Pada mulanya dilaporkan jumlah mangsa nahas Pesawat #MH17 adalah seramai 295 orang tetapi selepas Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan senarai penuh penumpang pesawat #MH17, jumlah sebenar mangsa adalah seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Mereka semua bukanlah pengganas tetapi mereka adalah orang yang tidak berdosa yang menjadi mangsa kepada pergolakkan yang berlaku di antara Russia dan Ukraine. Seluruh dunia mengutuk tembakan yang dilakukan dan menangisi nahas yang menimpa pesawat #MH17. Sekali lagi Malaysia diduga selepas tragedi pesawat #MH370. Dalam tempoh 4 bulan, 2 pesawat MAS terlibat dengan tragedi yang tidak diduga. Dan, Malaysia dikaitkan dengan negara-negara berkuasa besar dan berpengaruh.
Di sini saya juga ingi berkongsi dengan anda semua salah satu status penumpang dan anak kapal pesawat MH17 di Facebook dan komen yang ditinggalkan oleh rakan terdekat, ahli keluarga dan org perseorangan yang mengikuti kisah nahas pesawat MH17. Saya kongsikan Facebook Ariza Ghazalee dan Facebook Shazana Salleh. Sedih sangat saya baca komen di status Shazana Salleh. Moga mereka tengan di sana & ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah untuk semua ahli keluarga yang terlibat.
Moga apa yang terjadi pada pesawat #MH17 ini memeberi ikhtibar kepada kita semua. Setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.
#PrayforMH17 #MengenangMH17 #MH17
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment