12 kt rumah dia kt Beseri. Sape2 yg ada masa free tuh boleh lah pi makan kenduri umah dia & sampaikan salam aku pd dia. Aku tak dpt nk pi kenduri potek sbb aku nk ke singapore....Oklah ye :)


Sunday, November 15, 2009

RiNDu...oh RiNDu....




Rindu bertamu lagi di dalam hati...
Sukarnya utk dimengertikan & diungkapkan..
Sering rindu datang tanpa diundang
Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera..
Arrrgghhh rindunya aku...
Wahai laut...bawalah rindu itu jauh-jauh ke dasarmu..
Aku lebih rela membiarkan rindu itu berlalu pergi...



Actually, aku tgh baca novel "Biar Rindu Berlalu" oleh Sharifah Abu Salem...dah lama rasanya aku biarkan novel tuh kt rak je..ntah bila nk dihabiskan, baru chapter 29..so, disebabkan hari ni aku tak ada buat apa so aku pn layan la kejap novel ni..hopefully aku dpt la hbskn novel nih secepat mungkin sbb ada byk lagi novel yg aku blm habis baca..itulah terlampau busy sgt kn dgn keje..

"Kerinduan...ia indah, ia resah. Ia melukakan, ia juga membahagiakan.."


Sunday, November 8, 2009

Suratan Atau Kebetulan


Erm, tetiba rasa nk jiwang sikit di hujung minggu..so kita layan jelah ye lagu suratan atau kebetulan nih...walaupun lagu nih lagu lama..

Sesuatu yang tak disangka

Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Friday, November 6, 2009

Tak Sihat..



Hari nih tak berapa sihat sgt...sakit kepala, sakit tekak, batuk & jg demam..nasib baik la batuk tak teruk sgt, cuma mulut nih rasa pahit je..nk termuntah pn ada jg..nape ntah nye, tetiba plak jd mcm ni..dh le byk keje yg nk kene buat & siapkn..pg2 td sebelum pergi keje aku ter smack down pintu bilik air kt umah hehehe...sakit jg la siku nih haaa tp ala sikit je pn, masih boleh buat keje & jg mkn..

Erm, kepala masih lg pening2 nih...berpusing2 je kepala nih haaa. cakap dgn org pn tunggang langgang je...nape ntah rasa nk termuntah nih, agaknya angin kot kn sbb smlm aku kena gastrik..aku harap esok aku akan kembali sihat seperti biasa..


Istikharah..


Apabila berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat keputusan, sama ada keputusan yang segera atau tidak, sering kali kita tidak dapat menentukan keputusan yang terbaik ataupun sering menjadi buntu untuk memilih. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Istikharah dilakukan oleh seorang hamba agar hamba bertawakal kepada Allah dan menyerahkan urusannya kepadaNya untuk dipilihkan yang baik di mana pun ia berada.

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan ilmuMu pilihan yang paling tepat, aku memohon kekuatan kepada-Mu dengan kemahakuasaan-Mu, aku memohon KurniaMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah yang mengetahui perkara ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku (dunia dan akhirat) maka tetapkanlah dan mudahkanlah. Sesungguhnya apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatknya terhadap diriku (dunia dan akhirat) maka jauhkanlah perkara ini dariku dan jauhkan dariku darinya. Tetepkanlah kebaikan untukku di mana pun aku berada, dan jadikanlah diriku redha menerimanya."


Andai kata dengan hanya sekali mendirikan solat istikharah kita belum mendapat sebarang tanda kebaikan, ulanginya kali kedua dan seterusnya. Di kalangan ulama ada yang berpendapat bahawa ulangi solat teresebut hingga satu minggu. Setelah melakukan solat istikharah, apabila solatnya dilaksanakan dgn kesungguhan & keikhlasan, diharapkan akan memunculkan kecenderungan & kemantapan hati. Allah Taala buka pintu hati kita dengan istikharah itu, dengan keyakinan yg kuat, ada ketikanya Allah kurniakan melalui sahabat yang ikhlas. Dalam perbualan ditakdirkan sahabat itu menyentuh perkara tersebut, lalu terjawablah istikharahnya kepada Alah SWT. Ada kalanya Allah Taala kurniakan petunjuk melalui mimpi dengan jelas, diceritakan secara nyata dan fahamlah melalui mimpi itu. Ada ketikanya mimpi itu memerlukan 'ta'bir' melalui orang yang arif tentang rahsia mimpi.


"Berikanlah aku yg terbaik di mana jua ia berada dan jadikanlah aku redha dgnnya"


Dalam setiap perkara, kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan apa yang akan terjadi. Tugas kita ialah memohon kebaikan daripada Allah dan memohon supaya diberi petunjuk dan dibimbing dalam membuat sesuatu keputusan. Insyaallah, setiap keputusan yang diambil selepas istiqarah, merupakan keputusan yang sebaik-baiknya. Yakinlah, ketika kita melibatkan Allah didalamnya, apa pun hasilnya pasti adalah yg terbaik bg kita & Allah pasti redha kpd kita.


Monday, November 2, 2009

Mengomel..Membebel..


