Tuesday, July 8, 2014

Teks: Persediaan Ke Alam Remaja

Baru-baru ni saya membantu anak saya menyiapkan teks kerja sekolah yang bertajuk "Persediaan Ke Alam Remaja". Katanya untuk Program Doktor Muda.

ALAM remaja menimbulkan seribu satu persoalan bagi kanak-kanak yang baru melangkah ke dunia baru ini. Dalam usia yang masih muda serta masih belum ada arah tuju membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran terutama rakan sebaya. Justeru, tidak hairanlah semakin meningkat dewasa, anak lebih cenderung mengikut kata kawan berbanding ibu bapa sendiri. Alam remaja merupakan alam yang mencabar. Banyak perubahan yang berlaku termasuk perubahan fizikal dan mental sebagai persediaan bagi para remaja untuk menghadapi alam dewasa dengan penuh tanggungjawab dan kematangan.
Sana sini dapat kita dengari pelbagai isu dan gejala yang timbul dikalangan remaja menjadi perhatian pelbagai pihak samada mereka yang bernama guru atau pun ibu bapa. Minat dan kecenderungan remaja lebih gemar kepada budaya hidup berseronok dan apa yang dapat menjadikan diri mereka gembira dan tiada bebanan hidup.
Melangkah ke alam remaja adalah merupakan suatu langkah yang mesti di ambil mereka kerana ia adalah satu proses kematangan yang penting dalam mendepani dunia kedewasaan. Namun, apa yang perlu adalah persekitaran dan persediaan yang baik agar perubahan ini mendapat bimbingan yang berkesan. Sekiranya negatif, maka jiwa kedewasaan mereka juga akan menjadi negatif dan jika sebaliknya (positif) maka, bersyukurlah kerana pendedahan jiwa kedewasaannya juga berada di atas trek yang positif.
Selain itu, pembinaan dalaman diri juga perlu diberikan perhatian. Ia melibatkan latihan kawalan nafsu dalam diri yang bersangkutan dengan emosi dan kerohanian. Hasilnya, barulah mereka ini akan dapat hidup dalam dunia globalisasi yang merupakan cabaran terbesar kepada kehidupan remaja hari ini. Cabaran ini perlu dihadapi dengan bimbingan dan seliaan yang berkesan serta memberikan kesedaran kepada diri remaja itu sendiri. Remaja yang berjaya mengharungi dunia globalisasi ini dengan berkesan dan positif akhirnya akan berada di dalam dunia kehidupan bermasyarakat mereka dengan cara yang lebih memberikan manfaat dan berkesan. Inilah apa yang kita harapkan daripada generasi hari ini dan inilah sebenarnya tugas kita; iaitu menjadi persekitaran yang mempersiapkan remaja melalui latihan pembinaan diri yang positif serta memberikan bimbingan yang berkesan dalam mendepani dunia globalisasi.
Dari Mata Pena Ku;



No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...