Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata #012

DOA itu bukan memberitahu Allah akan hajatmu,
kerana Allah Maha Mengetahui..
Juga bukan meminta,
kerana Allah Maha Pemurah, memberi tanpa diminta...

Namun DOA hanyalah menunjukkan keperluanmu kepada-Nya,
kerana Allah Maha Kaya dan suka dengan hamba yg menunjukkan kefaqirannya...

#MutiaraKata #Doa


Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, January 22, 2014

Jangan Berputus Asa

Nasihat dari seorang kawan untuk seorang kawan....mari kita sama-sama renungkan...

"Jangan berputus asa walau berat mana pun beban ditanggung. Allah kan ada.

Jika puncanya dari manusia, jgn lupa setiap hati itu termasuk hati kita, Allah yang jaga. Doalah supaya orang itu tergerak hati utk menjadi lebih baik, atau doakan hati kita menerima masalah dgn tenang dan diberikan kekuatan.

Jika puncanya adalah kerana kerja, doakan agar semuanya dipermudahkan.

Jika puncanya adalah wang, doakan agar dimurahkan rezeki.

Doakan juga agar ditunjukkan/diilhamkan jln keluar utk masalah yang sedang membelenggu.

Pokok pangkalnya, Allah kan ada. Dia memberi ujian utk kita mengadu kepadaNya, kerana kunci penyelesaiamn pd masalah kita ada padaNya."


#JanganBerputusAsa


|Nota Kaki: semalam saya sangat berputus asa dengan kehidupan saya..macam-macam yang saya hadapi dan saya lalui sehingga saya rasakan saya tak mahu lagi untuk teruskan kehidupan saya ini..nauzubillah...dan ini yang saya dapat dari kawan saya...thanks Amy :)


Dari Mata Pena Ku;

Monday, January 13, 2014

Zikir untuk Lembutkan Hati Suami

Assalamualaikum.

Ok saya nak stop dulu cerita saya mengenai Shaklee. Kali ni saya nak share dengan anda semua mengenai Zikir untuk Melembutkan Hati SUAMI. Saya dapat Zikir ni daripada facebook melalui kawan-kawan yang share posting. Zikir ini elok diamalkan oleh ISTERI yang mahu suaminya menjadi lembut hati. Zikir tersebut ialah:-
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskanlah ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Kalau dia perasan susah pula kita nak menjawab dengan dia. Atau Isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami.

4. Amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. Moga rumahtangga kita semua bahagia hingga ke Jannah. Selamat beramal.


Nota kaki: saya bukanlah seorang yang alim, atau yang berpengetahuan mendalam mengenai Islam. Apa yang saya boleh kongsi untuk amalan bersama, saya cuba kongsikan. Yang baik itu datangnya daripada Allah swt, dan yang buruk itu dari saya sendiri.


#ZikirHarian #PelembutHatiSuami


Dari Mata Pena Ku;


Miza Menjadi Ahli & Pengedar Shaklee

Assalamulaikum..

Hai semua..Masih ingat lagi tak dengan Entry saya yang bertajuk "Miza Terjebak Menjadi Ahli Shaklee"?? kalau tak ingat, anda boleh klik di sini untuk membaca Entry tersebut.

Menjadi Ahli Shaklee

Ok, Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai "Miza Terjebak Menjadi Ahli Shaklee". Sebenarnya, selepas saya membeli Alfafa Complex dan Lecithin, saya belum mendaftar Menjadi Ahli Shaklee. Saya menggunakan terlebih dahulu produk Shaklee tersebut dan selepas saya benar-benar yakin dengan produk Shaklee tersebut barulah saya mengambil keputusan untuk mendaftar Menjadi Ahli Shaklee. Itu pun selepas sebulan rasanya if i'm not mistaken lah. Tetapi, walaupun saya dah mendaftar Menjadi Ahli Shaklee (ID: 1000531) saya tidak terus membuat Shaklee ni iaitu menjadi Pengedar Sah Shaklee (SID)..Saya cuma menjadi Pengguna produk Shaklee dan saya mengikuti perkembangan mengenai bisnes Shaklee ini daripada kawan-kawan sepejabat saya (Amy & Farha).

