Ok saya nak stop dulu cerita saya mengenai Shaklee. Kali ni saya nak share dengan anda semua mengenai Zikir untuk Melembutkan Hati SUAMI. Saya dapat Zikir ni daripada facebook melalui kawan-kawan yang share posting. Zikir ini elok diamalkan oleh ISTERI yang mahu suaminya menjadi lembut hati. Zikir tersebut ialah:-
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskanlah ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Kalau dia perasan susah pula kita nak menjawab dengan dia. Atau Isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami.
4. Amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. Moga rumahtangga kita semua bahagia hingga ke Jannah. Selamat beramal.
Nota kaki: saya bukanlah seorang yang alim, atau yang berpengetahuan mendalam mengenai Islam. Apa yang saya boleh kongsi untuk amalan bersama, saya cuba kongsikan. Yang baik itu datangnya daripada Allah swt, dan yang buruk itu dari saya sendiri.
#ZikirHarian #PelembutHatiSuami
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment