Tuesday, July 22, 2014

Set Penyusuan Bajet Shaklee



Set Penyusuan Bajet Shaklee antara set yang sangat popular di kalangan ibu-ibu masa kini, Untuk ibu-ibu yang memerlukan bantuan atau sokongan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak, mungkin Set Penyusuan Bajet Shaklee dapat membantu.



Secara amnya, Set Penyusuan Bajet Shaklee mengandungi Alfalfa Complex dan ESP (Energising Soy Protein). Jom kita lihat fungsi setiap satunya di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee.
[Alfalfa Complex]

Di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee, Alfalfa Complex membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan dapat memperbanyakkan susu. Alfalfa Complex dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee juga membantu dalam menyelesaikan masalah wanita seperti keputihan selain merapatkan keintiman (bertindak sebagai kacip Fatimah).

Selain itu, ibu-ibu yang mengambil Alfalfa Complex dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee ini juga akan jadi lebih lawas. Ianya membantu mengurangkan angin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan berat badan.


[Energizing Soy Protein (ESP)]

Di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee, Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP membantu melancarkan penghasilan susu ibu. ESP penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan membantu mengawal paras kolesterol.  

ESP dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee ini juga membantu memberikan tenaga kepada ibu serta memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.

ESP dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee ini juga sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Sebab itulah betapa pentingnya menyusu kerana ibu dapat memberikan pelbagai mineral, zat dan vitamin secara terus kepada anak.

Selain itu, ESP dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee juga dapat memekatkan susu ibu. Apa bezanya soya Shaklee dengan soya lain yang terdapat di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alcohol dan diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


[Tujuan Set Penyusuan Bajet Shaklee]
Tujuan utamanya Set Penyusuan Bajet Shaklee adalah untuk menghasilkan kuantiti susu yang lebih banyak dan pekat. Namun, jangan lupa konsep supply dan demand. Payudara perlu dikosongkan selalu untuk menghasilkan susu dengan lebih kerap dan banyak. Selain itu, Berfikiran positif juga sangat penting di dalam penghasilan susu ibu.

Jika anda menghadapi masalah di dalam penghasilan susu ibu seperti merasa terlalu letih, stress, susu merudum sewaktu datang haid atau relactation, selain Set Penyusuan Bajet Shaklee anda boleh mencuba Set Penyusuan Optimum Shaklee.

Tetapi, Jika anda mempunyai budget yang rendah, anda boleh menggunakan ESP sahaja untuk membantu anda menyusu anak anda. Saya dah kongsikan dengan anda kelebihan ESP di dalam Set Penyusuan Bajet Shaklee. Tetapi jika anda mempunyai alahan soya, anda perlu dapatkan khidmat daripada doctor anda mengenai ESP ini.


[Harga Set Penyusuan Bajet Shaklee]
Harga Retail bagi Set Penyusuan Bajet Shaklee ini ialah RM203.75 (sekiranya Alfalfa complex  (S)) atau RM247.50 (sekiranya Alfalfa complex (L)).  Anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat penjimatan sehingga 25%. Berbaloi bukan.


Anda berminat nak dapatkan Set Penyusuan Bajet Shaklee? Sekiranya berminat, Anda boleh hubungi saya. Kepada yang telah mencuba Set Penyusuan Bajet Shaklee, anda boleh kongsi dengan saya kesannya.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:


Miza@Vitamin Shop Miza4u (ID 1000531)

Call/SMS/WhatsApp: 012-4514738
Email: mizaamiza@gmail.com
Blog: http://admizs81.blogspot.com/
PM: www.facebook.com/messages/VitaminShopMiza4u/


#SetPenyusuanBajetShaklee #AlfalfadanESP



Dari Mata Pena Ku;

Rahsia lemon, penyembuh semula jadi




Rahsia lemon, penyembuh semula jadi
Cahaya suria kian terbenam di ufuk barat. Tibanya waktu berbuka, acap kali minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama untuk diteguk. Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi... nah, ini antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan. Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan, rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Ia bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan pada bulan ibadat ini!

Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.


KHASIAT

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.

Sumber:


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, July 19, 2014

#MH17: Lagi berkaitan Nahas Pesawat MH17

Hari ini masuk hari kedua nahas pesawat #MH17. Seluruh dunia masih lagi terkejut dengan nahas yang menimpa pesawat MH17. Pesawat #MH17 dipercayai ditembak oleh kumpulan pemisah menggunakan Peluru Berpandu Buk. Pesawat #MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan terhempas di kawasan Ukraine yang berhampiran Sempadan Russia.