Hari ni keletihan sgt...mata pn letih, mental pn letih...tak larat nk zoom in, zoom out..scroll up, scroll down...letih mata mokcik nih dibuatnye...dgn email yg bertalu-talu dr trainer taiwan tuh, jenuh nk reply..email tuh mmg menghantui mokcik dr smlm lg...gelisah dibuatnya, sampai nk tido pn tak boleh..sampai pkl 2pg terpusing kiri terpusing kanan tp mata tetap tak boleh nk lelap..siap bangun mkn roti, minum air twister sebotol, tgk tv..then dlm pkl 2 lbh barulah aku tetido, dh la tido tuh plak asyik terjaga je..hari ni dr pg sampailah ke petang aku settlekan psl design file dlm ADS, kena modify kt layout..lps dah siap modify, nk kena export layout file tu ke GDSII file plak..finally aku dpt la submit semua design files kt trainer tuh even aku dh submit pn kt dia masa hari sabtu lps..

Before blk keje td, aku sempat la jg buat layout input matching network gain block kt dlm Sonnet..import GDSII file dr pg td lagi tp disebabkn nk settle psl file2 yg trainer nk tuh terpaksalah tggu sampai lewat ptg baru boleh buat layout dlm Sonnet..yg susahnya bila import file nih sbb kita nk kena define dielectric layers tuh betul2 ikut process fabrication..nasib baik la aku ada knowledge and experience in process integration..apa yg ada dlm Sonnet mesti sama mcm dlm layout ADS..dh siap define dielectric layers yg aku sendiri pn tak confirm lg betul ke tak cara aku tuh, so aku proceed ke bahagian analyze project...huhuhu rasa mcm nk menangis pn ada jg sbb tak bleh nk run..5,6 kali aku check apa masalahnya..port luar dr box la, cell size kecik sgt la, thickness tak define la and mcm2 lagilah..tp aku bersabar la jg sampailah aku boleh run td sebelum aku blk keje..masa aku nk blk td, simulation baru 0%..tak tahulah berapa lama masa yg simulator tuh amik utk simulate layout input matching GB tuh sampai siap.

Dlm pkl 8.45pm barulah aku blk keje..on the way blk ke rumah, aku call mak..saje je call mak, rasa mcm dh lama tak ckp dgn mak pdhal baru je ckp dgn mak dlm 2hari lepas. Mcm biasalah mak membebel blk keje lewat..mak ckp "kalo dh dok blk keje lewat mcm nih, bila ntahnye nk kawin..." aku pn gelak jelah, then aku jwb "ala mak...nnti dh kawin tak adalah nk balik keje lewat2 mcm nih...tau lah nk balik keje awal.."..pastu mak pn gelak..Lately nih kalo call mak, mak asyik bising psl kawin..mak suruh pikir psl kawin sbb katanya thn depan aku dh masuk 29thn..so aku kena start pikir psl kawin la skang nih..ayah plak suruh aku blk mandi bunga, lawak betul la ayah nih kn..risau betul mak ayah aku nih tgk aku yg masih belum kawin lg..Eh, tetiba plak aku masuk cerita psl kawin...tp kn bg org bujang yg mcm aku nih mestilah ada keinginan nk kawin kn..Erm, bila eh aku nk kawin?? thn ni?? thn depan??? ish kalo thn nih sempat lagi ke, ada 2 bln lg sblm masuk thn baru 2010..tp kalo dh sampai jodoh tuh, dh tak kira dh 2 bln lg ke ape..kalo thn depan plak sempat la nk plan dan manage everything kn..tp tuh la kena tunggu org masuk meminang le kan barulah tau bila akan kawin hehehehe :) (ish mcm mana aku boleh cerita psl kawin nih...confuse aku)

Penat dh nk mengomel...membebel...tp dengan menulis nih dpt la kurangkn sikit beban kt kepala nih yg dh tentu2 byk lagi masalah lain yg nk dipikir..Last but not least, esok sampailah ke hujung bln 11 nih maka bermulalah life aku dgn labtop kesayangan aku...mungkin aku terpaksa korbankn masa weekand aku tp kalo aku boleh manage very well so tak payah la aku nk korbankan weekand aku tuh...so still boleh ada time weekand mcm org lain...hopefully..ermm, oklah tiba masanya utk aku melelapkn mata ku ini..gud nite all :) have a sweet dream..


Teman...


Teman...

Belum pernah ku temui
dan ku kenali teman sepertimu..
Dikau telah banyak memberi kegembiraan
dan kebahagiaan kepada ku..

Teman...
Di sini kita telah ditemukan
dengan satu matlamat yang teguh
dan di sini jugalah terjalinnya talian persahabatan yg kukuh antara kita..

Teman...
Dikau adalah segalanya bagiku..
Tanpamu..
Diriku sepi dan sunyi..
Hanya satu harapanku..
Semoga talian persahabatan ini kan kekal buat selama-lamanya...


-Miza-
* Puisi ini adalah hasil nukilan miza sendiri. Puisi ni telah didedikasikan di Bakaugruv, Morib pd thn 1998 buat rakan2 sekelas 5Baka 1998..


PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...