Menjadi Pengedar Shaklee
Sehinggalah bulan Januari 2014, saya tergerak hati nak memulakan bisnes bersama Shaklee iaitu menjadi Pengedar yang sah Produk Shaklee. Anda nak tahu kenapa saya nak menjadi Pengedar Sah produk Vitamin Shaklee?? 1. Kerana Produk Vitamin Shaklee itu sendiri; Produk Vitamin Shaklee itu sendiri adalah semulajadi dan menjadi permintaan ramai sekarang ini kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap produk Vitamin Shaklee (saya akan cerita di Entry yang lain). dan 2. Kerana saya nak mencari income yang lebih; Saya amat memerlukan income/duit yang lebih/banyak buat masa sekarang ini kerana saya berada dalam keadaan yang saya sendiri tidak jangka. Mungkin ini adalah dugaan daripada Allah swt untuk saya dan mungkin Dia nak menguji sejauh mana saya mampu menghadapi dugaan daripada-Nya. Saya rasa itulah 2 sebab utama saya terbuka hati untuk menjadi Pengedar Sah Shaklee.


Kerana sebab-sebab itulah telah membuatkan saya Menjadi Ahli Shaklee seterusnya menjadi Pengedar Sah Shaklee. Mudah-mudahan apa yang saya lakukan ini diberkati oleh Allah swt. Amin..


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Vitamin semulajadi daripada Shaklee, saya adalah wakil Pengedar sah anda (ID 1000531). Untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA, cara pemakanan dan menikmati harga yang ISTIMEWA, Anda boleh hubungi saya di:


Nama: Miza
Website Shaklee: www.shaklee.com.my
Area: Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Dengkil, Puchong, Serdang, Perlis

~Healthy and Beauty Lifestyle with Shaklee~


#MenjadiPengedarShaklee #MenjadiAhliShaklee


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, January 11, 2014

Cerita Hujung Minggu: Filem Balistik


Assalamualaikum..

You all apa khabar? saya sihat-sihat saja...apa cerita hujung minggu korang? harap semuanya baik-baik saja..Saya hari ni berkesempatan meluangkan masa bersama kawan saya, Liza untuk menonton Balistik lakonan Dato' Rosyam Nor (Saga), Adi Putra (Nizam), Rita Rudaini (Salina), dan ramai lagi..

Pada saya Balistik lain daripada filem lain yang pernah saya tonton sebelum ini..Walaupun Balistik ada secene tembak menembak, pukul memukul, disko, club, gangster tetapi Balistik juga menekankan scene kekeluargaan dan Persahabatan..Pada saya, Balistik sarat dengan emosi dan aksi..paling menyentuh emosi saya bila scene Saga bersama anaknya di mana Saga sebagai bapa tunggal terpaksa menguruskan sendiri anaknya..itu amat menyentuh hati saya, lantas saya teringatkan suami saya di kampung (saya dan suami saya PJJ) yang menguruskan 2 orang anaknya hasil daripada perkahwinan bersama arwah isterinya..memang sangat menyedihkan dan saya hampir menangis melihat scene tersebut..Ending Balistik juga sesuatu yang tidak dijangka...Mungkinkah akan ada Balistik 2?? sama-sama kita nantikan...Saya bagi 5 bintang untuk Balistik kerana tidak mengecewakan saya dari saat saya duduk di kerusi sehinggalah saya meninggalkan panggung..Tahniah kepada pelakon-pelakon Balistik, pengarah, penerbit dan juga krew serta produksi Balistik..Good Job!!...Kepada anda di luar sana yang belum lagi menonton Balistik, jangan lepaskan peluang untuk menonton Balistik kerana Balistik tidak akan di tayangkan di Astro First. Support Filem Melayu Kita...!!....