Pada mulanya dilaporkan jumlah mangsa nahas Pesawat #MH17 adalah seramai 295 orang tetapi selepas Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan senarai penuh penumpang pesawat #MH17, jumlah sebenar mangsa adalah seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Mereka semua bukanlah pengganas tetapi mereka adalah orang yang tidak berdosa yang menjadi mangsa kepada pergolakkan yang berlaku di antara Russia dan Ukraine. Seluruh dunia mengutuk tembakan yang dilakukan dan menangisi nahas yang menimpa pesawat #MH17. Sekali lagi Malaysia diduga selepas tragedi pesawat #MH370. Dalam tempoh 4 bulan, 2 pesawat MAS terlibat dengan tragedi yang tidak diduga. Dan, Malaysia dikaitkan dengan negara-negara berkuasa besar dan berpengaruh.

Di sini saya juga ingi berkongsi dengan anda semua salah satu status penumpang dan anak kapal pesawat MH17 di Facebook dan komen yang ditinggalkan oleh rakan terdekat, ahli keluarga dan org perseorangan yang mengikuti kisah nahas pesawat MH17. Saya kongsikan Facebook Ariza Ghazalee dan Facebook Shazana Salleh. Sedih sangat saya baca komen di status Shazana Salleh. Moga mereka tengan di sana & ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah untuk semua ahli keluarga yang terlibat.




Moga apa yang terjadi pada pesawat #MH17 ini memeberi ikhtibar kepada kita semua. Setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.



#PrayforMH17 #MengenangMH17 #MH17


Dari Mata Pena Ku;

Friday, July 18, 2014

#MH17: Pesawat MH17 Terhempas

Malaysia tergempar lagi. Semua Rakyat Malaysia terkejut. Kali ni mengenai Pesawat MH17 yang hilang di Ruang Udara Ukraine. Tweet dari Pihak MAS menyebut  perhubungan dengan penerbangan MH17 terputus di ruang udara Ukraine.  Pesawat MH17 terbang pada ketinggian 10,000 meter dari aras laut ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan dari Agensi Berita Rusia Interfax lapor pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat jenis Boeing 777 ini membawa seramai 295 penumpang dan anak kapal iaitu 280 penumpang dan 15 anak kapal. Malaysia Airlines mengesahkan menerima notifikasi dari ATC Ukraine tentang kehilangan perhubungan pesawat MH17 1415 GMT.

Pesawat MH17 itu dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia (40km dari sempadan Rusia). Andaian Pesawat mungkin ditembak di zon konflik antara Russia dan Ukraine. Ukraine mendakwa Pesawat MH17 terhempas akibat ditembak.

Dikatakan pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu oleh kumpulan pemisah atau pihak Pro-Rusia. MH17 bukanlah pesawat ketenteraan tetapi pesawat komersial. Pihak Ukraine nafi bertanggungjawab menembak MH17. Jika pihak Ukraine menafikan perkara tersebut bagaimana pula dengan pihak Rusia? Andaian jika pihak Rusia juga nafi bertanggungjawab. Adakah Malaysia perlu bertanggungjawab sendiri di atas nahas tersebut?

Dari sudut yang lain, saya terfikirkan kenapa Malaysia Airlines (MAS)? kenapa Malaysia? Sedangkan laluan yang dilalui pesawat MH17 juga dilalui oleh pesawat dari Negara lain. Dan juga saya terfikirkan kenapa Boeing 777? ada apa dengan Boeing 777? Hari tuh pesawat MH370 juga Boeing 777, hari ini pesawat MH17 juga Boeing 777. 

Walau apapun persoalan yang dilontarkan, moga tragedi ini ada pihak yang nak bertanggungjawab samada Russia ataupun Ukraine. Kita sebagai rakyat Malaysia, teruskan berdoa untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat MH17. Moga doa di bulan Ramadhan ini diterima Allah swt, Inshaa Allah. Semoga ada harapan yang bersinar. Kepada keluarga mangsa, tabahkanlah hati anda menerima berita ini.

#MH17

#nahasMH17
#prayforMH17
#keeppraying
 #teruskanberdoa



Akibat dari tragedi ini, seluruh operasi Malaysia Airlines diletakkan dalam 'Red Zone'.





Dari Mata Pena Ku;

Thursday, July 17, 2014

Masker ESP Shaklee untuk Kulit Cantik


ESP Shaklee ni banyak kegunaanya. Nak kurus boleh, nak menyusu anak boleh dan nak cantik pun boleh.  Bukan setakat cantik dari dalam tapi dengan ESP Shaklee untuk luaran juga boleh.

