Friday, November 6, 2009

Istikharah..


Apabila berhadapan dengan situasi di mana kita perlu membuat keputusan, sama ada keputusan yang segera atau tidak, sering kali kita tidak dapat menentukan keputusan yang terbaik ataupun sering menjadi buntu untuk memilih. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Istikharah dilakukan oleh seorang hamba agar hamba bertawakal kepada Allah dan menyerahkan urusannya kepadaNya untuk dipilihkan yang baik di mana pun ia berada.

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan ilmuMu pilihan yang paling tepat, aku memohon kekuatan kepada-Mu dengan kemahakuasaan-Mu, aku memohon KurniaMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah yang mengetahui perkara ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku (dunia dan akhirat) maka tetapkanlah dan mudahkanlah. Sesungguhnya apabila Engkau mengetahui bahwa perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku, bagi hidupku dan buruk akibatknya terhadap diriku (dunia dan akhirat) maka jauhkanlah perkara ini dariku dan jauhkan dariku darinya. Tetepkanlah kebaikan untukku di mana pun aku berada, dan jadikanlah diriku redha menerimanya."


Andai kata dengan hanya sekali mendirikan solat istikharah kita belum mendapat sebarang tanda kebaikan, ulanginya kali kedua dan seterusnya. Di kalangan ulama ada yang berpendapat bahawa ulangi solat teresebut hingga satu minggu. Setelah melakukan solat istikharah, apabila solatnya dilaksanakan dgn kesungguhan & keikhlasan, diharapkan akan memunculkan kecenderungan & kemantapan hati. Allah Taala buka pintu hati kita dengan istikharah itu, dengan keyakinan yg kuat, ada ketikanya Allah kurniakan melalui sahabat yang ikhlas. Dalam perbualan ditakdirkan sahabat itu menyentuh perkara tersebut, lalu terjawablah istikharahnya kepada Alah SWT. Ada kalanya Allah Taala kurniakan petunjuk melalui mimpi dengan jelas, diceritakan secara nyata dan fahamlah melalui mimpi itu. Ada ketikanya mimpi itu memerlukan 'ta'bir' melalui orang yang arif tentang rahsia mimpi.


"Berikanlah aku yg terbaik di mana jua ia berada dan jadikanlah aku redha dgnnya"


Dalam setiap perkara, kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan apa yang akan terjadi. Tugas kita ialah memohon kebaikan daripada Allah dan memohon supaya diberi petunjuk dan dibimbing dalam membuat sesuatu keputusan. Insyaallah, setiap keputusan yang diambil selepas istiqarah, merupakan keputusan yang sebaik-baiknya. Yakinlah, ketika kita melibatkan Allah didalamnya, apa pun hasilnya pasti adalah yg terbaik bg kita & Allah pasti redha kpd kita.


No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...