#Balistik #RosyamNor #AdiPutra #RitaRudaini

Dari Mata Pena Ku;

Friday, January 10, 2014

Mutiara Kata #011

KEJAYAAN datang daripada TINDAKAN yang terhasil
Setelah membuat satu KEPUTUSAN yang BIJAKSANA.

KEPUTUSAN yang BIJAKSANA datangnya dari PENGALAMAN.

PENGALAMAN pula hasil daripada sikap berani MENCUBA
dan sanggup berhadapan dengan KEGAGALAN.


Oleh itu, cuba lakukan sesuatu yang positif hari ini.

#MutiaraKata

Dari Mata Pena Ku;

Thursday, January 9, 2014

Mutiara Kata #010

REZEKI itu MILIK Allah....
Semakin kita IKHLAS MEMBERI
kepada orang lain dan yang memerlukan,
Inshaa Allah, DIA MEMUDAHKAN REZEKI kita....

REZEKI yang BERKAT, sedikitnya CUKUP...
BANYAKNYA boleh diagih-agihkan..

REZEKI yang TIDAK BERKAT, sedikitnya TIDAK CUKUP..
BANYAKNYA tidak puas...

REZEKI yang TIDAK BERKAT umpama meminum air laut,
SEMAKIN DIMINUM SEMAKIN HAUS.....


Maka, carilah rezeki yang berkat untuk kebaikan di dunia & juga akhirat...

#MutiaraKata #Rezeki
Dari Mata Pena Ku;

Mutiara Kata #009

ANAK-ANAK!....
JANGANLAH kamu fikir kamu BERJAYA hari ini
adalah kerana HEBATNYA DIRI KAMU....
SEBENARNYA,
Kamu TIDAK ADA APA-APA
Jika bukan kerana BERKAT DOA KEDUA IBU BAPA kamu
WALAUPUN,
Mereka TIDAK BERPELAJARAN sekalipun!...


Kenanglah JASA IBU BAPA kita...Hormatilah mereka...& JANGAN lupa untuk sentiasa MENDOAKAN mereka....

#MutiaraKata #JasaIbuBapa #DoaIbuBapa


Dari Mata Pena Ku;

Wednesday, January 8, 2014

Alfalfa Complex: Promosi Januari 2014 Shaklee

Sepanjang bulan Januari 2014 ini, Shaklee mengadakan PROMOSI untuk Alfafa Complex.

Pakej Promosi Januari 2014 ini mengandungi 6 botol Alfafa Complex & PERCUMA 1 botol lagi pada harga RM322.50 (S-330 Tablet) dan RM585 (L-700 Tablet).

6 botol? Ishhh macam banyak je kan...TAPI Sebenarnya tidak! Anda boleh berpakat dengan kawan-kawan, saudara mara, atau adik beradik untuk dapatkan set promosi ni dan Lebih bijak lagi jika yang PERCUMA tu anda yang dapat!....Best kan...Jimat tuhhh!!

Tapi kalo nak BELI 1 botol pun boleh juga...tetap dapat harga promosi ok!

Nak beli dengan harga yang lebih murah, anda boleh la mendaftar menjadi ahli Shaklee dengan menggunakan ID saya (ID: 1000531) sebagai Sponsor anda.

Harga tersebut tidak termasuk kos penghantaran. Tapi kalo nak FREE kos penghantaran pun boleh juga..No problem...



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Vitamin semulajadi daripada Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda (ID 1000531). Untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA, cara pemakana dan menikmati harga yang ISTIMEWA, Anda boleh hubungi saya di:


Nama: Miza
Website Shaklee: www.shaklee.com.my
Area: Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Dengkil, Puchong, Serdang, Perlis

~Healthy and Beauty Lifestyle with Shaklee~


#AlfafaComplex #MenjadiAhliShaklee


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, January 7, 2014

Perkhidmatan Mengecat Rumah & Bangunan

Mengecat Rumah? Mengecat Bangunan?
Sukar untuk mendapatkan tukang cat?

