Assalamualaikum semua.
Salam tengah hari. Hari ini saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang fadilat sedekah. Mungkin ramai yang dah tahu tentang fadilat sedekah. Tapi mungkin dengan perkongsian ini dapat mengingatkan kawan-kawan dan saya juga.
1. Fadhilat
sedekah yang utama ialah sedekah mampu melipat gandakan rezeki kita.
“Sesungguhnya Allah berfirman : Sesiapa yang berbuat kebaikan mendapat sepuluh
kali ganda amalannya.(6:160)”
Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah kepada hambaNya. Setiap ape yang
kita sedekah kan kita akan ganjaran 10 kali ganda. Maka jika mahu rezeki
sentiasa bertambah dan melimpah ruah,hulurkan tangan memberi kepada ahli
keluarga,muslimin muslimat dengan ikhlas.Semoga rezeki kita akan dpermudahkan.
2. Sedekah kepada binatang
Sedekah kepada binatang atau haiwan sekeliling kita mampu menguji keikhlasan
hati kita. Ini kerana, bersedekah terhadap binatang,binatang tidak mampu
mengucap terima kasih apatah lagi membalasnya. Namun, jika yakin dengan rezeki
yang kita sedekah itu terkandung seribu hikmah, perasaan ikhlas akan timbul
tanpa ragu-ragu. Kesan nya, kehidupan kita berkat, cukup serba serbi dan makmur
sejahtera.
3. Keajaiban Sedekah.
Sedekah ini tersimpan sejuta hikmah di mana, hanya dengan sedekah semampu dan
seadanya mampu membuka pintu rezeki dn rahmat Allah yang tidak terduga. Kisah
sedekah si penarik beca menyentuh hati saya. Seorang penarik beca yang daif
lagi serba kekurangan, bersedekah setiap hari jumaat, dimana, beliau tidak
mengena kan upah kepada penumpang yang menaiki beca nya pada hari tersebut.
Sifat terpuji beliau telah membuka hati seorang hartawan yang dahulu nya tidak
pernah bersedekah walaupun harta melimpah ruah. Kerana sifat terpuji si penarik
beca itu, si hartawan tadi untuk menginfakkan harta nya kepada si penarik beca
tadi. Rezeki Allah yang tidak pernah terduga, namun keyakinan akan hikmah
bersedekah itu membuatkan si penarik beca tidak pernah berhenti bersedekah.
"berinfaklah
wahai anak Adam, nescaya Aku (Allah) akan memberi infak kepadamu (hadith Qudsi,
Riwayat Bukhari)”
4. Sedekah Sebagai Ubat
"Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah,(Riwayat
Baihaqi)"
Semoga perkongsian ini mampu membuka hati kita agar sentiasa ingin bersedekah,
kerana harta yang kita miliki hanya pinjaman Allh, dan harta yang kita sedekah
kn merupakan harta kita sebenar nya di akhirat nanti.
Tidak perlu
bersusah payah mahu mencari fakir miskin untuk kita bersedekah, ahli keluarga
terdekat adalah lebih layak untuk menerima sedekah dari kita. Jangan terlalu
berkira untuk memberi wang bulanan kepada ibu ayah mahupun adik beradik, kerana
tanpa keluarga, kita ini bukan siapa-siapa, Renung-renungkan dan selamat
beramal. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.. Amin...........
Dari Mata Pena Ku;