Tuesday, August 25, 2015

Fadilat Sedekah


Assalamualaikum semua.

Salam tengah hari. Hari ini saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang fadilat sedekah. Mungkin ramai yang dah tahu tentang fadilat sedekah. Tapi mungkin dengan perkongsian ini dapat mengingatkan kawan-kawan dan saya juga.

1. Fadhilat sedekah yang utama ialah sedekah mampu melipat gandakan rezeki kita.

“Sesungguhnya Allah berfirman : Sesiapa yang berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya.(6:160)”

Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah kepada hambaNya. Setiap ape yang kita sedekah kan kita akan ganjaran 10 kali ganda. Maka jika mahu rezeki sentiasa bertambah dan melimpah ruah,hulurkan tangan memberi kepada ahli keluarga,muslimin muslimat dengan ikhlas.Semoga rezeki kita akan dpermudahkan.

2. Sedekah kepada binatang

Sedekah kepada binatang atau haiwan sekeliling kita mampu menguji keikhlasan hati kita. Ini kerana, bersedekah terhadap binatang,binatang tidak mampu mengucap terima kasih apatah lagi membalasnya. Namun, jika yakin dengan rezeki yang kita sedekah itu terkandung seribu hikmah, perasaan ikhlas akan timbul tanpa ragu-ragu. Kesan nya, kehidupan kita berkat, cukup serba serbi dan makmur sejahtera.

3. Keajaiban Sedekah.

Sedekah ini tersimpan sejuta hikmah di mana, hanya dengan sedekah semampu dan seadanya mampu membuka pintu rezeki dn rahmat Allah yang tidak terduga. Kisah sedekah si penarik beca menyentuh hati saya. Seorang penarik beca yang daif lagi serba kekurangan, bersedekah setiap hari jumaat, dimana, beliau tidak mengena kan upah kepada penumpang yang menaiki beca nya pada hari tersebut. Sifat terpuji beliau telah membuka hati seorang hartawan yang dahulu nya tidak pernah bersedekah walaupun harta melimpah ruah. Kerana sifat terpuji si penarik beca itu, si hartawan tadi untuk menginfakkan harta nya kepada si penarik beca tadi. Rezeki Allah yang tidak pernah terduga, namun keyakinan akan hikmah bersedekah itu membuatkan si penarik beca tidak pernah berhenti bersedekah.

"berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku (Allah) akan memberi infak kepadamu (hadith Qudsi, Riwayat Bukhari)”

4. Sedekah Sebagai Ubat

"Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah,(Riwayat Baihaqi)"

Semoga perkongsian ini mampu membuka hati kita agar sentiasa ingin bersedekah, kerana harta yang kita miliki hanya pinjaman Allh, dan harta yang kita sedekah kn merupakan harta kita sebenar nya di akhirat nanti.

Tidak perlu bersusah payah mahu mencari fakir miskin untuk kita bersedekah, ahli keluarga terdekat adalah lebih layak untuk menerima sedekah dari kita. Jangan terlalu berkira untuk memberi wang bulanan kepada ibu ayah mahupun adik beradik, kerana tanpa keluarga, kita ini bukan siapa-siapa, Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.. Amin...........


Dari Mata Pena Ku;
  

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...