Hasil yang tidak memuaskan?
Upah yang terlalu mahal?


Kami di MNBY Utara Enterprise menawarkan & menyediakan Perkhidmatan Mengecat Rumah & Bangunan...Beritahu apa sahaja jenis rumah, kediaman & bangunan, kami sedia untuk mengecat...dengan harga yang berpatutan, Inshaa Allah hasilnya amat memuaskan & terbaik...

Selain daripada Perkhidmatan Mengecat Rumah & Bangunan, kami juga menawarkan Khidmat Binaan, Pengubahsuaian Rumah dan Bangunan, Pemasangan Mozac, Jubin, dll; Pendawaian Elektrik, Plaster Siling, Pemasangan Pintu, Tingkap, dll; Kerja Piping, Kerja2 Besi & Landskap Dalaman dan Luaran...
Pengalaman Kami sangat luas di dalam bidang ini!

Kepada sesiapa yg berminat untuk mendapatkan Perkhidmatan Mengecat kami, boleh hubungi kami MNBY Utara Enterprise di seperti berikut:-MNBY Utara Enterprise (RA0018050-U)
Tel: 012-444 0644 / 019-544 3036 (En Mat)
Website: http://mnbyutaraenterprise.blogspot.com
FB Fanpage: http://www.facebook.com/MNBYUtaraEnterprise
Email: mizaamiza@gmail.com
Inshaa Allah, kami menjanjikan hasil yang sangat memuaskan & berkualiti dengan harga yang berpatutan...

#PerkhidmatanMengecatBangunan


Dari Mata Pena Ku;

Friday, January 3, 2014

Jumaat Pertama 2014..

Assalamualaikum..

Hai you all....Apa khabar? Saya baik-baik saja...Ermm, hari ni dah 3 hari kita melayari tahun 2014 dan hari ni juga merupakan hari Jumaat yang pertama di tahun 2014. Syukur Alhamdulillah pada Mu Ya Allah...Ingin saya panjatkan rasa syukur saya kerana...
  • Saya masih lagi bernafas pada hari ini...
  • Allah masih pinjamkan saya nyawa untuk saya terus menikmati kehidupan pada hari ini & mungkin untuk hari-hari yang seterusnya...
  • Saya masih lagi sihat dan kuat untuk melakukan kerja dan mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri & juga keluarga...
Dan...Dipertemukan dengan Jumaat yang pertama di tahun 2014...dan semoga dapat bertemu dengan Jumaat yang seterusnya..Inshaa Allah...

Salam Jumaat untuk semua...Untuk kaum Adam, jangan lupa menunaikan kewajipan anda kepada Allah swt..Untuk Kaum Hawa, boleh laa beristirehat atau bershopping atau berjalan-jalan cuci mata (window shopping) atau pun pada yang suri rumah sepenuh masa boleh laa menyediakan hidangan tengah hari untuk keluarga..


#JumaatPertama2014 #RasaSyukur

Dari Mata Pena Ku;


Mutiara Kata #008

Jika HATI itu SEPUTIH AWAN,
Biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN...

Jika HATI itu SETENANG LAUTAN,
Biarlah ia mengalir dengan KEJUJURAN...

Jika HATI itu SEINDAH PELANGI,
Warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN...

Jika HATI itu SEHEBAT BULAN,
Sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN...

Jika HATI DILUKAI,
Maka Sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...


#MutiaraKata #Hati

Dari Mata Pena Ku;

Thursday, January 2, 2014

I Miss You, En Suami..

