Friday, July 18, 2014

#MH17: Pesawat MH17 Terhempas

Malaysia tergempar lagi. Semua Rakyat Malaysia terkejut. Kali ni mengenai Pesawat MH17 yang hilang di Ruang Udara Ukraine. Tweet dari Pihak MAS menyebut  perhubungan dengan penerbangan MH17 terputus di ruang udara Ukraine.  Pesawat MH17 terbang pada ketinggian 10,000 meter dari aras laut ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan dari Agensi Berita Rusia Interfax lapor pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat jenis Boeing 777 ini membawa seramai 295 penumpang dan anak kapal iaitu 280 penumpang dan 15 anak kapal. Malaysia Airlines mengesahkan menerima notifikasi dari ATC Ukraine tentang kehilangan perhubungan pesawat MH17 1415 GMT.

Pesawat MH17 itu dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia (40km dari sempadan Rusia). Andaian Pesawat mungkin ditembak di zon konflik antara Russia dan Ukraine. Ukraine mendakwa Pesawat MH17 terhempas akibat ditembak.

Dikatakan pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu oleh kumpulan pemisah atau pihak Pro-Rusia. MH17 bukanlah pesawat ketenteraan tetapi pesawat komersial. Pihak Ukraine nafi bertanggungjawab menembak MH17. Jika pihak Ukraine menafikan perkara tersebut bagaimana pula dengan pihak Rusia? Andaian jika pihak Rusia juga nafi bertanggungjawab. Adakah Malaysia perlu bertanggungjawab sendiri di atas nahas tersebut?

Dari sudut yang lain, saya terfikirkan kenapa Malaysia Airlines (MAS)? kenapa Malaysia? Sedangkan laluan yang dilalui pesawat MH17 juga dilalui oleh pesawat dari Negara lain. Dan juga saya terfikirkan kenapa Boeing 777? ada apa dengan Boeing 777? Hari tuh pesawat MH370 juga Boeing 777, hari ini pesawat MH17 juga Boeing 777. 

Walau apapun persoalan yang dilontarkan, moga tragedi ini ada pihak yang nak bertanggungjawab samada Russia ataupun Ukraine. Kita sebagai rakyat Malaysia, teruskan berdoa untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat MH17. Moga doa di bulan Ramadhan ini diterima Allah swt, Inshaa Allah. Semoga ada harapan yang bersinar. Kepada keluarga mangsa, tabahkanlah hati anda menerima berita ini.

#MH17

#nahasMH17
#prayforMH17
#keeppraying
 #teruskanberdoa



Akibat dari tragedi ini, seluruh operasi Malaysia Airlines diletakkan dalam 'Red Zone'.





Dari Mata Pena Ku;

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...