Assalamualaikum
Semua.
Ok petang ni saya nak cerita pasal ubat atau supplement. Ermm yang mana 1 lebih utama, samada ubat atau supplement? Adakah setiap kali bangun dari tidur kita rasa sihat?? Atau.... setiap kali kita bangun tidur kita dalam keadaan tidak sihat??
Berikut
secara ringkas perbezaan di antara ubat dan supplement untuk anda
renung-renungkan. Jom baca!
UBAT
- Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan kita. Ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
- Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
- Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal yang menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gangguan penglihatan gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.
- Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ia boleh menganggu satu sama lain dan kebarangkalian menghasilkan kesan-kesan sampingan.
- Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
- Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorag itu, ia tetap boleh merasai kesan pengambilannya.
- Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa pendek beberapa minit atau jam.
- Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada system badan.
- Orang tua biasanya memerlukan ubat pada
sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius
berbanding dengan orang muda.
SUPPLEMENT (VITAMIN)
- Bahan yang berkhasiat dan semulajadi yang penting kepada tubuh badan kita. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
- Bahan-bahan berkhasiat yang bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
- Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
- Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatat mengenainya yang merbahaya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
- Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tidak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan jika bahan-bahan berkhasiat ternyata kurang dalam tubuh badan kita.
- Bahan-bahan berkhasiat yang bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan yang terbaik.
- Bahan berkhasiat bertindak merawat PUNCA penyakit jika digunakan dan membantu menampung kekurangan bahan yang tiada dalam tubuh badan. Ia juga dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi tidak berulang lagi.
- Orang tua memerlukan lebih banyak kandungan khasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.
Kesimpulannya,
UBAT
di makan ketika sakit SAHAJA...
SUPPLEMENT boleh dimakan BILA-BILA MASA SAHAJA...
UBAT mengandungi dadah yang boleh bertindak dengan cepat...
SUPPLEMENT tidak menggunakan dadah, tetapi menggunakan banyak vitamin-vitamin yang sihat untuk melawan penyakit...
Pilihan di tangan anda... Buat pilihan yang bijak.. saya hanya menyampaikan saja ok...Syukurlah dengan nikmat kesihatan yang tiada bandingannya.. Apa-apa pun semoga anda semua "SIHAT LUAR BIASA HEBAT".
Dari Mata Pena Ku;
No comments:
Post a Comment