Terasa Rindu pada En. suami....huhuhuhu :( sangat rindukan dia..
hari-hari pun rindukan dia...
dah banyak hari tak jumpa...sebab PJJ...
harap En. suami pun rindukan saya juga... :)
Sesungguhnya saya dah tak sabar nak balik jumpa En Suami...Yeahhh...
I Miss You So Much Suamiku..


Wednesday, January 1, 2014

Miza Terjebak Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum....

Hai you all...bersua kita kembali...kali ni saya nak bercerita pasal jebak, terjebak, menjebakkan diri dengan Menjadi Ahli Shaklee...apa punya bahasa laa saya nih kan...

Erm kenapa tajuk nya ada perkataan "Terjebak"...sebabnya saya tak pernah pun terfikir untuk mengambil atau makan mana-mana Vitamin daripada mana-mana syarikat yang ada kat Malaysia ni...wahhh gitu...sebab selama ni saya cuma beli Vitamin di Watson dari jenama BlackMores sahaja..Tapi kini sejak saya Menjadi Ahli Shaklee, saya sudah pun mengambil Vitamin Shaklee dan sudah menjadi rutin saya untuk makan Vitamin Shaklee pada setiap hari...

Kisahnya bermula apabila mak saya sering mengadu lenguh-lenguh tangan dan kebas..check di klinik dah banyak kali...jadi apabila ada kawan sepejabat yang promote mengenai vitamin, saya pun ingin tahu lebih lanjut...mana tahu mungkin saya boleh belikan untuk mak saya...untuk mak ayah saya, cakap je ubat atau Vitamin apa saja, saya mesti akan beli utk mereka asalkan ubat atau vitamin itu memberikan kebaikan kepada mereka..untuk mereka saya sanggup apa sahaja...

Jadi, saya pun berborak dengan Amy dan minta dia berikan saya pamplet atau buku mengenai info-info yang berkaitan dengan Vitamin yang dia jual. Dia pun berikan kepada saya...oooohhh Shaklee rupanya...helaian demi helaian saya selak, mencari-cari Vitamin yang sesuai untuk mak saya..setelah dibaca dengan teliti saya pun membuat keputusan untuk membeli Vita-Lea Iron Formula dan OsteMatrix. Harap mak saya akan suka...dalam beberapa hari berikutnya saya pun mendapat Vitamin tersebut dan saya berikan kepada mak saya. Alhamdulillah, mak saya suka...

Kemudian, saya tidak terus mengambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee..saya melihat & mendengar cerita daripada kawan-kawan saya (Amy & Farha) mengenai perkembangan bisnes mereka dengan Shaklee..dari cerita pasal info Vitamin sampailah ke Customer sampailah ke Bonus bulanan...Di dalam hati saya cuma terdetik "oooohh begitu...ermmm.."...tapi saya tetap masih setia mendengar cerita mereka...Sehari dari ke sehari, sampailah saya terbuka hati nak membeli Alfafa Complex & Lecithin (terdapat dalam set kuruskan badan)..sebabnya saya membeli kedua-dua produk Vitamin Shaklee ni adalah kerana saya nak maintain kan berat badan saya (nanti saya ceritakan kelebihan Alfafa Complex & Lecithin nih yer dan juga produk-produk Vitamin Shaklee yang lain)...walaupun saya tidaklah terlalu kurus dan tidaklah terlalu gemuk, bak kata orang yang sedang-sedang saja tapi saya masih nak menjaga penampilan diri saya kerana saya adalah seorang yang obses dengan penampilan diri..haaaa gitu kau...Jadi daripada situ saya pun terbuka hati untuk mendaftar Menjadi Ahli Shaklee..dan mula menggunakan produk Vitamin Shaklee nih...


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Vitamin semulajadi daripada Shaklee, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh menghubungi saya di:


Saya adalah Independent Distributor Shaklee yang sah.
Nama: Miza
Shaklee ID: 1000531
Website Shaklee: www.shaklee.com.my
Area: Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Dengkil, Puchong, Serdang, Perlis


#MenjadiAhliShaklee


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...