Selain utk diminum,  ESP Shaklee juga boleh digunakan sebagai masker muka
.
Di sini saya nak kongsi dengan anda semua cara membuat Masker muka dengan menggunakan ESP Shaklee. Tak payah nak beli produk kecantikkan yang mahal-mahal di pasaran. Kalau dah ada ESP Shaklee di rumah, kita gunakan sahaja apa yang ada. Tak gitu... :)


Kebaikan ESP Shaklee ni memang banyak. Antara Kebaikan ESP Shaklee untuk kulit:
Membantu menghilangkan parut jerawat, jeragat
Kulit kelihatan halu-mulus, gebu, licin
Tona kulit kelihatan lebih sekata
Menggalakkan pertumbuhan semula kulit dan otot serta mengurangkan kedutan
20 asid amino dalam ESP Shaklee akan menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan anjal. Anda akan Nampak muda berbanding usia sebenar (awet muda)
Inshaa Allah, ESP Shaklee baik untuk hormon. Hormon yang tak stabil menyebabkan banyak jerawat di muka.
Kecantikkan kulit muka dan rambut

Cara-cara untuk membuat Masker ESP Shaklee
1.  Ambil 1 sudu teh yogurt asli dan letakkan di dalam mangkuk
2. Masukkan 1 sudu teh ESP Shaklee ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan bersama yogurt sehingga sebati.
3. Sapukan campuran tadi (ESP Shaklee dan yogurt asli) ke kulit muka sehingga rata dengan menggunakan berus yang bersesuaian. Yang ni macam yang kita buat facial muka kat kedai tuh, yang dia sapu masker kat muka kita tuh...
4. Biarkan Masker tadi kering selama setengah jam.
5. Kemudian, Bilas muka dengan air bersih.

6. Ulang 3 kali seminggu. Untuk hasil yang lebih cepat, boleh dilakukan setiap hari.


Saya dah pun buat Masker ESP Shaklee dan yogurt. Memang sangat best. Kulit licin jer dan lembap sepanjang hari. Tak pakai bedak pun dah ok. Rasa yakin jer.

Memang best sangat. Makan ESP Shaklee pula menggalakkan pembinaan sel-sel baru dari dalam. Masker ESP Shaklee pula untuk kecantikkan luaran. Memang terbaik dan gorgeous sangat. Tak menyesal cuba!

Untuk anda semua, Selamat mencuba Masker ESP Shaklee ni. Nanti boleh share dengan saya kesannya. Nak dekat raya nih, boleh la buat masker ESP Shaklee nih hari-hari. 

Siapa yang belum ada ESP Shaklee, boleh contact saya untuk dapatkan sebotol ESP Shaklee. Banyak sebenarnya kegunaan ESP Shaklee ni, memang berbaloi-baloi.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Miza@Vitamin Shop Miza4u (ID 1000531)

SMS/WhatsApp: 012-4514738
Email: mizaamiza@gmail.com
Blog:
http://admizs81.blogspot.com/
PM:
www.facebook.com/messages/VitaminShopMiza4u/


#MaskerESPShaklee #KulitCantikDenganShaklee #ESPShaklee

Dari Mata Pena Ku;

Friday, July 11, 2014

Tips Langsing Selepas Bersalin



Mesti anda tertanya-tanya apa kaitan ikan bilis dengan badan langsing selepas bersalin. Agak-agak anda apa kaitannya? Agar badan langsing selepas bersalin, ambillah lima halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor (atau segenggam) ikan bilis. Tumbuk kesemuanya sehingga lumut dan perahkan sebiji limau nipis. Makanlah bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari sepanjang tempoh berpantang. Mungkin badan anda kembali langsing selepas bersalin, Inshaa Allah.

Kiranya anda boleh jadikan menu ni sebagai makanan berpantang anda.
Di Samping hidangan ikan bilis ni, anda juga boleh mengambil Set Berpantang Shaklee dan juga Set Kurus Shaklee yang sesuai utk ibu-ibu yang menyusu agar anda tampak langsing selepas bersalin.

Bagaimana? Anda nak Langsing selepas bersalin?
Jangan tunggu lagi...
Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee dan juga Set Kurus untuk Ibu menyusu.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Miza@Vitamin Shop Miza4u (ID 1000531)

SMS/WhatsApp: 012-4514738
Email: mizaamiza@gmail.com
Blog:
http://admizs81.blogspot.com/
PM:
www.facebook.com/messages/VitaminShopMiza4u/



#LangsingSelepasBersalin #SetBerpantangShaklee #SetKurusUntukIbuMenyusu

Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...